Saturday, August 20, 2016

NAJIB ABDUL RAZAK JANGAN SESEKALI ULANGI PERANGAI BURUK MAHATHIR YANG BERIKAN SYARIKAT KRONI KEUNTUNGAN BESAR DARI MODAL 'ANGIN'!!!



OLEH: ROZMI MOKHTAR

Projek Kroni Tun Mahathir: RM5.3 Billion! Diserahkan Kepada ERL Sdn Bhd Melalui Projek Mega Kerajaan Tahun 1997 EXPRESS LINK RAILWAYS (ERL).

■ Pembinaan ERL bermula pada Mei 1997 dan siap sepenuhnya pada 2002. Projek ERL membabitkan kos RM2.4 bilion menghubungkan Terminal Udara Kuala Lumpur (KLCAT) di KL Sentral, Brickfields sejauh 57.6km ke KLIA. Terdapat 2 perkhidmatan ERL diperkenalkan kepada orang ramai iaitu Ekspres KLIA untuk perkhidmatan terus dan Transit KLIA untuk perkhidmatan henti2 membabitkan 3 hentian iaitu Bandar Tasik Selatan, Putrajaya dan Salak Tinggi.

■ Pada 25 Ogos 1997, kerajaan Malaysia telah menyerahkan konsesi 30 tahun kepada Konsesi ERL Sdn Bhd mengikut pegangan saham YTL 40%, Tabung Haji 40% dan Abrar Corp (Mun Loong Bhd) 20%. Syarikat2 terbabit terikat dengan konsep terma kontrak 'Pembiayaan Inisiatif Swasta (PFI)' di mana syarikat2 tersebut perlu membiayai, membina, mengendali dan mengawal selia sistem dan perkhidmatan rel penghubung KL- KLIA.

■ Konsesi ERL Sdn Bhd telah melantik Syarikat Pembinaan YTL sebagai kontraktor utama bagi projek pembinaan ERL, manakala Tabung Haji dan Bank Persatuan mengeluarkan modal untuk kerja2 pembinaan.

■ Selepas tahun 1998, pegangan saham yang dimiliki oleh Abrar Corp telah dijual kepada YTL dan
Trisilco Equity (merupakan syarikat milik penuh bekas CEO Proton Nadzmi Salleh. Pada tahun 1999, pegangan saham dalam ERL telah berubah, di mana saham YTL adalah 50%, Tabung Haji 40% dan Nadzmi Salleh 10%.



■ Dari nilai pegangan saham, Maka JELAS! Lagi terang lagikan bersuluh, Mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir telah menyerahkan PROJEK MEGA KERAJAAN kepada kroninya YTL CORPORATION BHD.

■ YTL menjana pendapatan dengan tidak mengeluarkan modal wang pelaburan awal kerana ianya dibayar sepenuhnya oleh pihak lain. Modal berbayar bagi projek ERL hanyalah RM69 juta, termasuk RM30 juta saham biasa dan baki RM39 juta saham utama berasaskan dividen. Manakala modal selebihnya ditanggung oleh Tabung Haji dan Bank Persatuan.

■ Selama 22 tahun Tun Dr Mahathir berkuasa, KDNK negara mengunjur perlahan dari USD25 kepada USD90 bilion. Walau bagaimana pun, antara 2003 sehingga 2015 setelah Pak Lah dan DS Najib menjadi Perdana Menteri, KDNK negara meningkat kepada USD340 bilion.

■ Pertikaian yang ditimbulkan semula di dalam projek ERL adalah apabila di dapati isi kandungan perjanjian yang dimenterai jelas berat sebelah. Ianya menyebelahi secara melampau pihak konsesi, sedangkan kerajaan terpaksa menanggung beban dari segi reputasi kewangan, terjejasnya nama baik kerajaan dan kadar tambang membebankan rakyat sebagai pengguna.

■ Setelah disemak dokumen perjanjian ERL antara kerajaan Malaysia dan syarikat YTL, didapati ianya ditandatangani oleh abang kepada Siti Hasmah Ali (Isteri Tun Mahathir) iaitu Dato Hj. Ahmad Razali bin Mohd Ali yang merupakan Executive Chairman di dalam Express Rail Link Sdn Bhd yang mewakili YTL. Dan Perdana Menteri pada ketika itu adalah Tun Dr Mahathir. Persoalan: Pada perjanjian tersebut, Perdana Menteri ketika itu menyebelahi siapa, RAKYAT atau KRONI/NEPOTISM?.

■ Satu surat rasmi berkenaan operasi ERL yang dibenarkan membuat kutipan cukai perkhidmatan telah didedahkan. Ianya diinterpretasikan sebagai arahan kuasa veto Perdana Menteri Malaysia waktu itu. Surat tersebut merujuk kepada surat dari MAB (Malaysia Airport Bhd) bil rujukan: MAB/HQ/ R&P/697 bertarikh 18hb Ogos 1997 merupakan surat pandangan pihak MAB berkenaan 'check in' dan 'check out' di KL Central. Dan Surat tersebut bernombor rujukan (76)UPE(S)65/3/5 dari Unit Perancangan Ekonomi Jabatan Perdana Menteri bertarikh 21hb Ogos 1997, merupakan surat makluman kepada jemaah Menteri tentang 'Passenger Service Charge' dalam perjanjian konsesi yang membenarkan;
1. Express Rail Link Sdn Bhd mengenakan cukai perkhidmatan RM1 untuk penumpang kapalterbang domestik dan RM3 untuk penumpang antarabangsa.
2. Membenarkan kadar 'escalation sebanyak 10% setiap 5 tahun.
3. Kutipan adalah bermula setelah perkhidmatan ERL beroperasi.
4. Pihak Operator KLIA dikehendaki membuat kutipan kepada syarikat ERL Sdn Bhd.

■ Pada April 2002, Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) telah membayar RM5 bagi setiap penumpang (antarabangsa) kepada ERL. Manakala pada April 2008, kerajaan bayar ERL bagi pihak MAHB untuk mengelakkan MAHB rugi hasil daripada perjanjian konsesi tersebut.


■ Dalam jawapan di Parlimen pada 2009, dewan mengesahkan bahawa RM5 daripada RM51 telah dikutip sebagai cukai lapangan terbang bagi penerbangan antarabangsa dibayar kepada KLIA Ekspres.

■ Pada Mei 2014 sejak pembukaan KLIA2, ERL dilaporkan mencatat perolehan RM200 juta tetapi ianya dilaporkan masih merekodkan kerugian RM30 juta, hairankan?. Cukai lapangan terbang pada Disember 2015 telah meningkat kepada RM65 untuk penerbangan antarabangsa. Mengikut rekod, projek ini dibiayai oleh bank tempatan dan Tabung Haji sehingga siap berjumlah RM2.4 billion dan ERL Sdn Bhd telah menerima pampasan dari kerajaan RM2.9 billion!. Jumlah keseluruhan RM5.3 billion yang diterima oleh syarikat konsesi ini masih dikatakan rugi lagi!!?. Jumlah tersebut tidak termasuk kutipan (collection) yang tidak diumumkan di media2.

■ Unjuran keuntungan terus meningkat sekitar RM1 bilion setiap tahun bermula 2014. Dan dijangka terus meningkat kepada RM2.5 billion setiap tahun bermula 2024.

■ Pada 1 Januari 2016 selepas mendapat kelulusan dari Suruhanjaya Pengangkutan Darat (SPAD), harga tiket sehala daripada KL Sentral ke KLIA/KLIA2 adalah RM55, iaitu meningkat 57% atau RM20 daripada harga asal RM35. Peningkatan harga tiket ini bukan sahaja membebankan penumpang ke KLIA dan KLIA2. Malah penumpang ke Putrajaya atau Cyberjaya dari KL Sentral juga akan dibebani kenaikan kos RM4.50, iaitu lebih 47% dari harga asal RM9.50 kepada harga baru RM14.00.

■ Peningkatan harga yang mendadak ini perlu dijelaskan lebih2 lagi jika fakta2 berikut diambil kira.

1. KLIA Ekspres telah menikmati peningkatan kadar jumlah pengguna pada anggaran 40% sejak pembukaan sambungan KLIA2, hinggakan 6 unit tren baru ditempah pada penghujung tahun 2014. Peningkatan jumlah penumpang sudah pasti menambahkan pendapatan KLIA Ekspres. Selain itu, pembinaan sambungan KLIA2 yang kosnya RM100 juta telah ditanggung dan dibayar sepenuhnya oleh kerajaan. Ini bermakna KLIA Ekspres dapat menikmati keuntungan kewangan, kesan dari peningkatan jumlah penumpang tanpa perlu membelanjakan sebarang modal tambahan.

2. KLIA Ekspres telah menandatangani perjanjian perlesenan jangka panjang dengan Perbadanan Aset Keretapi (PAK) untuk menggunakan laluan yang menghubungkan KL Sentral dengan KLIA dan KLIA2. Kadar perlesenan dibayar oleh KLIA Ekspress kepada PAK akan mewajarkan kenaikan harga tambang melebihi 50%.


3. Landasan keretapi ekspres ke KLIA telah dibina dengan sokongan kerajaan termasuk pinjaman RM940 juta daripada Bank Pembangunan dan Infrastruktur Malaysia Berhad. Salah satu ahli daripada konsortium yang dianugerahkan kontrak pembinaan landasan ke KLIA berjumlah RM2.4 bilion adalah Syarikat Pembinaan Yeoh Tiong Lay Sdn Bhd (SPYTL), sebuah anak syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh YTL Corporation Bhd. YTL Corporation merupakan pemilik majoriti bagi KLIA Ekspres. Ini bermakna YTL Corporation turut mengaut keuntungan daripada pembinaan landasan keretapi ke KLIA.

■ Perjanjian bukan tertakluk kepada harga tambang, ianya melibatkan jangka masa dan juga berkait rapat dengan 'renewal' kontrak apabila kontrak sudah hampir tamat tempoh.

■ Mengikut terma perjanjian, naik atau tidak ERL sejumlah wang tetap akan dibayar kepada ERL (YTL). Dalam jangka 30 tahun, kenaikan tambang akan mencecah sehingga RM159.

■ Kerajaan terpaksa akur dengan membayar pampasan kepada pihak konsesi sekiranya mahu mengelak kadar kenaikkan tambang kepada pengguna. Sehingga kini, kerajaan telah membayar RM2.9 billion melebihi kos modal projek ERL ini. Jumlah pampasan ini dijangka meningkat menjelang 2019 iaitu semasa semakan semula kontrak setiap 5 tahun.

■ Legasi Tun Dr. Mahathir sebenarnya banyak mendatangkan masalah kepada penggantinya. Kedua2 penggantinya terpaksa memulihkan banyak projek gajah putih yang dicipta pada zaman Tun Mahathir berkuasa.

■ Kerajaan Malaysia di bawah kepimpinan Perdana Menteri ke-6 DS Najib terpaksa menjawap perihal isu kenaikkan tambang ERL ini kepada rakyat. Jika tidak api kebencian yang dinyala puak2 ANC, pemimpin puak2 pembangkang akan menyemarakkan kebencian rakyat Malaysia terhadap pihak kerajaan Malaysia. Ini kerana mereka didorong oleh sifat2 anti-Najib dan bukan didorong oleh fakta.



15 comments:

Anonymous said...

Kalau pasal projek memang depa ini akan buat apa saja janji masyuk. Golongan majoriti hanya mampu lihat dan gigit jari. Kalau ada yang dengki atas layanan istimewa terhadap kroni, mereka akan cepat dilabelkan sebagai RASIS.

Ketamakan ini menjalar memasuki bidang politik lalu diujudkan kalimah #inikalilah bagi membolot segala galanya. Namun mereka lupa apa yang dirancang tidak semuanya akan jadi seperti yang diharapkan.

Sama seperti pertandingan akhir badminton perseorangan lelaki, berbekalkan permainan cantik untuk menundukkan lawan dalam PRU tetapi permainan sedemikian berakhir dengan tempat kedua di belakang BN, kik kik kik

Anonymous said...

Tun bnyk buat silap masa ada jawatan dulu. Kini klu pm buat silap juga Tun tak payah la melalak melolong. Jumpa pm cakap dr hati ke hati.

Anonymous said...

Baru tau ke pasal erl n ytl ni? Kenapa baru skang nak bising? Ngape tak bising masa mader berenti tahun 2002 tu? Ngape baru nak bising skang? Ngape?

Dan jgn buat bodo plak... mader ni la yg kamu sokong 22 tahun tanpa gagal..

Aishah Moen said...

Bab kroni ni rasa dah jadi dara daging pada semua parti dlm msia ni....tapi jgn ambil msk dlm pocket aje.....

Anonymous said...

Projek KLIA sebenarnya berdiri atas Tanah estet dimana beratus ratus pekerja telah hilang kerja, lagi pun mrk adalah Dari generasi terdahulu yg membuka hutan di bawah British.Ramai yg mati akibat malaria Dan mayat mereka di tanam di Sana. Manakala mamak bangsat ini telah beli Tanah ini sebagai Tanah pertanian melalui proxy Dan juai kpd kerajaan berkali kali ganda harga asap pada kadar komersial. Adalah memalukan Kita mempunyai haramjadah yg dilantik jadi PM dgn mengapi apikan isu perkauman. Lagipun bangsat ini telah berjaya memecahkan masyarakat yg brrsatu padu pada suatu ketika.

Anonymous said...

bila terdesak....bohong dan mengadakan cerita yg takder pun orang sanggup buat....cuba pikirkan ini baru satu kertas yg diciplak ntah dari mana....lapuran audit pun boleh di kona baring??? bukan document cap ayam weiii....Laporan Audit!

org jahat ni memang Tuhan bagi kesempatan pada mereka menjayakan kejahatan mereka.....tapi dalam sejarah kenabian x lama selepas tu akan datang satu perkara menghanucrkan segalanya!...ciannn dah x lama dahhh

Jom BERSATU!

mendedak said...

Najib jangan buat? Sorila bro. Dah terlambat la nak bg peringatan kat Najib tu. Kes 1MDB dah sah2 Najib bg kroni dia kaya (Riza Aziz, Jho Low n Co) dan kini dalam proses perundangan di Amerika utk mendakwa mereka. Takyahla nak ungkit pasal Mahathir punye kroni ke, Najib punye kroni ke, Lim Guan Eng punye kroni ke. Umum sedia maklum politikus2 satu dunia amalkan kronism bila dah pegang jawatan cumanya ada yg nampak tak nampak saja. Yg penting skang ni bukan masanya kita nak bongkar kes2 yg lepas, kes yg terkini yg sepatutnya kita atasi. Benda yg dah lepas bukan kita boleh buat apa pun. Apa yg kita boleh fikirkan dan ambil tindakan adalah di masa skang ni dan juga masa hadapan. Jadi fikirkanlah dgn matang dan sebijak2nya.

Anonymous said...

Tq for the info... So apa yg rakyat patut buat?

Anonymous said...

betul tu anon 1125...... tapi.... ngapa..ngapa..ngapa.... mahathir yg gagal tu pembangkang Dan puak kecewa umno nak sokong Dan junjungan plak????? ternyata korang ni suka kutip SAMPAH asalkan boleh buat selet berak. Sekarang kami dah tolak...apasal korang jilat plak?

megat panjialam said...

Mmg setiap presiden UMNO kita sokong 200% biarpun tau ada gejala tk baik berlaku krn setiap ahli wajib pertahan pemimpin dan reputasi parti drpd serangan pembangkang. Jika bkn ahli siapa lg? Malah presiden skrg hanya difitnah pastinya kita pertahankan. Jadi KENAPA?

Anonymous said...

Sekarang dia telah belot seolah2 dia tak pernah buat salah dan menunding jari pada orang lain demi untuk kepentingan peribadi,hasil tuaian semasa menjadi pm tak habis makan sehingga tujuh keturunan termasuk kroni

Unknown said...

Fitnah??? Ha ha ha. Suruh mo1 saman usdoj. He he he.

Anonymous said...

Jika kita pilih pasangan hidup patut tidak kita check background dia?

Anonymous said...

Betuk...dulu internet tidak secangih sekarang nih. Dulu pakai surat layang. Aku terima surat2 layang pasal dia. Tapi masih pangkah Bn sbb coverline dia .Pandai tun m nak tutup hal2
yg dia buat dulu.
Honestly...umor dah kerepot gini elok jer duduk d rumah dah ajar abak bini lebih2 mana yg tertggl masa jadi pm daulu. Bini tu ajarkan pasal tutup kepala tu dgn tudong bkn dgn wig. Goes the sane for pm najib..dua2 rumah dah kata pergi kubur dah kata mari. Tak malu kpd rakyat dan kelibat sekeliling utamakan malu kpd yg Maha Esa. Ingat boleh hidup seribu tahun lagi? Pathetic.

Anonymous said...

Sbb melayu tiada pilihan baik dulu dan skrg...bahalol...

top