Social Icons

Pages

BULETIN 247

Saturday, August 6, 2016

NAJIB CUMA KATA, MAHATHIR MARAHKANNYA KERANA TAK MAHU IKUT CAKAP!!!



Berbanding Mahathir yang mendedahkan segala-galanya, melondehkan sampai tak tinggal bulu dan menokok tambah perkara yang dia sendiri tentang dan enggan percaya seperti dalam isu perubatan batin (perbomohan) sehingga dia pernah mencerca dan mengejek-ngejek Dr. Harun Din Al-Hafiz yang dilabelkannya sebagai penjual air jampi, Najib masih lagi bercakap sepintas lalu tentang Mahathir.

Najib cuma mengatakan, Mahathir marahkannya kerana enggan mengikut cakap Mahathir. Mahathir marahkan Najib kerana enggan menjadi boneka yang boleh dituding, ditunjuk dan diarahkan untuk berbuat apa-apa. Dengan kata lain, Najib enggan menjadi Perdana Menteri yang hanya pada nama tetapi fungsi sebenar Perdana Menteri adalah di tangan Mahathir.

Isu seterusnya adalah andaian pihak ketiga berdasarkan fakta-fakta dan keadaan semasa seperti pembinaan Jambatan Bengkok, penguasaan serta kepentingan kroni-kroni Mahathir dari zaman Mahathir berkuasa lagi, jalan pintas untuk Mukhriz Mahathir dalam hierarki teratas UMNO dan sebagainya.

Najib ketika bercakap di Jakarta masih enggan mendedahkan apa sebenarnya arahan Mahathir yang enggan diturutinya. Mahathir pula dalam kenyataannya, menyatakan yang penentangan ke atas Najib adalah kerana Najib rasuah dan Najib penyeleweng, sedangkan hakikat sebenarnya ialah, Mahathir sedang bercakap tentang dirinya sendiri sepanjang 22 tahun dia sebagai Perdana Menteri. Mahathir sendiri tidak bercakap benar, terutama sekali dalam bab kepentingan kroni-kroninya yang telah dicantas dan dipangkas oleh Najib, terutama sekali yang berkaitan dengan 1MDB selain kontrak-kontrak serta konsensi-konsensi seperti Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) yang amat menguntungkan tetapi telah dimiliknegarakan oleh Najib menerusi kepentingan oleh KWSP dan Khazanah.

Sudah sampai masanya untuk Najib membentangkan hujah-hujah bagi pihaknya pula terutama sekali mendedahkan apa sebenarnya yang dimahukan oleh Mahathir. Apa sebenarnya yang dituntut dan didesak oleh Mahathir dan apa sebenarnya yang benar-benar menyentuh hati nurani Mahathir.

Atau dalam bahasa yang lebih mudah, Najib sudah sepatutnya mendedahkan tembelang dan belang orang tua yang bernama Mahathir itu. Kalau Mahathir boleh buat macam-macam, mengapa tidak Najib?

Mengapa tidak Najib tidak dedahkan arahan-arahan Mahathir yang enggan diturutinya, agar masyarakat lebih faham dan lebih mudah untuk membuat keputusan, sekaligus mengurangkan pembohongan dan pengherotan yang dibuat oleh Mahathir?




6 comments:

Anonymous said...

Pemimpin yg matang dan teguh nilai keperbadian membuat DS Najib sebegitu kental .. Kalau lawannya makan taik..Najib tetap Najib tak terikut ikut..Inilah Pemimpin sejati kita... Syabas dan hurmat pada DSN..

Anonymous said...

Nasab sebelah bapa diutamakan. Itulah bezanya Melayu Nusantara dengan Melayu Benua Keling.

Sejarah banyak mencerita tentang gelojophnya Keling, baik dari segi percakapan maupun perbuatan.

Tari Melayu lemah gemalai tidaklah sampai bergoncang perut. Gemerincing gelang di kaki menunjuk-nunjuk umpama akulah Raja segala beruk.

Anonymous said...

HOLA,BAIK TOK NAJIB GHOYAT HOK SENGOTI,TAKSAH SUSUT PUNCA.MADEY DAH BERKERAT ROTAN BERPATAH ARANG TU.BUAT TUBIK PERABIH MANO2 HOK TERBUKU DALEY HATI.BIAR BERBARAI SEMUA.KITO PAKAT2 KELIH SAPO HOK TERKUCIL NANTI.HIDUP POK JIB.

Anonymous said...

Najib tidak mahu mendedahkan aib Tun sebab dia pun kedekut jugak macam orang lain CUMA dia kedekut untuk memberikan pahala yang dia dapat untuk diserahkan kepada orang yang orang ramai galakkan untuk dia aibkan.

Anonymous said...

Berani kerana benar...

Anonymous said...

Kalau di Singapura, tindakan saman dah macam jadi makanan ruji sang regim dan pengacau yang membayar harga makanan riji itu. Di sini sebaliknya berlaku: puak pengacau yang order makanan ruji tapi regim yang kena bayar. Apapun lain padang memang terbukti lain belalangnya.

 
Blogger Templates