Social Icons

Pages

BULETIN 247

Monday, August 8, 2016

PARTI BELUM ADA, TAPI PARA PENGELILING TUN DAH BERBALAH BEREBUT JAWATAN DAN FUNGSI!!!



Ia seperti ulangtayang pergaduhan, perebutan dan pertelingkahan di dalam PKR untuk merebut jawatan, merebut tempat yang paling rapat dengan Anwar Ibrahim (dalam kes ini, Dr. Mahathir) dan siapa yang paling banyak berjasa kepada BERHALA.

Parti yang mahu ditubuhkan oleh Mahathir menerusi tangan Muhyiddin nampaknya masih belum menjadi realiti. Tetapi sudah ada yang mahu segera menonjolkan diri sebagai orang yang paling rapat dengan Mahathir, sekaligus cuba menyingkirkan orang lain yang lebih berpengaruh, dan lebih awal mencetuskan 'revolusi Mahathir' seperti Anina Saadudin dan Hamidah Osman.

Siapa Sharifah Zohra Jabeen?

Tidak ramai yang kenal dia kecuali yang masih ingat dengan perkataan LISTEN! LISTEN! LISTEN! dalam satu program melibatkan seorang pelajar perempuan India penyokong Parti Sosialis Malaysia. Selebih itu, Sharifah Zohra Jabeen hanyalah nama yang bersifat sekadar nama.

Tetapi nampaknya, serangan yang dibuatnya terhadap Anina Saadudin yang membuat inisiatif mengumpulkan nama mereka yang mahu menyertai parti baru dalam apa yang digelarnya sebagai PRA-PENDAFTARAN, menerusi label MANGKUK TINGKAT ke atas bekas ahli Wanita UMNO Langkawi itu, menggambarkan keserakahannya untuk membolot jawatan dan kedudukan di sebelah Mahathir kalau tidak pun, anak lelakinya, Mukhriz Mahathir.

Seorang lagi orang kuat Mahathir, Khairuddin Abu Hassan nampaknya awal-awal lagi sudah menyatakan bahawa dia tidak berminat untuk menyertai parti baru itu walaupun dia juga yang bersungguh-sungguh dengan temberang 6 juta orangnya.

Pun begitu, taktik Khairuddin Abu Hassan itu merupakan taktik biasa yang digunakan oleh orang politik apabila mahu mendapatkan habuan atau jawatan tertentu. Buat-buat jual mahal, kemudian apabila ditawarkan, dia akan letak harga dan kedudukannya. Penyakit lama dalam UMNO yang terbawa-bawa walaupun selepas dipecat dari UMNO.

Namun serangan Sharifah Zohra ke atas Hamidah Osman nampaknya seperti tidak berasas langsung. Sharifah Zohra seharusnya lebih sedar diri dan mengukur kemampuannya berbanding Hamidah Osman yang mempunyai pengalaman lebih luas selain pernah menjadi Ketua Penerangan Wanita UMNO yang terlibat dalam pelbagai jenis peperangan termasuklah perang saraf.

Mereka yang pernah bekerja dengan Hamidah Osman, pastinya tahu tentang sikap bulldozernya dan kerana sikap bulldozernya itu jugalah, Hamidah Osman kehilangan kerusi DUN Sungai Rapat yang dimenanginya pada tahun 2008.

Siapa Sharifah Zohra berbanding Hamidah Osman?

Apakah kerana Sharifah Zohra aktif di Facebook, maka dia melihat Hamidah Osman sebagai sampah yang tidak bernilai? Atau berasa dirinya lebih juah kerana dia mempunyai page di Facebook, sedangkan Hamidah Osman pula disifatkannya sebagai penumpang dan pembangkai?

Memang sakit sungguhla puak-puak ProTun ni... patutlah mereka sentiasa meroyan dan menyalahkan orang lain tanpa sedikit pun menyalahkan diri sendiri...



4 comments:

Anonymous said...

Bagi yang dah ada pencen ehsan dari sang krunis bolehlah meninggalkan bahtera keramat dan boleh saja masuk mana-mana bahtera baru atau mana mana bahtera yang belum keramat.

Sementara bagi si tempelan yang bergantung sepenuhnya dari keehsanan tangan yang memberi di sebelah atas, haruslah berfikir berbanyak banyak kali sebelum melompat naik bahtera baru atau yang belum keramat kerana ehsan tangan di sebelah atas ada had dan batasnya.

Anonymous said...

Sebagai rakyat biasa kami mahukan maklumat tepat bagi semua perbelanjaan yang melibatkan wang kami. Itu hak kami. Selebihnya kami mahukan agar maklumat yang terdahulu didahulukan yang terkemudian dikemudiankan.

Sekarang ini apabila kami toleh di belakang barulah kami nampak apa yang kami telah dapat dan apa yang kami telah kehilangan. Kami terlupa untuk meneliti kisah silam kerana di herotkan dan di kaburi oleh kisah-kisah dan dongengan dongengan baru.

Kini kami sedar rupa-rupanya kami kehilangan apa yang dinamakan sebagai Brim yang mana setiap yang layak akan mendapat RM 1,000 setiap tahun. Ianya nampak kecil tetapi kalau di darabkan dengan 22 tahun yang kami tidak mendapatnya dan 6 juta kami kesemuanya jumlahnya saja boleh cecah RM trilion.

Kami tidak pasti kenapa kami tidak dapat Brim di era 90-han walhal negara kami jauh lebih kaya di waktu itu dengan pelbagai aktiviti ekonomi dan produk semula jadinya. Tapi, apa yang kami pasti ialah wang berkenaan (1 trilion) tidak kami miliki dan kalau dimiliki maka kuasa ekonomi kami mungkin tidak serendah seperti sekarang.

Justeru kami menuntut agar audit ke atas isu ini didahulukan berbanding audit ke atas lain-lain isu. Bukan saja kerana ia berlaku terlebih dahulu tetapi jumlah yang terlibat jauh lebih besar. Bukan kami sengaja mengungkit kesah lalu tetapi kami tidak mahu ianya terus jadi misteri dan bahan lelucon terhadap kami.

Anonymous said...

aihhh...kata parti baru x menjejaskan KEKUATAN UMNGOK...dah tu awat sebok dok serang lagi...goyang?

Anonymous said...

KAMI BUKAN GOYANG,TETAPI KAMI NAK PASTIKAN PARTI BARU NI MATI AWAL DAN NAK INGAT RAKYAK JELATA SUPAYA TIDAK TERPENGAROH DENGAN DAKYAH BEKAS PEMIMPIN YANG PUAK2 SEBELAH SANA DOK REBUT2KAN TU,MASA DALAM UMNO BEKAS PEMIMPIN UMNU SESEN PUN TAK GUNA TETAPI BILA KENA REJEK BEREBUT2 PUAK SEBELAH SANA NAK AMBIL JADI PEMIMPIN MERIKA,INI BERMAKNA PRODUK UMNO ADALAH BERKUALITI TINGGI(TAK TERMASOK MADEY)

 
Blogger Templates