Friday, August 5, 2016

PENJELASAN ROSMAH MANSOR BERHUBUNG BEG TANGAN, BERJOLI KE LUAR NEGARA DAN BERGAYA DENGAN PERHIASAN MEWAH!!!



Penjelasan Rosmah Mansor Isteri Perdana Menteri Berhubung Fitnah Keatasnya Termasuk Beg Tangan Mewah Yang Digunakan

1 Berjoli di luar negara

Kebanyakan lawatan saya ke luar negara kerana mengiringi suami menjalankan tugas.  Selain itu, saya juga menerima jemputan untuk menyampaikan ucapan oleh negara yang berminat untuk berkongsi apa yang Malaysia lakukan.

Memang kebanyakan negara yang saya dekati ialah negara Dunia Ketiga dan Timur Tengah. Ini kerana negara-negara inilah yang memerlukan pendekatan yang saya katakan tadi. Negara-negara lain seperti Amerika Syarikat, Britain, Perancis, Jepun dan Korea sudah maju dan kaya. Jika mahu berbakti, sudah tentu kita mendekati masyarakat atau negara yang memerlukan idea kita. Kita mahu buat kerja, bukan glamour.

Saya pernah dijemput memberi ucaptama pada Persidangan Antarabangsa Pertama Mengenai Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) Dalam Pendidikan Ke12 di Riyadh tahun 2011. Saya juga menyaksikan Memorandum Persefahaman (MoU) Antara Akademi Permata Insan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Saudi Arabian Islamic Foundation for Giftedness and Creativity (Mawhiba).

Bagi saya ini adalah pengiktirafan terhadap wanita Islam yang mempunyai pandangan sederhana tetapi moden dan pada masa yang sama tidak melanggar adab kesopanan wanita Timur.  Untuk seorang wanita diterima di kalangan pemimpin-pemimpin dunia lelaki terutamnya di Timur Tengah bukanlah sesuatu yang mudah. Apatah lagi mereka sering memandang rendah kepada wanita.
Apabila wanita Islam mempunyai buah fikiran yang boleh dikongsi bersama dan buah fikiran itu sememangnya untuk manfaat rakyat maka mereka memberi penghargaan dengan cara menjemput kita ke negara mereka untuk menyampaikan ucapan. Masakan saya sempat untuk berjoli?  Lagipun, saya tidak minat berjoli.

2. Pembaziran Projek Permata

Sejarah membuktikan bangsa yang tiada pendidikan akan terus ditindas.  Saya percaya orang yang mempunyai pendidikan akan lebih berjaya.  Sebagai anak bekas guru, saya faham tentang bagaimana pendidikan berfungsi untuk membentuk keperibadian manusia. Pendidikan harus bermula daripada awal. Justeru, saya mencadangkan penubuhan Permata.Ini idea baru.  Tidak apalah, kalau idea baru memang agak sukar diterima oleh semua orang kerana mereka tidak memahami apa sebernarnya yang ingin kita sampaikan.

Satu lagi masalah ialah sikap penyokong politik yang taksub, kita yang tidak dapat membezakan kerja kemasyarakatan dengan politik. Semuanya mereka satukan. Agak malang apabila kerja-kerja kemasyarakatan seperti Permata dijadikan motif politik.Saya tidak faham mengapa orang mempertikaikan tentang Permata sedangkan program tersebut adalah untuk kebaikan generasi akan datang.  Ada yang marah-marah apabila kerajaan mengumumkan bajet yang besar untuk Permata sedangkan tidak ada satu sen pun duit itu masuk ke poket saya.

3 Bergaya dengan perhiasan mewah

Seperti kebanyakan isteri pemimpin, saya juga mengiringi suami ke beberapa negara kerana urusan negara.  Ada juga yang menjemput saya atas kapasiti sebagai isteri Perdana Menteri. Mereka mahu saya memberi ucaptama tentang pengalaman masyarakat Malaysia terutama yang berkaitan wanita dan pendidikan awal kanak-kanak.

Apabila saya ke negara tersebut, mereka menyambut kami dengan mesra sebagaimana kita melayan mereka apabila mereka ke negara kita. Itulah adab sopan melayan tetamu. Sebagai meraikan kehadiran tetamu, kebiasaannya mereka memberikan cenderamata sebagai kenang-kenangan. Antara cenderamata tersebut termasuklah cincin, jam, bag tangan, perhiasan diri dan sebagainya. Ada yang diberi itu mahal harganya dan ditempah khas terutama negara negara Timur Tengah.

Apabila orang memberi kita sesuatu, sudah tentu tidak manis untuk menolaknya.  Kita mesti menjaga hati mereka apatah lagi kita adalah tetamu.  Bagaimana perasaan kita apabila pemberian kita ditolak orang lain? Tentu kita akan tertanya-tanya dengan pelbagai soalan dan merasa kecil hati. Dan, apabila telah diberi, saya pun memakainya.  Tak kan nak simpan saja dalam peti besi sedangkan barang-barang yang diberikan itu dengan ikhlas, cantik dan sesuai untuk digunakan.  Adalah satu pembaziran jika ia di simpan 'kaku' dalam kotak simpanan. Saya sedar ramai mata yang memerhati setiap apa yang saya lakukan dan setiap apa yang saya pakai.  Itu hak mereka. Saya tidak boleh menghalang. Tetapi, malangnya mereka ini bukan saja memerhati malah memfitnah saya dengan perkara-perkara yang tidak masuk akal.

Pendek kata, saya tidak mampu memuaskan hati setiap orang.  Yang penting, saya percaya pada apa yang saya lakukan


15 comments:

Anonymous said...

ada banyak jenis benci dan bencinya pembangang terhadap Mantan PM22 Umno adalah dalam klas 'benci tapi sayang'. dalam kata lain meskipun mulut kata benci tapi dalam hati sebenarnya sayang yakni bila PM22 tiada di tempatnya maka hilanglah tempat untuk meluahkan perasaan. tapi bencinya Protun terhadap Projib adalah diklas 'sayang tapi benci' iaitu perasaan benci seorang adik atau sepupu sepapat yang tidak dapat perhatian apabila si kakak telah berumahtangga.

rosli said...

tu dia pak tam kena kencing lagi ada ka org nk bagi cedemata mahal mahal nk kencing pon tgk la dulu ada org ker tk ni

Anonymous said...

nk kencing patut patut la penduduk msia kebayakan belum buta lagi pak tam oo agak agak la nak nipu pon cheq nk habaq kat pak tam ajer ni ,la ni depa pakat buka kilang dedak pak tam ooo ish ish waktu tgh panas ni depa pakat mkn dedak byk sungguh sampai org lain ckp hat btl semua salah cammana ni paktam nak buat ni

Anonymous said...

We are not that stupid to believe and " digest " all ....!!Fullstop!!


pesara guru dan anak bekas guru besar cemerlang.

Anonymous said...

Alhamdulillah..

Anonymous said...

Teguran ikhlas saya ialah apabila mengikut suami atau menghadiri majlis2 dalam negara terutama yang melibatkan rakyat2 biasa, makcik2 kampong, bawa lah perwatakan yg sederhana yang tidak nampak "elite" sebab takut atau segan orang orang kampung nak mendekati dan berbual bicara. Jangan marah yee.

Anonymous said...

bravo datin..buat pekak je..bangkang dr longkang..

Anonymous said...

Shoping sakan pakai credit card juta2 tak mahu cerita ka?

Anonymous said...

benggong punya alasan....

Anonymous said...

alahamdulillah.. sy sebagai ahli umno yg bodoh dan sombong.. percaya dan taat setia tanpa berbelah bagi.. terhadap kenyatan isteri PM ini. PENDEK kata.. sy terima bulat bulat tanpa usul periksa.

Anonymous said...

Tsteri PM Singapura pakai beg tangan s45 saja.. Anggun juga..sapa pun tak pertikai malah dapat sanjungan rakyat..

el halim said...

Lakonan tu je bang. Percayalah sangat. Padahal dia dh rugikan ratusan jutaan dolar memimpin Temasek

Anonymous said...

Lantak dialah dia nk pkai apepun... n lantak dialah klau dia nk shopping apapun..itu hak dia n dia shopping mintak duit korang ke?? Manusia klau dh mmg sifat pndengki tu ada saja fitnah dn tohmahan...buat dosa kering jer...x hbis2 nk sibuk hal DS Rosmah nih... Dia buat kerja2 dia yg diamanahkan sbgai 1st Woman n Isteri kpd PM yg byk tugas2 yg dia kena buat...tp smuanya dikutuk dan dihina... brtambah2lah pahala dia yg dia kutip dr manusia2 haprak yg hobi ngumpat n fitnah dia sesaja...heloooo dah x kesah n x kenal dosa n pahala keee...??? Masya Allah... cukup2la tuuu woooiiii...!

Anonymous said...

negara mana bagi hadiah juta2 tu..krik krik krik

Anonymous said...

Negara yg bg hadiah juta2 tu ialah dr timur tengah..fact.! pak arab klu dh suka dan pecaya kt seseorg, memg dia akn bg hadiah..bg yg x pecaya citer ni, lebih baik diam..takot2 dpt dosa free jer..

top