Social Icons

Pages

BULETIN 247

Thursday, August 4, 2016

PENTAKSUB ANGKATAN FITNAH ROSMAH AMAT KAGUM DENGAN BEG TANGAN PASAR MALAM ISTERI PERDANA MENTERI SINGAPURA!!!



Selepas gagal menfitnah Rosmah Mansor bermanja dengan KDYMM Sultan Pahang, selepas sekali lagi gagal membuktikan yang Rosmah Mansor menggunakan telefon bimbit mahal berjenama VERTU (admin sendiri pun kali pertama mendengarnya) sebaliknya mereka yang pernah menemui dan duduk semeja dengan Rosmah Mansor pasti akan mencebik dengan telefon-telefon era dinosaur berjenama Samsung dan Nokia yang budak-budak sekarang, tak teringin nak memilikinya pun kerana tidak mempunyai akses Internet mahupun di bawah label telefon pintar, menjadi milik Rosmah Mansor, puak yang menjadikan Rosmah Mansor sebagai sasaran serangan untuk menggulingkan Najib Abdul Razak sekali lagi menggunakan isu beg tangan.

Bezanya kali ini, mereka menggunakan gambar isteri Perdana Menteri Singapura untuk dijadikan perbandingan. 

Hari ini termasyhur gambar yang amat membanggakan puak-puak tertentu apabila isteri Perdana Menteri Singapura membawa beg tangan berharga RM40. Mereka segera membandingkan dengan beg tangan Rosmah Mansor yang kononnya berharga puluhan ribu ringgit.


Barangkali mereka tidak tahu yang isteri Perdana Menteri Singapura merupakan CEO Temasek Holding. Di bawah kepimpinan isteri Perdana Menteri Singapura itu, Temasek Holding mengalami dua kerugian besar iaitu kali pertama pada tahun 2009 dengan kerugian terkumpul adalah USD40 bilion atau RM160 bilion. Manakala kerugian kali kedua adalah pada tahun 2015 sebanyak SGD2 bilion bersamaan dengan RM72.3 bilion. 

Untuk menyedapkan cerita, kononnya Rosmah Mansor mempunyai peranan besar dalam 1MDB dan 'kerugian' 1MDB adalah RM42 bilion dengan RM2.6 bilion dimasukkan ke akaun peribadi Perdana Menteri. Sumbernya adalah Sarawak Report dan Wall Street Journal yang kemudian dikompangkan oleh Mahathir Mohamad yang terpalit dengan pelbagai skandal kewangan sehingga kehilangan ratusan bilion ringgit atas nama penswastaan dan bail-out ketika berkuasa selama 22 tahun.

Sekadar kompang dan berita tidak sahih, tetapi amat dipercayai dan Rosmah Mansor serta suaminya digelarkan sebagai perompak, lanun dan penyangak wang rakyat.


Bayangkanlah seandainya Rosmah Mansor adalah CEO Khazanah (entiti yang hampir serupa dengan Temasek Holding) atau 1MDB dan membuat kerugian seperti yang dialami oleh Temasek Holding. Barangkali kiamat sudah Malaysia ini walaupun di Singapura, rakyatnya yang totok PAP, tidak pula mengutuk dan mendesak Lee Hsien Long dan isterinya meletak jawatan kerana telah memindahkan beban kerugian Temasek Holding dalam bentuk cukai kepada rakyat - berdasarkan andaian puak-puak PROTUN dan Pakatun.

Bila isteri perdana menteri Singapura memakai beg tangan berharga rm40, maka riuh rendah la mereka membandingkan dengan Rosmah Mansur. Anehnya, mengapa pula rakyat Singapura yang disifatkan lebih bertamadun, lebih bijak dan lebih hebat daripada rakyat Malaysia, tidak bersuara dan membuat desakan serupa seperti puak pembangkang dan pembenci Najib-Rosmah di Malaysia?

Lebih kronik, mereka yang sanggup mencari ruang untuk menfitnah dan membelasah Rosmah Mansor, tidak pula berkata apa-apa kepada Betty Chew, isteri Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga menguasai jaluran penguasaan hartanah di seluruh Pulau Pinang (RUJUK SINI) sepertimana yang berlaku dalam kes pembelian banglo di Jalan Pinhorn, Georgetown membabitkan Phang Li Koon dan Lim Guan Eng.

Kenapa yer?

Barangkali kerana Rosmah Mansor adalah 'sitting duck' dan barangkali juga kerana mereka tidak tahu tentang pasaran serta jualan beg tangan 'berjenama' di Korea Selatan!!!


8 comments:

Anonymous said...

dalam kata lain isteri PO1 dan isteri SO1 lebih mampu melakonkan watak fakir hinggakan para pentaksub menyangka itulah watak sebenar PO1 dan SO1! kah kah kah

Anonymous said...

Yg dinyatakan tentang 2 tahun rugi tetapi tidak dinyatakan bahawa selain daripada 2 tahun tersebut mereka membuat untung. Di Malaysia pula badan pelaburan 1mdb tiap2 tahun rugi hutang bertepek tepek..Dah jual asset yg dapat free pun cuma cukup untuk bayar bunga sahaja. Pandai sungguh MO1 berniaga ya..

dewi's dewa said...

Hp brand vertu ada kedai di klcc..mmg mahal sgt..tp not sure teknologi nya mcm mana...sekilas pandang mcm hp hp zaman nokia dedulu...

Anonymous said...

Nak jugk fitnah rosmah..meme parok puok pembangkang..dah jd ketagihan..Balik2 1mdb mace tok ayoh dio kijo situ. Semua tahu

Anonymous said...

SAING ANBO KATO, KALU SEHARI TAK PITNAH ROSMAH,PUAK2 TU AKAN DISERANG SAWAN KHINZIR.

Anonymous said...

Mangkok ni tak faham kerana tak pernah baca.

Anonymous said...

Kepala bapak kau bangang. Rosmah ni bukan dari org senang. Hiduplah sederhana macam org lain. Kau yg baral yg biarkan dia mewah sedangkan yg lain hidup susah

Anonymous said...

Senang saja sebabnya
Sebab Rosmah Melayu
2 lagi Cina

Kalau Melayu kalau salah kena hentak gila gila sebab memang dah salah.... Kalau betul walaupon sedikit dicarinya jugak salah

Yang dua tu Cina buat la salah macam mana pon ... Disenyapkan saja... Kalau buat baik sedikit di puji melambung macam tak pernah ada salah

Nak buat macam mana dah feel kita begitu.... Beginilah kita selama2nya sentiasa ditipu bangsa lain...

Kau pernah dengar cerita orang yang suka dan tak suka menantu dia...

Kalau dia suka... Panau di badan dia kata.... Oooo bukan panau tu.... Tu tanda lahir

Kalau dia tak suka... Tanda lahir dikata kurap dikata parut..

 
Blogger Templates