Social Icons

Pages

BULETIN 247

Tuesday, August 9, 2016

PERLIS ADA DUA MENTERI BESAR, ANTARA FAKTA-FAKTA MENARIK TENTANG PERLIS YANG PERLU DIKETAHUI ORANG LUAR!!!



Seorang pembaca blog ini telah menghantar satu e-mel yang amat menarik dan sia-sia sekiranya dibiarkan begitu sahaja. Artikel dalam e-mel tersebut disiarkan tanpa sebarang pindaan seperti di bawah...

Apa yang orang luar perlu tahu sebelum datang ke Perlis dan tak ternganga bila sampai:

-Perlis mempunyai 2 Menteri Besar. Walaupun ada menteri besar baru, ia masih dimonopoli bekas menteri besar dalam semua majlis.

-Bila korang datang ke Perlis, hati2 ketika memandu kerana jalan yg lurus jangan disangka ada devider bengkok. Banyak yang dah mati sebab jalan lurus tetiba dibuat devider bengkok untuk masuk ke simpang atau u-turn. Ni paling jilake. Tak belajar buat jalan dari negeri2 lain ke?

-Taman ular dah macam muzium dinosour. Ular2 banyak kurus dan tinggal rangka. Tak pasti sama ada kurang makan atau mereka melalui program diet bersama Kevin.

-Taman burung yang tiada burung. Banyak burung yang dah kembali ke rahmatullah dan ianya begitu teruk sekali untuk tatapan pelancong. Jadi, di Perlis ia menggunakan konsep jagalah burung sendiri. Jinak2 burung merpati, jinak lagi burung sendiri.

-Kawasan Chalet ke Air Terjun Bukit Ayer sesuai untuk penggambaran Filem Kuntilanak Sesat Di Hutan. Kawasan yang dahulunya cantik untuk tempat pelancongan dah terbiar berlalang. Bohsia bohjan nk beromen pun seram apatah lagi hantu nk tinggal situ.

-Projek Ladang anggur dah jadi tempat ladang ternakan serangga, lalang dan lipan rasanya. Tiada lagi pelancong dapat rasa anggur perlis kecuali beli anggur di Giant. Buat projek, dpt geran, blah.

-Wang Kelian dah jadi macam kawasan perang vietnam. Sunyi sepi. Tiada lagi urusan bebas jual beli setiap hari Ahad. Kerana egonya pengurusan negeri Perlis, Thailand mengetatkan untuk ke sempadan dgn perlunya pasport atau border pass. Dulu tak perlu. Orang Thai boleh beli brg di perlis dan org malaysia boleh pergi ke thailand sehingga 2 kilometer sahaja.

-Solat berjemaah diMasjid tiada doa oleh imam selepas berjemaah. Doa sendiri2. Dalam bacaan contohnya seperti solat subuh, bismillah mesti baca perlahan oleh imam sebelum surah Al-Fatihah dibaca dengan kuat. Tiada doa Qunut ketika solat subuh.

-Jika beli barang di Padang Besar, Elakkan cakap KL kalau tak nak kena kapak harga.Harga baju dan seluar akan jadi lebih mahal dari Pasaraya Giant atau Tesco. Hang cakap KL, siap la..

-Selepas 10 malam, kebanyakkan kawasan akan sunyi dimana kedai makan banyak tutup kecuali di kawasan Arau dan Kuala Perlis yang banyak pondan2 dok berkaraoke lagu Madah Berhelah di kawasan jeti.

-Budak2 muda laki pompuan lepak dihighway Arau sehingga ke Kuala Perlis untuk tengok geng2 motor, teraba dan bertonggengjawab. Lepak smpai jam 3 pagi kecuali hujan lebat.

-Kebanyakkan kampung penuh dengan ladang Ketum yang sihat dan segar daunnya. Dulu penuh pokok mempelam. Sekarang tanam ketum sebab ianya lebih lumayan. org perlis kaya2 dan banyak rumah besar.

-Hati2 dengan papan tanda Buah Harum Manis. Ada yang betul dan ada yang kelepet. Kalau tengok ada raga tulisan siam, hati2 dan jangan beli. Menipu semua tu kata Harum Manis. Semua mangga thailand. Nak beli, cari kat Sungai Batu Pahat.

-Orang Perlis kaya dengan masa. Banyakkan istighfar bila korang memandu di sana. Pandai2 lah hang potong kereta atau motor bila nak laju. Depa sangat rileks bawak kenderaan dalam 40-60km/j.

-Hati2 memandu sebab kiri kanan jalan ditanam pokok jati yang kayunya sangat pawer kerasnya. Kalau hang terbabas, susah nak hidup kalau ikutkan rekod setakat ni. Dah boleh tebang pokok jati tu buat perabot dan baik tanam pokok pisang kat tepi jalan.

-Gua kelam yang semakin kelam. Kawasan gua batu kapur menjadi tempat mandi manda tidak dijaga dengan baik. Tiada marketing menarik pelancong. Takut ulaq baq hang.

-Bangunan, masjid, tiang, jambatan, jamban kebanyakkan dicat dengan warna kuning biru. Hudoh sikit la. Tak nmpak moden. So, hang jangan nak pelik. Nasib baik bendera perlis bukan warna hitam.

-Ladang Tebu mula menjadi ladang Kenaf. Apa jadah pokok Kenaf ni? Hang google la sendiri pokok tu mcm mana dan apa kegunaan dia. Pokok tebu semakin berkurangan sikit demi sedikit.

-Tak banyak restoran mamak disekitar kawasan perlis kecuali di Arau sahaja yang hidup. Mamak yang lain2 dah bungkus balik kampung sbb org perlis tak makan kedai mamak. Yg dok makan kat Arau tu semua student luar yg suka air tangan mamak.

-Perlis tiada TOL walaupun highwaynya berombak-ombak. Slow2 sikit bawak kat highway takut terbang ke dalam sawah.


15 comments:

Unknown said...

lol perlis indera kayangan
yg penting tiada bid'ah

Anonymous said...

negeri dkt sempadan, manfaatkanlah.

Unknown said...

Perlis....tak jadi sarkis dan funfair...bab cat tu... kena ambil perhatian la...bernas dan perlu berubah..

Anonymous said...

Tiada bida'ah.
Haaaa...haaaa....haaa..
Mcm la hebat sangat...

Anonymous said...

Stuju....amat stuju...tiada bidaah...

Anonymous said...

Memang susah Perlis nak maju, keseluruhan corak kehidupan hariannya slow dan lembab. Tempat kerja dekat dg rumah jadi pergi kerja pun lambat2 lah, bawa kereta pun perlahan2 lah...sekadar 30 ke 40km/jam.Tapi bila balik kerja cepat2 pulak tu, pukul 4.30 atau 5.00 sharp padahal balik cepat pun bukan ada apa yg nak dibuat dirumah...sebenarnya boleh selesaikan tugas yg banyak tertangguh di pejabat.
Kehidupan yg terlalu selesa dalam zone selesa orang Perlis itulah yg menyebabkan masaalah2 yg disebut diatas.

Anonymous said...

maaf cakapla..
MB yang ada sekarang budak najib. kerja dia tunggu pejabat dr 8 pagi hingga 5 ptg, 5 hari seminggu, 20 hari sebulan.
Dia MB payung terjun najib razak. Dia ingat jadi MB seperti peon zaman british kott. politik orang kampung di perlis tak ambil tau langsung sebelum ini. Nak pru14 baru melilau cari orang kampung. berlagak tak kena negeri..
kata orang." bagaimana acu begitulah kuihnya" lihat saja kerenah najib razak sebagai PM.

Anonymous said...

kiranya negeri lain semua pakat buat amalan bidaah masuk neraka la?
orang perlis je masuk syurga?

baghal punya komen

Anonymous said...

Tak salah kalau nak beri ruang untuk perniagaan berkemabang tetapi apabila melibatkan pintu sempada elakkanlah daripada memberi beri telalu banyak ruang waima sang badak, gajah dan mamoth boleh dengan bebasnya keluar dan masuk.

Anonymous said...

Perlis paling bid'ah di Malaysia sebenarnya.

Anonymous said...

Ada yang betul ada yang tipu... tak boleh blah mamat ni.. haha.

Anonymous said...

komen tu OK tapi jangan biadap sangat!

Anonymous said...

Doa pun bidaah..lol..

Anonymous said...

Adoi..doa bidaah?Patutlah perlis digelar perlis darul wahabi.Aku dah lama teringin nak pergi perlis disebabkan ladang tebu dan tasik timah tasoh,tapi asyik tak berkesempatan.Bila baca perlis seteruk ni rasa tawar hati pulak nak pergi.

Anonymous said...

aku still rasa hafiz mansor ni punya komen kat fb tahap sopan lagi. orang perlis ni punyala tahap jumud, takde mall takde sektor pelancongan semua konon boleh hidup, tapi beli plat kereta kedah dengan penang, pastu shopping kat negeri orang.

sorry to say. berubahlah. ambil yang jernih, buang yang keruh. toksah paranoid sangat.

 
Blogger Templates