Social Icons

Pages

BULETIN 247

Wednesday, August 3, 2016

SAMPAI BILA MAHATHIR NAK TERUS BERSELINDUNG DAN MENIPU RAKYAT MALAYSIA DENGAN MENYALAHKAN ORANG LAIN SEPANJANG MASA?



Dari tahun 1981, tatkala pada ketika itu buku-buku dan surat-surat layang berterbangan tentang kejayaan konspirasi Mahathir menumbangkan Allahyarham Tun Hussein Onn dengan alasan ekonomi walaupun hakikatnya, Mahathir sendiri setelah mengambilalih pentadbiran Malaysia daripada Hussein Onn, terpaksa mengambil bertahun-tahun untuk keluar daripada penguncupan dan kemelesetan ekonomi kesan kejatuhan harga dua komoditi utama yang didagangkan oleh Malaysia, Mahathir tidak pernah mengaku bahawa dia sebenarnya hampir gagal kalau tidak mendapat sokongan daripada UMNO dan komponen BN. Malah ketika dia memutuskan untuk membiarkan pengharaman UMNO asal bagi mengelakkan persaingan lagi untuk jawatan Presiden dan Perdana Menteri, Mahathir tetap tidak pernah mahu mengakuinya, walaupun pelbagai 'misteri' berkisar tentang aset-aset UMNO asal, beberapa skandal kewangan yang menggegarkan Malaysia dan dunia pada tahun-tahun terawal Mahathir sebagai Perdana Menteri.

Mahathir tidak pernah mengaku apa-apa sahaja perbuatannya termasuklah pembunuhan rakyat marhein secara beramai-ramai di Memali sebaliknya menuding jari kepada Musa Hitam yang merupakan Menteri Dalam Negeri pada ketika itu.

Mahathir tidak pernah mengaku, malah tidak berani membuka mulut tentang skandal Maminco-Karusawa, campurtangan dalam siasatan BPR ke atas Perwaja Steel, bail-out syarikat perkapalan anaknya, pemaksaan harga sesaham yang lebih tinggi untuk MAS, RENONG dan sebagainya bagi mengurangkan hutang dan beban kewangan syarikat-syarikat tersebut tetapi akhirnya dipindahkan beban kepada rakyat. Mahathir juga tidak pernah mengaku salah tentang pemberian lesen-lesen judi pada zamannya sebaliknya menyalahkan Anwar Ibrahim sebagai Menteri Kewangan pada waktu itu walhal yang menerima manfaat adalah kroni utamanya.

Mahathir juga tidak pernah mengaku dalam usaha mengekang kejatuhan kuasanya pada 1987, Operasi Lalang digerakkan setelah krisis perlembagaan tercetus yang menyebabkan kedudukannya sebagai Perdana Menteri terancam dan dia cuba mengorbankan beberapa orang pemimpin UMNO yang bersinar bintang mereka termasuklah Najib Abdul Razak yang pada ketika itu adalah Ketua Pemuda UMNO terutama menerusi peristiwa di Stadium TPCA Kampung Bharu, Kuala Lumpur.

UMNO Asal diharamkan pada tahun 1988 dan Mahathir mengambil masa lebih 2 minggu untuk 'memperbaharui' UMNO semula.

Terkini, Mahathir tidak mengakui lagi peranan yang dimainkannya dalam laporan yang dibuat oleh Khairuddin dan Matthias Chang kepada pihak asing. Mahathir kata dia tidak terlibat dan tidak tahu-menahu.

Melihat kembali sejarah Mahathir sebagai ahli politik yang tidak pernah mengaku salah sebaliknya lebih cenderung untuk menyalahkan orang lain, bahkan meletakkan kesalahan yang dilakukannya kepada orang lain yang boleh dijadikan kambing hitam serta dikorbankan demi keserakahannya, sudah cukup untuk membuatkan kita cuak dan sangsi dengan kenyataan terbaharu Mahathir.

Mengapa tiba-tiba Mahathir yang begitu berani menghentam apa-apa sahaja yang tidak menguntungkan kaum kroni dan anak-beranaknya, tiba-tiba sahaja menjadi ahli politik naif yang lurus bendul sedangkan sudah gah kononnya, Mahathir seorang yang berpandangan jauh, genius dan sangat bijak bermain politik?

Kebijaksanaan politik itu perlu diperakui walaupun tidak suka memandangkan kerana kebijaksanaannya itulah, ramai yang terus terpesona dan sukar untuk menerima hakikat bahawa Mahathir telah menyebabkan Malaysia kehilangan ratusan bilion Ringgit semenjak dia berkuasa sebagai Perdana Menteri tetapi melalak dan menyalak tentang 'kehilangan' RM42 bilion yang tidak melibatkan kewangan dalam kantung kerajaan. Malah kebijaksanaannya itu jugalah yang membolehkan dia terus bebas sampai ke hari ini apabila sikap Melayu yang sangat hormatkan pemimpin dan bekas pemimpin dimanipulasi dan diambil kesempatan seoptimumnya.


4 comments:

Ted Manoff said...

Betullah dia cakap tu..bukan dia ( in physical form) yang complaint ke US...

Anonymous said...

Melayu majoritinya masih di luar bandar dan mungkin telah dirancangkan sedemikian rupa supaya kekal sebagai golongan datar. Golongan datar ini sejak sedari dulu dialun dengan sentimen kekitaan dan di suap skema kek ekonomi datar yang mana meskipun tak seberapa, cukup sebagai pemanis mulut dan sebagai tanda semangat kekitaan termetrai.

Hakikat dan kemelataannya menunjukkan bahawa sentimen dan kek DATAR yang sepatutnya mampu merubah dan meningkatkan taraf hidup datar (golongan sasaran) sebaliknya ia sekitar mencukupi sebagai saguhati dan perangsang kepada kepopularan bidalan baru: 'asalkan ada, jauh lebih baik dari tiada langsung'.

Golongan inilah yang tanpa jemu mempertahankan regim 2.2 setelah termetrai ikatan, tanpa mereka sedar ada yang regim 2.2 sirat-siratkan tidak sama dengan ketersuratannya. Kalau dibaratkan hak yang sepatutnya diberikan kepada datar adalah sebungkah air batu namun hanya puncak bungkah air yang datar marasainya. Dasar bungkah yang lebih besar lesap entah di mana.

Melayu yang keberatan untuk buka mulut dan tidak suka korek sana dan korek sini, bila siang berganti malam, dalam mereka makan ..tidur ... makan ... tidur, sedar-sedar regim 2.2 telah berada di penghujung hajat yakni dapat apa yang di hajati, cumanya datar mungkin tidak tahu apa yang mereka sepatutnya tahu tetapi tidak tahu menahu.

Anonymous said...

Satu dunia tahu makna frasa ini: sekilas ikan di air, sudah tahu jantan atau betina; bila saja nampak sida buat report, jelas dan terang dari mana arahan tersebut datang.

Unknown said...

Betul..saya x cakap..anak2 dedak saya yg cakap.. kan x sama tu.

 
Blogger Templates