Social Icons

Pages

BULETIN 247

Friday, August 19, 2016

SKANDAL PENYALURAN WANG RAKYAT UNTUK DIJOLI KATAK AHLI LEMBAGA PENGARAH FINAS DAN PENGKHIANATAN KE ATAS PERLEMBAGAAN MALAYSIA!!!



Dari ruang komen post fb Rafi Awang Kechik

SKANDAL HONG KONG FINAS

1. Ramai penggiat seni Melayu baru baru ini terkejut dengan tindakan Finas mahu membuat kategori yang pelik pelik untuk anugerah Festival Filem Malaysia.

2. Kelakuan aneh Finas itu dikatakan ada kaitan dengan "Skandal Hong Kong". Ramai penggiat seni berkata Finas sekarang sudah dibeli cina bernama Hor Chee Leong atau nama glamornya CL Hor.

3. Seorang pengarah pengarah filem tempatan asal Perak. Kononnya sudah terkenal di Hong Kong dan China. CL Hor turut dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah FINAS.

4. Menurut sumber dalaman Finas, CL Hor telah mendapat RM13 juta geran dari Finas untuk 5 filem atas arahan dan penerbitan syarikatnya. Bagaimana boleh jadi begitu?

5. Inilah yang dikatakan "Skandal Hong Kong" kerana menerusi FB dan Instagram "orang orang kuat Finas" dilihat "berjalan-jalan" di Hongkong dan China. Ada yang mesra sampai ke kedai minuman keras.

6. CL Hor sebagai ahli lembaga pengarah Finas mempunyai syarikat 7 syarikat yang bermula dengan huruf "M".

7. Apakah adil jika seorang Ahli Lembaga Pengarah Finas yang juga adalah CEO kepada 7 syarikat ini mendapat geran dari Finas jutaan ringgit untuk membuat filem?

8. Lebih meragukan bila ada kelibat "orang orang kuat Finas" yang berkuasa meluluskan geran bercuti bersama di Hong Kong dengan CL Hor. Apakah perjanjian itu berlaku di Hong Kong?


CL HOR, MEGA VISUAL SDN BHD ( MEGA GROUP) DAPAT DANA FINAS DALAM FILEM "GREEN LOVE"

9. Bulan Jun 2016 lalu didapati "seorang orang penting Finas" bersama team Mega Visual Sdn Bhd dan MVTV Network Asia Sdn Bhd berjalan-jalan makan angin ke Hongkong.

10. CL Hor dilihat membawa bersama "orang penting itu" bertemu pelakon Hong Kong dan melobi Virginia Lok of Shaw Brothers Pictures dan TVB kononnya kerjasama antara Malaysia dan Hong Kong.

11. Trip Hong Kong begitu berjaya sekali. CL Hor selaku Ahli Lembaga Pengarah Finas mendapat laba apabila syarikatnya Mega Visual Sdn Bhd filem CL Hor "Green Love" dilancarkan 14 Julai lalu mendapat peruntukan RM 1.2 juta dari Finas.

12. Green Love adalah filem kisah cinta menggunakan elemen dwi-bahasa Kantonis-Inggeris, di mana ia dibarisi oleh beberapa pelakon terkenal dari Hong Kong dan Malaysia antaranya Edward Chui, Bowie Wu, Rosanne Lui, Erica Chui, Lisa Ch’ng, Nutserlar, Billy Wong, Keith Hor dan Tricia Chan.

13. Pelancaran filem ini turut di hadiri oleh "dua orang kuat Finas" yang sudah dilobi oleh CL Hor di Hong Kong itu. Turut hadir adalah Azmin Saifuddin Mutalib Pengarah Komersil Finas

14. Apa pertaruhan Finas untuk Filem "Green Love" ini? Dapat duit rakyat ( geran) berjuta tapi ambil orang luar (berlakon) dan produksi luar sekali. Filem kisah cinta dan katanya perpaduan rakyat Malaysia tetapi sepenuhnya berbahasa kantonis -Inggeris ini.

15. Filem sebegini yang mahu dibuat kategori khas supaya boleh menang anugerah dalam Festival Filem Malaysia?

16. Seperti biasa "orang orang kuat Finas itu" turut menyokong filem ini sebagai produksi yang bakal menembusi pasaran antarabangsa.

17. Malah "orang kuat Finas itu" juga berkata pads 22 September 2015 bahawa filem Melayu sekarang "Skrip Merapu". Puji filem Hong Kong dan kutuk filem Melayu.

18. Ini yang buat ramai penggiat filem Melayu kecil hati. "Orang orang kuat Finas ini" masuk di Finas atas kapasiti perjuangan Melayu tetapi bila duduk di situ mereka martabatkan filem Hong Kong.

ORANG KUAT FINAS SALAH GUNA KUASA LANTIK PRODIGEE MEDIA ENTERTAINMENT MILIK NAMEWEE SEBAGAI WAKIL FINAS DI CHINA.

19. 18 April 2015, "orang kuat Finas" yang melantik Prodigee Media Entertainment milik Namewee si penghina negara dan Islam sebagai wakil Finas di China.

20. Syarikat Namewee itu telah menubuhkan pusat filemnya sendiri dan menyalahgunakan logo Finas serta jata negara untuk tujuan menipu pelabur.

21. Ini satu kesalahan besar kerana pelantikan itu adalah membelakangkan kementerian. Bagaimana "orang kuat Finas" itu boleh melancarkan pusat ini di pejabat Prodigee Media seolah-olah Finas mempunyai cawangan di Beijing China?

Bagaimana Finas boleh bekerjasama dengan Namewee?

22. Apa kepentingan "orang kuat Finas itu" dengan Prodigee Media ini? The Star 19 April 2015 menyiarkan kenyataan "orang kuat Finas itu" sebagai berkata: "Kami menggunakan Prodigee sebagai asas untuk mengukur pasaran di sini. Ini hanyalah titik permulaan. "Bagi pihak Finas, Prodigee akan bertindak sebagai jambatan antara China dan Malaysia, memberikan maklumat kepada pihak yang berminat dalam meneroka pengeluaran filem di negara kita" "Prodigee juga boleh membantu untuk mempromosikan kandungan kreatif dari Malaysia pada platform dalam talian, WebTV Asia,"

23. Adalah kerja gila sama sekali bila melantik syarikat Namewee iaitu Prodigee Media sebagai "jambatan filem" antara dua negara.

24. Sebenarnya apa sudah jadi pada Finas? Sudah berkiblatkan Hong Kong dan memuja Namewee sebagai duta mereka.

25. Ini sama sekali tindakan yang jelas sekali mencabar kewibawaan pengusaha pengusaha filem Melayu. Di mana letaknya Bahasa Melayu, Perkara 152 Perlembagaan dalam filem Malaysia?


2 comments:

Anonymous said...

DUA TIGA MENJAK NI KEKALUTAN BERLAKU DI MANA2 SAJA AGENSI KERAJAAN.MASING NAKTUNJOK ADA KUASA,SERTA CENDERUNG UNTUK SALAH GUNA KUASA UNTUK SEKELUMIT HABUAN SERTA MERTA.MANPUIH LAGU NI.

Anonymous said...

Tak pe.dioarang bak tunjuk teror kejap lagi...tunggu kejap lagi kena tukarlah tu then ckp Najib zalim. Biasalah tu orang kalau tak amanah Allah akan lucutkan jawatan..kita tunggu jer

 
Blogger Templates