Social Icons

Pages

BULETIN 247

Sunday, August 14, 2016

SPAD, JPJ, POLIS TRAFIK DAN DBKL PERLU BERIKAN KERJASAMA UNTUK TUNJUK PERASAAN PEMANDU TEKSI DENGAN TIDAK MEMBENARKAN TEKSI-TEKSI MASUK KAWASAN BANDARAYA!!!



Persatuan Transformasi Pemandu Teksi Malaysia (Pers1m) merancang untuk mengadakan protes dan tunjuk perasaan selama enam hari bagi membantah keputusan kerajaan membenarkan perkhidmatan perkongsian kenderaan Uber dan GrabCar.

Alasan mereka, kewujudan Uber dan GrabCar membuatkan mereka tidak dapat bersaing kerana kekangan-kekangan tertentu. 

Dari dahulu, semenjak sebelum wujudnya perkhidmatan Uber dan GrabCar lagi, perkhidmatan teksi terutama sekali di Lembah Kelang amat menyekik darah. Bukan sahaja tidak dapat memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada pengguna sehingga memaksa kerajaan mewujudkan lebih banyak sistem pengangkutan awam, tetapi juga berlagak seolah-olah hanya mereka sahaja yang boleh wujud di Lembah Kelang. 

Persatuan dan syarikat pemegang konsesi teksi cuba berlagak seolah-olah mereka adalah kartel. Dan menariknya, Kerajaan pula kelihatan cukup akur dan tunduk dengan tekanan mereka seperti yang diumumkan bahawa undang-undang ke atas Uber dan GrabCar akan diperketatkan manakala peraturan-peraturan untuk pemandu teksi akan dilonggarkan. (RUJUK SINI)

Seperkara yang pasti ialah, seandainya benar teksi-teksi yang memberikan perkhidmatan pengangkutan di Lembah Kelang sangat cekap, Uber dan GrabCar tidak akan wujud langsung. Sekarang, persatuan, pemilik syarikat dan pemandu teksi menyalahkan kerajaan kerana kewujudan Uber dan GrabCar tetapi pada masa yang sama, mereka sendiri tidak langsung mahu berubah untuk memberikan keselesaan selain memenuhi keperluan pasaran.

Elok sangatlah untuk mereka memprotes dan melakukan tunjuk perasaan. 

JPJ, PDRM dan SPAD serta DBKL seharusnya memberikan kerjasama sepenuhnya kepada teksi-teksi tersebut. Biarkan mereka membuat tunjuk perasaan selama enam bulan. Malah kalau perlu, jangan benarkan mereka beroperasi langsung di tengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur bagi membolehkan mereka mencapai hasrat dan sasaran. 

Pastikan juga tidak ada teksi-teksi yang berhenti dan kemudian mencipta kesesakan lalu lintas di tengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur semasa tempoh protes dan tunjuk perasaan tersebut. Kalau ada yang masih berdegil, sila tunda dan humbankan ke mana-mana tempat sitaan dengan denda tinggi kerana melakukan halangan dan mengganggu ketenteraman awam.

Tindakan tegas perlu diambil terhadap mana-mana pemandu teksi yang besar kepala dan terus berdegil kononnya mereka dilindungi oleh pihak-pihak tertentu. Bukannya apa, sekadar untuk membolehkan mereka terus melakukan protes dan tunjuk perasaan atau boikot selama 6 hari.

Biarkan hanya perkhidmatan Uber dan GrabCar sahaja yang beroperasi di tengah-tengah Bandaraya tanpa kehadiran teksi-teksi yang mencekik darah, sekurang-kurangnya selama 6 hari. Kita tengok lepas tu, adakah pemandu-pemandu teksi itu akan sedar bahawa selain daripada perkhidmatan mereka yang sangat teruk dan sering menjadi rungutan ramai, mereka juga sebenarnya tidak diperlukan pun di tengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur!!!

Biarkan mereka yang benar-benar jujur mencari makan dengan teksi yang buat kerja berbanding mereka yang sibuk mencari jalan pintas untuk hidup mudah.

Tapi KERAJAAN NAJIB TERLALU BAIK kerana masih mahu nak mendengar... kalau Mahathir dahulu, jangan haraplah!!!


6 comments:

Anonymous said...

Ada perkara boleh kompromi tetapi ada perkara yang tidak. tunjuk perasaan boleh dikompromi tapi gangguan lalu lintas atau pembahayaan lalu lintas tidak boleh.

Siapa saja boleh sokong mana-mana parti tapi masakan mana mana parti akan ikut berkompromi dalam hal tak boleh kompromi atau menutup dua belah mata terhadap gangguan aatu ancaman keselamatan jalan raya.

Sejarah memperlihatkan satu angan-angan sebuah kampung di Pulau Mutiara yang memberikan sokongan 100% kepada Dap agar apabila Dap membentuk kerajaan dapatlah Dap berbuat sesuatu untuk menyelamatkan kampung berkenaan.

Apa yang menyusul ialah angan-angan tidak jadi realiti. Dap tidak dapat mengotakan janji untuk menyelamatkan kampung tersebut dari diusik dek pembangunan.

Usah mengharapkan buah tidak jatuh dan usah mengulangi kesilapan yang pernah dilakukan oleh orang lain kalau tidak mahu kesilapan sama diulangi.

Anonymous said...

Tuan faham ke tak isu ni. Kami boleh terima uber dab grabcar tp mereka mesti lah punya lesen kenderaan awam punya kad pemandu dan kereta mesti kena pemeriksaan Puspakom macam kami. Tuan persoalkan integriti pemandu teksi, ya memang ada segelintir pemandu yg tidak mengikut peraturan yg sebenarnya boleh di kawal kalau spad mahu. Mereka ini beroperasi di klcc pudu sentral dan Bkt bintang. Kalau lah disebabkan ada pemandu menipu dan samseng maka perlu perkhidmatan altenatif dari luar maka bagaimana pula polis kastam jpj spad malah pemimpin yg rasuah dan mengaut harta negara apakah kita kena wujudkan polis jpj kastam dan pemimpin lain dari luar negara. Untuk pengetahuan tuan juga pemandu uber dan grabcar kebanyakan nya adalah bekas pemandu teksi yg bermasalah yg tidak boleh lg memandu teksi bandar akibat disenarai hitam oleh syarikat teksi atau spad.

Anonymous said...

anon 7:25 pm.
adakah tuan sendiri maklum bahawa perkhidmatan teksi bandaraya sebenarnya berprestasi buruk? teksi adalah kemudahan awam dimana orang awam akan membayar untuk perkhidmatan teksi. kini orang awam tidak punya banyak pilihan untuk pengangkutan awam selain taksi walaupun perkhidmatannya kurang bagus. sudah la kosnya agak mahal, malah pemandu mempunyai trend untuk tidak mahu menghantar penumpang ikut alamat yang dikehendaki jika mereka tidak suka. pemandu teksi sudah pandai demand. itu belum termasuk skil pemandu menjauhkan jarak perjalanan agar bacaan meter lebih tinggi. sopan santun, berbudi bahasa kadang2 tidak dijaga. sekiranya ada uber atau grabcar maka sebenarnya ada persaingan untuk mendapatkan perkhidmatan terbaik bagi penumpang. apa yang ditakutkan oleh pemandu teksi sebenarnya? takut kepada persaingan? jika grabcar tau uber menjadi pilihan penumpang maknanya perkhidmatan tersebut lebih baik, mungkin tambang lebih murah? jadi untuk menjadi pesaing terbaik, pemandu teksi juga boleh mencontohi mereka. satu lagi saya nak sebut, adakah dengan melakukan mogok atau demonstrasi akan menguntungkan penumpang atau segelintir manusia sahaja? sekiranya kerajaan bertindak balas dengan meluluskan grabcar dan uber dengan segera, bukankah ia boleh dianggap sebagai 'giant killer' kepada pemandu teksi? para pemandu teksi sudah bersedia untuk memilih cara lain bagi mencari sesuap nasi jika ingin berkonfrantasi dengan kerajaan? gunakan akal untuk membuat pertimbangan. jika ingin menyokong parti bersatu pimpinan ds muhyidin yasin, itu tidak jadi masalah. sistem demokrasi negara kita membenarkan ini berlaku, namun dengan menggunakan ini sebagai salah satu cara mengugut kerajaan agar tunduk dengan tuntutan, minta maaflah. tiada keuntungan apa2 kepada penumpang, malah manjadikan para pemandu teksi lebih besar kepalanya!

Anonymous said...

Pihak yang disenarai hitam di syarikat A tidak bermakna tidak boleh cari makan di syarikat B. Terpulang pada syarikat B hendak terima pekerja berkenaan.

Contohnya, meskipun ada pemandu disenarai hitamkan kerana tidak gunakan meter tapi uber/grabcar, telah pun menutup ruang untuk pihak yang enggan gunakan meter.

Jadi tidak timbul isu pihak senaraian hitam akan menjadikan perkhidmatan uber- grabcar lebih buruk kerana ruang ke arah itu ditutup.

Anonymous said...

kalau perkhidmatan teksi skrg sangat bagus, uber/grab dah lama bungkus... tu je wa nak cakap... #peacekbye

Anonymous said...

Ini bukan pengguna vs pemandu teksi tapi.
pengguna vs syrkt teksi yg tamak. Naik lrt lebih murah selesa.

 
Blogger Templates