Tuesday, August 23, 2016

WAJAR UCAPAN TAHNIAH UNTUK DAP KERANA BERJAYA MELAHIRKAN PRODUK MIN YUEN DARI KALANGAN PELAJAR MELAYU UNTUK KEKALKAN DINASTI LIM!!!



Pendedahan tentang Sekolah Demokrasi tajaan DAP yang menumpukan kepada generasi muda Melayu, khususnya para pelajar universiti untuk dijadikan kader-kader politik yang mengumpulkan sokongan daripada orang Melayu untuk pemimpin-pemimpin chauvinist dalam hierarki kanan DAP, telah dibuat lebih setahun lalu. (RUJUK DI SINI)

Mentornya adalah SOFYA DYANA yang sekarang ini 'diam' di Eropah dengan alasan melanjutkan pelajaran walaupun terdapat khabar-khabar angin juga, dia dipaksa ke sana 'membawa perut'.

Prinsip dan asas Sekolah Demokrasi adalah membentuk dan mewujudkan pasukan anak-anak muda Melayu yang bekerja keras mengumpulkan segala sokongan demi Dinasti Lim dan konco-konconya. Mereka walaupun diberikan kedudukan, tetapi ianya tidak lebih tinggi daripada sekadar berstatus Min Yuen seperti yang kerap diamalkan oleh Parti Komunis Malaya.

Dan yang menariknya, budak-budak Melayu yang diternak oleh Sekolah Demokrasi tersebut, diajar untuk memusnahkan masa hadapan generasi pelajar Melayu-Bumiputera yang lain, dengan beralasankan perjuangan rakyat walaupun hakikatnya apa yang mereka lakukan adalah semata-mata untuk memastikan kuasa Dinasti Lim DAP tidak bertukar tangan.

Pada ketika PTPTN direbut untuk ditukarkan sebagai biasiswa sekaligus tidak memerlukan pembayaran kembali oleh pelajar-pelajar bukan Melayu yang tidak digalakkan terlibat dalam bidang politik, pelajar-pelajar Melayu-Bumiputera yang cukup galak untuk dilibatkan dalam kegiatan politik Dinasti Lim, mengeluh dan berjuang agar PTPTN dihapuskan dan wang PTPTN itu didermakan kepada mereka untuk dijoli katak tanpa mereka perlu rasa bertanggungjawab, sebaliknya pihak lain yang bertanggungjawab ke atas mereka.

Dengan penuh bangga, puak chauvinist mengisytiharkan kejayaan mereka melahirkan ANIS SHAFIQAH yang menjadi jurucakap gerakan TANGKAP MO1. Bangga sungguh mereka!


Konon-kononnya ANIS SHAFIQAH yang sekadar menghafal skrip untuk disebut dan dikempenkan bagi menaikkan semangat anarkisme dan mundur dalam persaingan kecemerlangan akademik di kalangan pelajar-pelajar universiti Melayu-Bumiputera.

Sememangnya amat membanggakan bagi puak-puak tersebut sepertimana bangganya Inggeris mempunyai Ketua-Ketua Kerani Melayu yang berkempen secara tidak langsung tentang kebaikan Inggeris di kalangan orang kampung Melayu yang lain. Betapa hebatnya tuan mereka mentadbir dan memerintah negara ini. Sama seperti pada zaman darurat apabila Chin Peng dan PKM dikatakan sebagai pejuang kemerdekaan negara ini, walaupun hakikatnya mereka tidak pernah berhasrat memerdekakan negara, sebaliknya mahu menjajah negara ini dan meletakkan Malaysia di dalam blok atau jajaran Tirai Besi Negara China sebagai salah sebuah jajahan komunis.

Itu yang dikatakan bijak?

Itu yang dikatakan tahniah?

Anehnya, pelajar-pelajar universiti yang juga berpolitik tetapi berpihak kepada Kerajaan atau pemimpin parti-parti kerajaan, dilabelkan pula sebagai BODOH!


9 comments:

Anonymous said...

SEK DEMOKRASI..... INSTITUT KAJIAN DASAR ( IKD ) MASA DULU DIGUNAKAN OLEH ANWAR ALJUBOOORI UNTUK PLURALISMA AGAMA... DITAJA YAHUDI NGO YAHUDI ..... DARI GERMANY DIPRNGERUSI KAMARUDDIN JAAFAR PKR...

Anonymous said...

Inilah Melayu kena lihat. Mungkin tertarik dari segi kewangan yang dihulurkan oleh agen DAP. Kita semua tahu DAP mengunakan gula dan kewangan untuk menarik budak2 Melayu. Strategi yang digunakan olih pendakwah kristian untuk menyesatkan orang2 Islam. Budak ni pandai tapi tidak cerdik. Clever but not wise.

Anonymous said...

BALIK DARI LUAR NEGARA MESTI SLIM...HA HA HA.....

Anonymous said...

IKD pengasas pluralisma murtad di Malaysia.. berselindung dng interfaith religious dialog. .. melalui Slogan Islam Madani di asas oleh Bapa Pluralisma dan Bapa Paling Penipu Malaysia Anwar Ibrahim@alhuboori... pluralisma murtad lawan pluralisma insyallah SYAHID....

Anonymous said...

Melayu Islam perlu brtindak utk membendung perkara negatif ini.

Anonymous said...

kalau ahli biasa ianya tak perlu pengkaderan. kalau lebih dari ahli biasa pengkaderan adalah keperluan dan bukan pilihan. kalau yang dikader masih sedar, peka dan was-was tidaklah mereka terjebak dalam perkara-perkara yang menjejaskan kepentingan diri, anak dan cucu2 mereka. kalau tidak, anak dan cucu2 mereka yang akan menerima impaknya. pada masa itu mereka sudah tiada! kah kah kah

Anonymous said...

seluar dlm dgn coli pun masih guna duit subsidi mak bapak , ada hati nk sembang pasal politik .

Anonymous said...

Mana pelajar kelahiran Umno nii

Anonymous said...

Ganjil juga Ada dikalangan Melayu yg waras Dan cerdik.

top