Saturday, August 20, 2016

WARTAWAN THE EDGE YANG BERJIWA TOTOK CHAUVINIST TETAPI MENGAKU TRUE MALAYSIAN!!!



Wartawan The Edge, Maxine Yong Chen barangkali sedar, keterujaannya untuk menunjukkan dan membuktikan taat setianya kepada DAP, hanya menyebabkan dia berhadapan dengan masalah, apatah lagi tindak-tanduk atau lebih tepat lagi, kenyataannya di Facebook, mengesahkan tentang pengkhianatan yang dilakukan oleh The Edge, syarikat tempatnya bekerja untuk menumbangkan kerajaan Malaysia yang diterajui oleh UMNO-BN menerusi kerja-kerja fitnah menggunakan dokumen-dokumen berharga USD2 juta yang diperolehi daripada Xavier Justo. 

Bayaran sebanyak RM2 juta tidak pernah diterima oleh Xavier Justo, menyebabkan bekas eksekutif PetroSaudi itu mendedahkan plot serta rancangan jahat puak konspirator membabitkan Clare-Tony-Tong-Ho-Mahathir.

Turut disebutkan juga adalah Nurul dan 'K' yang rapat dengan 'Dr. M' dalam transkrip WhatsApp antara Xavier Justo dan pengendali Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown.

Pada April 2016, Justo menyaman Tong Kong Oii di mahkamah Singapura bagi mendapatkan ganti rugi. Turut disaman adalah dua orang yang lain. Tong Kong Oii gagal mengenepikan saman tersebut dan mahkamah Singapura mengarahkan agar perbicaraan dijalankan. (RUJUK SINI)

Justo claims that he handed over two data storage drives in Mr Tong’s presence at a Fullerton Hotel meeting in February last year in return for US$2 million (S$2.7 million) – money which he never received.
He wants the items – which contain data about global oil services firm PetroSaudi and its business partner 1Malaysia Development Berhad (1MDB) – to be returned and for any copies to be destroyed, according to court documents filed last November.
Mr Tong denies the claims and argues that Justo is not entitled to the items as he was “widely reported to have confessed to have stolen the data from PetroSaudi”, according to defence papers filed by his lawyer Doris Chia. (RUJUK SINI)
Tong Koi Oong adalah pemilik The Edge. Atau dalam bahasa yang lebih mudah, taukeh kepada wartawan yang sekarang ini bertungkus lumus cuba untuk tidak mengaitkan taukehnya dalam kemelut yang diciptanya sendiri.


Dalam kekalutan dia untuk mempertahankan boss dan syarikat tempatnya bekerja, Maxine Yong Chen menuturkan sesuatu yang tidak banyak berbeza daripada pertuturan para pemimpin dan penyokong DAP yang terkantoi setelah belang rasis mereka terdedah.

Dia mengaku dirinya sebagai True Malaysian!

Sama ada dia seorang wartawan bodoh atau barangkali terlalu terperangkap dalam aliran chaunivisme bebal, Maxine Yong Chen yang amat membenci kerajaan Barisan Nasional terlupa bahawa pembangunan sukan di negara ini melibatkan kerajaan sepenuhnya. Dana dan peruntukan yang diberikan kepada bidang sukan merupakan dana dan duit rakyat yang diuruskan oleh Kerajaan.

Justeru, kemenangan atau kejayaan mana-mana atlet Malaysia yang bertanding dalam mana-mana kejohanan antarabangsa, memang melayakkan kerajaan untuk berbangga atau claim credit. Apatah lagi dengan pelbagai peruntukan dan perancangan yang dibuat oleh kerajaan tanpa peduli sama ada atlet-atlet mahupun pegawai-pegawai sukan berkenaan, jenis kaki sokong pembangkang.

Apa masalah si wartawan chauvinist ini yang tidak dapat membezakan antara sukan dan politik?

Bagaimanapun, tidak menghairankan juga bilamana di dalam badan-badan sukan, terdapat unsur-unsur politik keterlaluan sehingga ke peringkat pemilihan pemain dan atlet terutama sekali seperti yang berlaku dalam BAM kerana manusia seperti Maxine Yong Chen wujud dan mereka amat tidak malu untuk mempamerkan kebodohan mereka.


No comments:

top