Friday, September 2, 2016

ADAKAH MO1 AKAN DIDAKWA ATAS TUDUHAN JENAYAH... DAN MEREKA PUN BERMIMPI BASAH!!!



Oleh: Azmi Arshad

Saya ingin menyentuh drama oleh pembangkang dari perspektif yang berbeza.

Pembangkang (termasuklah Cap Bunga) dilihat sangat keliru tentang saman DOJ dan MO1. Daripada 136 muka surat laporan DOJ, mereka merumuskan bahawa kes tersebut akan selesai sekiranya identiti MO1 dikenalpasti. Dan disebabkan itulah, mereka kerap bertanya SIAPA MO1? SIAPA MO1? Bagaimanapun, mereka tertinggal beberapa perkara penting sebelum bertanyakan soalan tersebut seperti memastikan adakah MO1 dikehendaki oleh pihak berkuasa, dan sekiranya dia didakwa, apakah pula bukti jenayah yang boleh mensabitkannya.

Tidak kurang juga apabila jawapan yang diberikan ialah, 'Saya rasa dianya adalah Najib', mereka tiba-tiba sahaja jadi bingung. Mereka bertambah tolol dan kecewa apabila kita tanya balik, "Adakah MO1 akan didakwa di bawah tuduhan jenayah?" Atas alasan yang hanya mereka sahaja tahu, mereka berasakan tiada seorang pun penyokong anti-pembangkang akan berani menyebut atau mengaitkan nama Najib sebagai MO1. 

Ada yang jujur akan jawab balik, 'No', dan perbualan akan terhenti sama sekali. Banyak masa dapat dijimatkan. 

Ada pula yang enggan menjawab walaupun secara ringkas yes atau no, sebaliknya cuba putar belit dengan menunjukkan ringkasan saman DOJ dengan garisan merah di sana sini. Golongan zombie tegar akan memberitahu anda, "Baca sama DoJ" atau "Anda dah baca saman DOJ?" (Tahun lepas mereka kata, "Bacalah Sarawak Report, The Edge dan laporan WSJ").

Juga, selepas cuba untuk mengkagumkan atau menakutkan pihak lawan dengan screenshot ayat-ayat yang telah digaris merah, carta aliran wang dan apa-apa sahaja 'bukti' yang bukan merupakan perbuatan jenayah, mereka masih tidak boleh memberikan jawapan berterus-terang, mengapa MO1 tidak didakwa. Kesemua 'bukti' itu juga masih tidak mensabitkan atau mengheret serta mendakwa MO1. Zombie kemudiannya sama ada akan senyap atau pun cuba mengalihkan topik perbualan dengan memberitahu betapa bodoh atau bangangnya anda kerana tidak mampu melihat 'bukti-bukti' yang mereka berikan. Dan lebih seronok lagi apabila mulut mereka berbuih hanya semata-mata kerana 'bukti-bukti' mereka dan label bodoh bangang mereka tidak cukup kuat untuk memudahkan penerimaan kepada hujah-hujah mereka.

Propaganda Tangkap MO1 dan demonstrasi jalanan sepatutnya meyakinkan anti pembangkang bahawa wujud bukti-bukti kukuh jenayah yang telah dilakukan oleh MO1 dan apa yang perlu dilakukan oleh pihak berkuasa ialah mengenalpasti dan kemudian menangkap MO1. 

Imaginasi mereka terlampau besar dan tidak terkawal. Mereka terlalu ghairah dan bermimpi basah seperti selepas membaca novel romantik yang diperkirakan sebagai buku lucah. Hasilnya adalah tangan yang menggeletar dan kesakitan pada alat sulit, namun ianya bukanlah bukti bahawa buku romantik adalah buku lucah atau gadis-gadis seksi yang mengghairahkan di dalam cerita tersebut adalah bintang porno.

Tak payah lah nak tanya siapa MO1. Tengok cermin dan tanya macam mana orang dalam cermin tu boleh jadi bodoh tahap gaban.

- AA -


1 comment:

Anonymous said...

Calon presiden mereka juga terpalit dengan berbagai skandal sama ada perniagaan atau tajaan dari luar negara. Dalam konteks kleptokrasi, kalaupun kleptokrasi berleluasa selama 22 tahun tetapi kalau ianya tidak dibawa dan di belanjakan di AS, AS tiada hak untuk sibuk-sibuk.

top