Thursday, September 8, 2016

BENARKAH DAKWAAN YANG TONY PUA SEBENARNYA ADALAH KUDA TROJAN MAHATHIR?



Tidak mengejutkan apabila Tony Pua didedahkan sebagai TROJAN HORSE Mahathir.

Putar balik ke tahun 2007 apabila Mahathir mengaturkan Tony Pua sebagai kuda trojannya dan kemudian menyertai DAP. Tony Pua adalah merupakan salah seorang petugas Mahathir, ditanam di dalam DAP bagi tujuan-tujuan yang sangat spesifik. 

Tony Pua meninggalkan syarikatnya yang tersenarai di SESDAQ yang pada ketika itu sudah hampir bankrap. Dia melupuskan semua asetnya dan bersetuju untuk menyertai DAP di bawah naungan Mahathir dan beberapa orang taikun.

Beberapa orang insider DAP telah mengesahkan bahawa Tony Pua adalah agen talam dua muka yang mengambil arahan daripada Mahathir. Beberapa bukti telah didedahkan tentang aktiviti kewangan yang mengaitkan DAP dan DAP semenjak hari pertama dia menyertai parti tersebut. 

Adakah Lim Kit Siang tahu tentang perkara ini?

Sudah tentu dia tahu.

Lim Kit Siang bukan sahaja maklum, tetapi juga sangat tahu dari awal Tony menyertai parti DAP pada tahun 2008. Kit Siang amat berharap, menerusi Tony, beberapa juta daripada perbelanjaan Mahathir dalam perang persepsi ke atas Perdana Menteri waktu itu, Abdullah Haji Ahmad Badawi, akan disalurkan ke peti besi DAP pula. 

Kit Siang juga menanam harapan yang Tony Pua turut membekalkan maklumat dalaman tentang kepimpinan tertinggi dan pembuat dasar UMNO menerusi hubungannya dengan Mahathir. Sebaliknya, pada masa yang sama, rahsia-rahsia besar yang berkaitan dengan dalaman DAP pula mula memenuhi kabinet fail Mahathir. Mahathir kini mengetahui setiap rahsia keji DAP dan Kit Siang yang tersimpan rapi sebelum ini, termasuklah sumber kewangan parti berkenaan. 

Saya tidak akan memberitahu siapa yang membocorkan info kepada Mahathir lagi. Tetapi tidak sukar untuk meneka siapa orangnya. 

Bagaimanpun, saya telah melihat bukti-bukti kukuh dari mana punca sebenar kewangan DAP. Anda boleh menaruh kepercayaan kepada saya bahawa saya akan mendedahkannya dalam tempoh yang terdekat. Saya hanya memerlukan sedikit masa sahaja lagi.



6 comments:

Anonymous said...

Dedahkan....biar pemakan dedak dap tahu.

Anonymous said...

Hahahaha..kau ambik drp rpk....hahahaha...

Anonymous said...

Tak payahlah nak tunjuk pandai tuanpunya blog. Kau tunggu jelah nanti tengok berapa ramai yg join parti baru ni. Makanlah kelentong Najib kau tu. Ahli umno lebih 3 juta. Yg aktifnya berapa kerat je. Yg lain semua borang org lain isikan. Kalau yg sokong pun ketua2 bahgian yg dah telan duit dan 3 kerat ajk bahgian yg dapat kontrak buat longkang. Ahli kat bawah ni dah cerdik. Kau tunggu jelah

Sokong Najib said...

Elok nuga ikut Tun, ikut Si najib jadi penyamun haram babi...

saffron rice said...

RPK,, baik punya libas,, RPK dah biasa makan kira kanan jadi dia faham
Dan kenal org yg macam dia,, org yg cari makan mcm RPK ni bahaya,, dulu makan dgn PR
Sekarang mungkin cari makan dgn org lain,, polong hatu raya atau saka yg tiada tuan amat merbahaya
Tiada tempat tinggal tetap dan macam org kena buang negeri,,
Fikir kan saje,, klu org politik berpolitik itu biasa tapi kalau polong atau hantu Raya berpolitik bahaya
Mcm PAS guna kan nama agama utk berpolitik jual sini jual sana,, sekarang
Mungkin akan di gunakan oleh umno sebagai cop sijil halal bagi menhalal kan cara

Anonymous said...

Dan akhirnya bermula.. episode menakut orang melayu menggunakan DAP..taktik yang berkenan sejak dari dulu.
Kenapa tak ditulis atikel Najib jadi kuda tungangan Jho Low.

top