Saturday, September 3, 2016

BILA WSJ MENGESAHKAN BAHAWA RM2.6 BILION DALAM AKAUN NAJIB, MEMANG DATANGNYA DARI ARAB SAUDI, PARA PENYOKONG MAHATHIR BUAT-BUAT BUTA DAN BONGOK!!!



Alah alah... alah!!!

Wall Street Journal ini betul-betul makan banyak kolam!

Apa tidaknya, setelah Wall Street Journal (WSJ) dijadikan rujukan utama dan sumber berita sensasi yang kononnya FBI, CIA, National Guard dan serba makneka agensi perisikan serta penyiasatan Amerika Syarikat, selain dibantu oleh Akta Patriot, Kleptokrasi, AMLA dan sebagainya di negara kuasa besar itu, semalam, WSJ dilihat melencong daripada 'fakta' yang mereka sensasikan sebelum ini. Sekaligus, berita tersebut menyebabkan golongan yang selama ini beriya-iya menggunakan WSJ sebagai hujah, langsung tidak mahu bercakap dan memetik berita tersebut.

Ironinya, berita berkenaan langsung tidak menarik perhatian mereka untuk dikembangkan dan dihujahkan sebagaimana sensasi-sensasi awal yang dibikin oleh WSJ yang digunakan untuk menyerang 1MDB dan Najib Abdul Razak.

Menurut WSJ, sebanyak USD200 juta wang yang dimasukkan ke akaun peribadi Najib Abdul Razak, datangnya dari pihak tertentu di Arab Saudi dan sekurang-kurangnya USD80 juta dikesan datang terus dari Kementerian Kewangan Arab Saudi.

WSJ juga mengatakan USD20 juta daripada USD24 juta yang dimasukkan ke akaun Najib telah dipindahkan dari akaun Putera Faisal bin Turki, cucu daripada anak ketujuh Raja Abdullah Ganenor Riyadh.


Aneh juga, mengapa Gabenor Riyadh dan Kementerian Kewangan Arab Saudi memberikan bantuan wang kepada Najib Abdul Razak.

Menurut WSJ lagi, dari Aabar BVI, lebih kurang USD637 juta telah dipindahkan ke sebuah syarikat bernama Blackstone Asia Real Estate Partners di British Virgin Islands, di mana ditokok oleh dana lain, sejumlah USD170 juta telah dipindahkan ke akaun Najib dalam beberapa transaksi sepanjang tahun 2012.

ABC sebelum ini melaporkan, pemindahan-pemindahan dari BlackStone tersebut disokong oleh sepucuk surat pada tahun 2011 daripada salah seorang putera Saud, Abdul Aziz Majid Al Saud dari Arab Saudi yang merupakan Gabenor Wilayah Madinah. (RUJUK SINI)

Dana-dana Aabar BVI ini dikatakan datangnya daripada cagaran USD1.4 bilion bagi USD3.5 bilion bon 1MDB yang dijamin oleh IPIC. Jaminan tersebut tidak pernah dipertikaikan tetapi IPIC baru-baru ini telah menafikan menerima cagaran tersebut yang membawa maksud, mereka menjamin bon bernilai USD3.5 bilion hanya untuk suka-suka!

Khadem Al Qubasi yang dinamakan oleh DOJ merupakan pemegang saham Aabar BVI. Bosnya adalah Sheikh Mansour dan merupakan Pengerusi IPIC.

Tidak jelas mengapa IPIC, Sheikh Mansour dan Putera Saud sanggup membantu Najib menerusi pemindahan dana berjumlah USD170 juta.

Pemindahan terakhir yang 'didedahkan' oleh WSJ ialah sebanyak USD681 juta dari Tanore sejurus sebelum PRU13 di mana sebanyak USD620 juta telah dipulangkan kembali oleh Najib. (BACA SETERUSNYA DI SINI DARI WSJ SENDIRI)

Najib dituduh dan dilabelkan sebagai PENCURI WANG RAKYAT dan PEROMPAK WANG NEGARA. Agak menarik, semenjak bila pula Gabenor Riyadh, Gabenor Madinah dan Kementerian Kewangan Arab Saudi merupakan sebahagian daripada Malaysia dan menguruskan wang rakyat Malaysia? 

WSJ telah pun mengesahkan pengakuan Najib yang dinafikan oleh Muhyiddin dan ditolak oleh Mahathir bahawa RM2.6 bilion (USD681juta) yang dimasukkan ke akaun peribadinya, datangnya daripada Arab Saudi, bukannya wang songlap 1MDB. Malah, media rujukan Mahathir itu juga telah mengesahkan bahawa sebahagian daripada dana tersebut telah digunakan untuk tujuan politik, manakala sebahagian besar yang lain telah dipulangkan kembali kepada Arab Saudi sebagaimana yang diperakui oleh Najib, tetapi ditolak oleh Tony Pua dan Mahathir selain disokong oleh Muhyiddin Yassin.

Mahathir dalam ucapannya yang terkenal berkata, 'ARAB GILA MANA YANG MAHU MENDERMA RM2.6 BILION KEPADA NAJIB'.

Kumpulan penyokong Tony Pua dan Mahathir bagaimanapun, enggan menerima kenyataan bahawa USD681 juta serta beberapa pemindahan lain ke akaun Najib telah disokong oleh surat daripada beberapa orang keluarga diraja Arab Saudi dan SPRM telah pun menemubual kesemua saksi-saksi tersebut.

Lebih menarik lagi ialah apabila WSJ secara tidak langsung terpaksa mengakui bahawa kesemua wang tersebut tidak dimiliki oleh 1MDB sebaliknya dimiliki oleh beberapa entiti yang berkaitan dengan kerajaan dan pegawai-pegawai asing.

Di dalam artikel yang sama, WSJ berkata, sebahagian besar wang tersebut telah dipulangkan dan bakinya telah digunakan untuk kegunaan politik. WSJ juga mendakwa, 'berjuta-juta dollar Amerika Syarikat' telah digunakan oleh Najib untuk kegunaan peribadi tetapi hanya mampu menamakan USD100 ribu di Hawaii dan USD500 ribu di Eropah dalam bentuk barangan kemas (untuk kegunaan perkahwinan anak perempuannya) berbanding berjuta-juta dolar seperti yang didakwa.


Seperti juga serangan ke atas Iraq dan Libya yang melibatkan ketenteraan Amerika Syarikat, dimulakan dengan sensasi-sensasi oleh media Amerika Syarikat termasuklah WSJ menerusi fasa-fasa tertentu, fasa kedua serangan sudah pun dimulakan apabila mereka mula memberikan persepsi negatif tentang wang yang mengalir antara negara-negara Islam sepertimana serangan terbaharu yang melibatkan Sarawak Report - satu lagi media yang digunakan oleh Mahathir dan Tony Pua untuk menyerang Najib.

Pendedahan tentang Kementerian Kewangan Arab Saudi bermakna DOJ dan WSJ serta SR secara rasmi melancarkan serangan ke atas tiga negara Islam berasingan yang berkonspirasi membantu Najib dengan aliran wang. 1MDB hanya dijadikan sebagai alat dan alasan semata-mata.

Anehnya, WSJ dan DOJ tidak pula berminat tentang dana yang diberikan oleh entiti-entiti dan individu Arab Saudi kepada Hillary Clinton untuk kempen Presidensinya sepertimana minat serta kecenderungan yang ditunjukkan dalam isu 1MDB dan Najib Abdul Razak. (RUJUK SINI)

Cerita ini belum habis... ia hanyalah permulaan kepada sesuatu yang lebih besar.


13 comments:

Anonymous said...

Untuk kebenaran kita perlu tahu punca dan asal usul wang tersebut sampai ketangan putra Arab tersebut sebelum ianya diderma kepada Najib.

Unknown said...

Cai. Hanya usd80 juta saja yg dtg dr kerajaan arab saudi. Jgnlah melompat mcm katak jumpa kolam.

Ada 1 cadangan cai. Kalaulah usdoj fitnah mengapa tak saman saja? Sekarang kita dah tahu siapa mo1.

Anonymous said...

KITAB SUCI ANUTAN PUAK ANC DAN DI BELI @ TERMAKAN DEDAK KATA PUAK2 TU.

Anonymous said...

Najib to confirm bodoh sombong, pemakan dedak lagi dok merapu. Kalau duit RM2.6B masuk akaun aku dengan cara yang sah, aku cuma perlukan 5 minit untuk memberi perincian tentang sumber-sumbernya. Tak perlu dok biar pemakan dedak untuk membela diri si penyamun tarbus ni. Malulah ada PM perangai macam penyangak ni. Tambah memalukan bila dia cuba bandingkan dia dengan Tun M pula. Orang bodoh sombong macam tulah. Kalau bodoh tak tahu dirinya bodoh diberi pula kuasa, memang jahanam.

Anonymous said...

Mengaku sajalah, PM tu penyamun tersohor dan terkenal seluruh dunia.

Anonymous said...

Perjuangan UMNO hanya untuk kepentingan duit saja. Sebab tu buat-buat bodoh bila presiden terang-terang menyamun duit negara. Dahlah tu, duit tu dia sendiri yang suruh Jho Low berhutang atas nama negara. Memang dasar tak amanah langsung. Pariah macam tu pun, puak UMNO masih dok puja bagai nak gila. Bodoh tahap gaban. Dah tak ada orang lain boleh jadi presiden ke? Dengan muka tak malu boleh mengaku dia lebih baik dari Tun M. Dia lebih banyak memanjukan rakyat dan negara? Ekonomi dah nak lingkup pun masih berlagak. Sekurang-kurangnya Tun M, terus boleh sekat kejatuhan nilai matawang. Si mangkuk hayun sekor ni, buat bodoh saja. Dah tu bangga pula biar rakyat tanggung GST lagi. Kononnya, nasib baik dia perkenalkan GST, kalau tidak negara dah tak ada duit sebab harga minyak jatuh. Dia tak rasa malu suruh rakyat tanggung semuanya.

Anonymous said...

najib bila lagi nak saman doj? pak arab dah lebih dari 4 orang untuk jadi saksi.

Anonymous said...

In na solati wanusuki wa mah ya ya wa ma ma ti lil lah hi rab bil aa lamin...

La ila haillallah, muhammadar rasullullah...

Alhamdulillah.. Telah islamlah kamu seandainya kamu cina, kristian atau hindu yg melafaz ayat diatas..

Anonymous said...

In na solati wanusuki wa mah ya ya wa ma ma ti lil lah hi rab bil aa lamin...

La ila haillallah, muhammadar rasullullah...

Alhamdulillah.. Telah islamlah kamu seandainya kamu cina, kristian atau hindu yg melafaz ayat diatas..

Anonymous said...

puak2 yg selama ni percayakan pembohongan pakatan haram dan geng2 mahathir dan mula putar belit dah... hahaha... sblm ni WSJ jadi rujukan depa nak memfitnah najib... bila WSJ sendiri dah kantoi depa tuduh pula WSJ makan dedak... itulah golongan terkutuk lagi celaka yg terperangkap dgn pembohongan sendiri... pi mampus la korang!!!

Anonymous said...

Admin..baca betul2 artikel tu.

Jangan pura2 buta pulak.

Dari kecil kita semua diajar menegakkan yg benar..tapi blogger2 macam kamu pulak sibuk hendak menegakkan penipuan pemimpin2 kamu!

Anonymous said...

Sedihkan admin... tak macam dulu2 waktu tahun2 2014 dan awal 2015... 95% dari komen2 ini memihak kpd PM, UMNOBN dan admin sendiri.... tapi bila saya menjengah hari ini, saya terkejut beruk bila mendapati hampir 100% adalah penyokong TUN ... ketahuilah admin, 2 tahun lepas mereka2 ini adalah penyokong kuat PM Najib, dan admin... termasuklah saya... tapi lihatlah sekarang...
Admin tak mahu sedar lagikah dari lamunan? banyak sangatkah dedak yang admin dapat? tak terlintas kah admin nak kembali ke alam nyata. saya dengar, dari nas mengatakan, seseorang akan dibangkitkan dimahsyar mengikut dgn siapa dia bersama atau siapa yg dia bela... tak takutkah admin?

Anonymous said...

Dah berapa bulan DOJ membongkar isu 1MDB?kalau lah sistem siasatan di Us tu canggih sangat,mengapa sehingga sekarang perkembangan nya macam kurang kura berlari. Mengapa masih belum memanggil saksi2, mengapa masih belum keluarkan waran kepada yg dituduh? Sekiranya yakin dg kes yg dibawa mengapa tidak berani berterus terang.

top