Wednesday, September 14, 2016

DARIPADA MEMBAHASKAN PERJANJIAN MALAYSIA 1963, DARELL LEIKING SEPATUTNYA DESAK AGAR STATUS KEWARGANEGARAAN YANG DIPERDEBATKAN DULU DI PARLIMEN!!!



Naib Presiden PKR kuota Sabah, Darell Leiking mendesak agar diwujudkan sesi Parlimen khas untuk mendebatkan tentang Perjanjian Malaysia 1963.

Ahli Parlimen dari Penampang itu berkata isu Perjanjian Malaysia 1963 merupakan topik terhangat di Sabah dan Sarawak selama beberapa tahun kebelakangan ini, malah dengan semakin hampirnya PRU-14, Putrajaya tidak mempunyai banyak pilihan kecuali mendebatkannya. (RUJUK SINI)

Sewajarnya juga, tidak sahaja Perjanjian Malaysia 1963 diperdebatkan di Parlimen, tetapi juga isu kewarganegaraan, terutama sekali kewarganegaraan automatik 1 juta pada tahun 1957 dan lebih 700,000 pada tahun 1974.

Ini adalah kerana, sebahagian besar daripada warganegara Malaysia bukan sahaja tidak boleh berbahasa kebangsaan tetapi juga tidak tahu menghormati Negaraku dan Jalur Gemilang. Malahan, ada yang mempersoalkan tentang kedudukan hak-hak istimewa Melayu-Bumiputera, kedudukan raja-raja Melayu mahupun agama Islam sebagai Agama Rasmi Persekutuan. 

Sebelum Perjanjian Malaysia 1963 diperbahaskan, status kewarganegaraan terlebih dahulu perlu diperbahaskan, diperdebatkan dan dipersoalkan. Apatah lagi beberapa minggu lepas, kebanyakan mereka yang memegang status PR yang menyerbu Jabatan Pendaftaran Negara di seluruh Malaysia kerana kononnya status tersebut hendak ditukar ke kad pengenalan biru.



Ramainya mereka yang berstatus penduduk tetap serta pemegang kad pengenalan merah, menunjukkan ada sesuatu yang 'tidak kena' dengan proses pemerolehan status-status berkenaan. Lebih tidak kena lagi ialah apabila terdapat pemegang status warganegara yang langsung tidak boleh berbahasa kebangsaan, tidak boleh faham dan menulis, bahkan tidak tahu pun apa itu Negaraku dan Jalur Gemilang.

Darell Leiking juga seharusnya mencadangkan agar penggunaan biometrik bagi setiap pemegang kad pengenalan biru bagi mengelakkan golongan yang menggunakan Mykad palsu yang sangat berleluasa pada masa kini. Malahan penggunaan biometrik yang menghubungkan terus dengan pangkalan data dengan Jabatan Pendaftaran juga diwajibkan terutama pada hari pengundian bagi mengelakkan pemegang-pemegang kad pengenalan palsu serta tiruan membuang undi. 

Mengapa hanya Perjanjian Malaysia 1963 sahaja yang hendak dibincangkan? Mengapa langsung tidak berani menyuarakan tentang kewarganegaraan yang jauh lebih penting berbanding Perjanjian Malaysia 1963 memandangkan ia melibatkan keselamatan negara ini?


5 comments:

Anonymous said...

sya cukup heran kenape sekarang ini terlalu banyak memperkatakan hak2 raykat sabah dan serawak.. apekah mereka tidak tahu bahawa malaysia selain sabah dan sarawak mempunyai 12 lagi negeri yg juga akan memperkatakan hak2 mereka dalam nada yg serupa. sedangkan kita telah lama cuba menghilangkan indentiti berdasarkan kenegerian... dlm my kad tidak ditulis rakyat sabah / malaysia. semuanya ditulis Malaysia. sebenarnya adakah permintaan ini dtg nya dari majority rakyat sabah/ sarawak atau dari minority puak2 yang berkepentingan khususnya pembangkang... hrp dpt kerajaan persekutuan / negeri wujudkan satu bancian tidak rasmi bg menentukan adakah ini asperasi rakyat kedua2 negeri ini... sebelum sebarang keputusan dibuat. percayalah rakyat sabah dan serawak sekiranya kamu dilepaskan oleh Malaysia kamu pastinya akan direbut oleh Philipina (sabah) dan Indonesia (sarawak. Damailah kamu disana. Sebbenarnya ada lebih banyak faktor2 kebaikkan berbanding keburukkan untuk melepaskan sabah sarawak.

Anonymous said...

Malaysia boleh ditadbir oleh PBB kerana UMNO telah tipu Rakyat selama ini.

Anonymous said...

Kepala bapak kau.. Bodoh tak habis2

Anonymous said...

Anon 10.51PM...

Hahaha...tidak dan tidak mungkin kami (Sabah & Sarawak) akan bernaung d bawah Filipina atau Indonesia jika benar kami "dilepaskan (harapnya tidak akan terjadi selagi boleh)"...benar tuntutan Filipina itu wujud ke atas Sabah namun jika benarpun, dr segi dokumentasi (rujuk d london) bukan keseluruhan Sabah milik Kesultanan yg sudah lenyap itu (ada wujud sekarang pun, hanya mereka yg mengaku sahaja mcm kes sultan melaka...mn mungkin 1 wilayah tetapi ada beberapa org sultan yg kesemuanya mengaku waris sah???)...sedangkan wilayah karambunai,pulau mantanani, putatan, membakut dan padas damit itu hak milik kerabat Sultan Brunei melalui pewarisan anugerah Tanah Tulin (semua sudah dilepaskan hak kepada Britain) yg mn sehingga hari ini dokumen itu wujud tersimpan d Britain...dr mn pula datangnya tuntutan keseluruhan Wilayah Sabah???...

Nmpk?? Ada beza fakta berdasarkan dokumentasi yg mn sudah tentu pasti dan fakta yg berdasarkan imeginasi dan sekadar fantasi yg belum pasti...

Anonymous said...

Tidak dan tidak mungkin selagi wujudnya dokumen "treaty" antara British dengan Brunei (bukan keseluruhan wilayah sabah milik Brunei) dan British dengan Sultan Sulu (bukan keseluruhan sabah milik Sulu)...dan latest (1963-antara malaya,singapore, sarawak dan sabah)...nmpk?? Sejarah itu ada fakta dan dokumentasinya

top