Monday, September 19, 2016

DISEBABKAN KEMARUK NAK JAGA HATI MAHATHIR, JEFF OII DIKATAKAN SIBERTRUPER BLACKOPS UMNO!!!



Semenjak bergelar Cap Bunga yang mengikut jejak Mahathir mencium dan menjilat Kit Siang, tiba-tiba sahaja mereka yang mengaku bijaksana, mereka yang dahulunya menghentam DAP, bahkan terlibat pula mewujudkan akaun-akaun palsu tidak sahaja untuk menyerang DAP, tetapi juga untuk menyerang puak-puak dalam UMNO yang tidak sebulu dengan mereka, kini mendedahkan modus operandi mereka sendiri.

Dalam usaha membela Jeff Oii, beberapa orang daripada mereka, termasuklah 'nama-nama besar' seperti Wan Ahmad Faysal menuduh perbuatan menghina, mencerca dan memaki hamun kematian Allahyarham Datuk Dr. Haron Din sebenarnya dilakukan oleh sibertruper UMNO dalam satu blackops untuk memburuk-burukkan pembangkang.



Secara tidak langsung, mereka telah mengiktiraf kehebatan sibertruper UMNO yang tidak sahaja pandai menulis dan membaca Mandarin, tetapi berupa wajah Cina DAP bernama Jeff Oii!

Umum mengetahui, petisyen 'Selamatkan Malaysia' yang telah ditandatangani oleh lebih 1.3 juta orang, telah menimbulkan kontroversi apabila terdapat dakwaan bahawa berlaku penipuan tandatangan selain pengambilan butiran penandatangan secara tidak sah dan menyalahi undang-undang. 'Kontrak' kepada satu kumpulan sibertruper yang sebelum itu mendabik dada mereka adalah kumpulan pro-UMNO tetapi acapkali dikecam kerana kegemaran menggunakan fake account untuk menunjukkan mereka sangat ramai, merupakan salah satu faktor penipuan tersebut.



Disebabkan itulah, tidak ada sebarang usaha untuk mendedahkan atau menyiarkan nama-nama orang ramai yang kononnya telah menandatangani 'Selamatkan Malaysia' itu walaupun dikatakan sangat gah kejayaan mengumpulkan tandatangan berjumlah lebih sejuta dalam tempoh tertentu.

Mahathir sendiri hanya berani membawa petisyen yang ditandatangani oleh 45 orang penama dari kalangan pemimpin pembangkang dan NGO pro-pembangkang, bukannya kertas-kertas 'suratkhabar lama' yang bertong-tong itu untuk menghadap DYMM Yang Di-Pertuan Agong di Istana Anak Bukit.


Orang seperti Wan Ahmad Faysal barangkali telah tertipu dengan grup sibertrupernya sendiri yang berlakon bijak dan mengetahui serba-serbi tentang media sosial sehingga akhirnya mengeluarkan kenyataan yang cukup berat jenakanya.

Tidak cukup dengan menuduh Cina-Cina berbahasa Mandarin yang menghina kematian Allahyarham Datuk Dr. Haron Din Al-Hafiz, ada pula yang menuduh TV3 sebagai punca mencetuskan ketegangan antara kaum dengan menyiarkan berita maki hamun Jeff Oii dan golongan yang lebih dikenali sebagai RBA secara meluas.


Penafian dan tuduhan yang dibuat sebagai cara menutup modus operandi sendiri, menunjukkan kegagalan Cap Bunga untuk menepati sebagaimana yang mereka ikrarkan sewaktu penubuhan parti tersebut.

Menyalahkan dan kemudian menuduh pihak lain walaupun pada masa yang sama, jelas terpampang puak sendiri yang melakukan perbuatan biadap tersebut, adalah kaedah jilat paling afdal yang mampu dilakukan setakat ini.

Mahathir ajar macam tu ler kut!!!



2 comments:

Anonymous said...

Tidak kedengaran pun orang2 kuat PKR,PAN dan Bunga Raya menzahirkan rakaman to takziah atas kembali nya Datuk Dr Haron Din ke rahmatullah. Dr M, Mahyuddin ada ke? Maaf kalau ada dan saya tak terbaca. Kalau tak ada... mengapa ya?

Anonymous said...

Madey sibuk nak ambil balik RM 100 billion
Dia tak ada masa untuk semua ni.

top