Monday, September 19, 2016

DOA ALMARHUM USTAZ FADZIL NOOR DIKABULKAN, DAN ALLAH TAALA JADIKAN MAHATHIR GILA MENGEJAR DUNIA PADA HUJUNG-HUJUNG HAYATNYA!!!



Almarhum Datuk Hj Fadhil Noor sudah 14 tahun meninggalkan kita semua. Sudah 14 tahun juga, keseluruhan ahli PAS masih mengingati doa yang dipanjatkan oleh Almarhum kepada Allah Taala khas untuk Dr. Mahathir.

1998 menyaksikan seluruh negara menghadirkan kemarahan yang tidak terhingga terhadap Mahathir. Mahathir bagaimanapun, masih beruntung kerana sebahagian besar ahli-ahli UMNO terus membelanya, walaupun sebahagian daripada mereka tidak mampu lagi membendung perasaan dan menyertai perarakan atau demonstrasi besar-besaran menuntutnya meletak jawatan selaku Perdana Menteri. Tidak sahaja dari dalam negeri, beberapa buah negara seperti Amerika Syarikat, Australia dan Britain juga melancarkan serangan agar Mahathir turun daripada jawatan-jawatan yang disandangnya. 

Mahathir bijak mengalihkan tumpuan dengan melakukan serangan ke atas Yahudi dan menampilkan dirinya sebagai pejuang Islam walaupun pada masa yang sama, Hamas dan PLO menyatakan tidak puas hati berhubung kenyataannya tentang jihad.

Dan lebih beruntung lagi, Geocities dan Tripod serta chat-room yang mula mendapat tempat di hati golongan muda pada waktu itu tidak segah blogspot, wordpress, Facebook dan aneka macam media sosial pada hari ini. Apatah lagi penggunaan dan penyediaan Internet yang agak terhad, selain kos penggunaan yang tinggi, dan ketiadaan telefon pintar seperti zaman sekarang, membolehkan Mahathir mengharungi masalah besar itu dengan selamat.

Namun yang paling besar menyelamatkan Mahathir selain Allah Taala adalah sokongan ahli-ahli dan UMNO pada waktu itu. Kalau sokongan ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin UMNO merudum sebagaimana yang berlaku pada tahun 1987, barangkali Mahathir sekarang berjalan menghentak dada dengan dagunya.

Namun berbeza dengan sikap majoriti pada tahun 1998, Fadzil Noor mengambil pendekatan sebaliknya. Fadzil Noor tidak mendoakan kematian atau kecelakaan ke atas Mahathir seperti yang dilakukan oleh kebanyakan penyokong Anwar Ibrahim. 

Sebaliknya, Almarhum mendoakan agar Mahathir dikurniakan umur yang panjang bagi membolehkan dia melihat sendiri kerosakan dan kemusnahan yang telah dilakukannya ke atas Malaysia dan mendapat balasan atas perbuatan-perbuatannya itu di dunia ini lagi.

'Dosa' Anwar kepada Mahathir ialah cuba menggulingkan Mahathir dan mengambilalih jawatan Perdana Menteri. 

Jadi, Mahathir memastikan Anwar ditangkap dan dipenjarakan atas jenayah korupsi dan sodomi walaupun ramai yang mendakwa Abdul Ghani Patail telah mereka-reka bukti terhadap Anwar bagi pihak Perdana Menteri waktu itu. 

Ghani kemudiannya dinaikkan pangkat menjadi Peguam Negara yang baru tidak lama selepas itu.

Almarhum Fadzil Noor dihormati oleh semua pihak, tidak sahaja oleh ahli-ahli atau pun penyokong-penyokong PAS. Malahan keluarga diraja, terutama sekali dari Kedah, amat menghormati Almarhum. Bahkan golongan bukan Melayu juga tidak mempunyai masalah untuk menyokong Almarhum.

Kematiannya pada tahun 2002 amat dirasai di seluruh negara. Ini kerana, disebabkan usaha-usaha almarhum itulah, bukan Islam mula berjinak-jinak dengan PAS. 

Pada tahun 2000, Almarhum Datuk Haji Fadzil Noor mendoakan Mahathir agar dikurniakan umur yang panjang, bagi membolehkan dia terus hidup untuk melihat kemusnahan dan kerosakan yang telah dilakukannya. 

Hanya Allah Taala yang lebih mengetahui sama ada doa tersebut telah ditunaikan-Nya atau semua yang berlaku ke atas Mahathir sekarang ini hanyalah satu kebetulan semata-mata. 


Agak ironi apabila 'pendurhakaan' Mahathir kepada Almarhum Tunku Abdul Rahman pada tahun 1969 menjadikan 47 tahun kemudian, dia terpaksa menghadap Yang Di-Pertuan Agong untuk merayu bantuan baginda untuk menggulingkan Najib Abdul Razak di Istana Anak Bukit, Alor Star, Kedah walaupun kebiasaannya, Yang Di-Pertuan Agong akan menerima penghadapan VIP di Istana Negara.

Almarhum Tunku Abdul Rahman adalah ayahanda saudara Yang Di-Pertuan Agong sekarang.
Semakin hari, semakin nyata bahawa doa Almarhum Datuk Haji Fadzil Noor dikabulkan Allah Taala. Dan kerana itulah, Mahathir walaupun pada usia-usia lanjutnya, semakin sibuk mengejar kuasa, dan dunia yang mana kebanyakan orang pada usianya, sudah pun mula meninggalkannya untuk mencukupkan bekalan hari kemudian. 

Maka benarlah sabda Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Tirmidzi dan Ibn Hibban yang antara lain maksudnya ialah: 

"Doa itu adalah senjata mukmin." dan "Doa itu adalah otaknya ibadah."


12 comments:

Anonymous said...

CERITA DONGENG TOK SELAMPIT!!!

Anonymous said...

Mengejar masa..... bagi kesempatan boboy jadi PM.

Anonymous said...

Sungguh menakutkan. Allah mula bayar cash. Nauzubillah

Anonymous said...

macai najib dok meroyan tak habis2..makin teruk hahaha

Anonymous said...

Anjing kapir dapigs lebih percaya bad fengshui banglo daripada percaya tentang doa2 yg dianggapkan 'dongeng'.

Anonymous said...

Kena faham doa allahyarham dato fadzil nor..siapa yg ada masa itu faham akan doa itu. Tapi cucu tok selampit kononnya tahu tapi spin je lebih.

Kepada cucu tok selampit, kau baca sejarah dulu barulah bagi komen bukan dongeng.

Anonymous said...

Tok selampit bukan tak faham tapi buat buat tak faham bagi menenangkan hatinya yang gundah gulana

Anonymous said...

aku ahli umno pun aminkan doa allahyarham. no spin2 ok....

Anonymous said...

cerita dongeng semata mata

Anonymous said...

budak2 bodoh yg baru kenal mahathir je cakap cerita pasal doa Almarhum dato ustaz fadhil noor ni cerita dongeng , cerita tok selampit. tapi generasi yg dah dewasa ketika 1998 mcm aku ketika tu , kami tahu , cerita ni benar . sungguh aku bukan penyokong PAS atau ahli PAS , tapi ramai member aku org2 pas. jadi aku dapat sumber cerita ni dari org2 pas sendiri .sumber yg sahih dan dari mulut saksi sendiri yg menyaksikan kejadian almarhum berdoa utk mahathir ketika itu.

buat budak2 bodoh baru nk kenal politik , belajar sejarah sampai hadam. kau tu semua golongan bengap , golongan sampah tak boleh diharapkn langsung . sedar diri . tanpa kami semua yg lebih awal kenal mahathir ni , kau semua dah lama tak melihat dunia skrg. jangan nak bangga dgn apa yg kau ada skrg. yg kau ada skrg terlalu sikit , terlalu cetek .

Anonymous said...

zaman sekarang memang semakin ramai manusia yang amat berbangga dengan kebodohan mereka. Memang itu adalah agenda Mahathir semasa dia menjadi PM selama 22 tahun dulu

Anonymous said...

who are you to judge someone else's dua has been granted,jgn diambil Hak Allah. who are you to judge the real intent of the dua... x perlulah dilaga2kan dgn orang yg sudah meninggal dunia.. Pd tahun 2002, kedua2 org ini pernah berdiri dan berucap pada platform yg sama kerana Allah.
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2002&dt=0512&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_03.htm

top