Sunday, September 25, 2016

HABISLAH MALAYSIA... HABISLAH NAJIB.... ZAHID HAMIDI BAWA MASUK SPY AMERIKA NAK TANGKAP NAJIB LA!!!!



Habislah Malaysia...

Habislah Najib...

Habislah Rosmah...

Zahid telah menderhaka kepada Najib...

Zahid cari fasal untuk memudahkan Najib dan Rosmah ditangkap oleh agen-agen perisikan Amerika Syarikat dengan membawa mereka masuk ke negara ini.

Sebagai sebuah negara yang sedang menuju kebankrapan, Malaysia amat terdedah kepada ancaman kuasa asing terutama sekali Amerika Syarikat.

Lagipun secara logiknya, sebagai sebuah negara bankrap, jadah apa pula pelaburan baru masuk ke negara ini. Mana ada dalam logik, sebuah negara bankrap akan menarik perhatian pelabur-pelabur asing, terutama sekali syarikat-syarikat besar yang berorientasikan keuntungan.

Motorola Solution Inc diberitakan akan menamatkan operasi di dua buah negara dan memindahkan operasi mereka ke Malaysia.

Bagi mereka yang terbuai dek teori konspirasi, apatah lagi teori kemuflisan Malaysia, sudah pasti berita ini akan disensasikan dan dikaburkan dengan elemen-elemen ala filem perisikan Hollywood.

Terutama yang sebelum ini cukup beriman dengan teori AKTA PATRIOT, Guantanamo Bay dan sebagainya, pastinya berita ini akan membawa bersama, The Avengers, James Bond, FBI, XXX, Captain America, dan pelbagai watak perisikan hebat Hollywood ke Malaysia bagi merealisasikan keinginan mereka untuk melihat Amerika Syarikat memberkas Najib Abdul Razak dan Rosmah Mansor.

Cuma satu perkara yang tidak akan berani mereka sebut atau sentuh, di sebalik pemindahan operasi Motorola Solution Inc. yang sudah pasti dibuat berdasarkan kos dan keuntungan, tidakkah ia menyanggah tohmahan bahawa peluang pekerjaan telah tertutup di negara ini?

Tidakkah kehadiran Motorola Solution Inc. yang cuba bangkit kembali dalam industri komunikasi di Malaysia sebagai satu penanda aras bahawa Malaysia bahkan Najib Abdul Razak tidaklah seteruk seperti yang digambarkan?


3 comments:

Anonymous said...

Bodekla banyak2 nanti Jibo campak dedak pat kau pencacai Jibo

Anonymous said...

Dah laa..politik hearsay dah tak laku dah...berapa lama sgt si penipu blh hidop dgn menipu fitnah...

Anonymous said...

Suka tidak malaysia era najib lebih dpt rapat dgn kuasa besar. Dulu kita slalu kna pulau smpai dpt sekatan tertentu. Dah serupa blok komunis.

top