Sunday, September 18, 2016

JADI BETULLAH KATA RPK, DAN PATUTLAH MUKA MAHATHIR TAK CERIA LANGSUNG LEPAS MENGHADAP YANG DIPERTUAN AGONG!!!



Sungguh menghairankan!

Selepas lebih 24 jam, ternyata berita penghantaran petisyen Selamatkan Malaysia oleh Mahathir kepada DYMM Yang Di-Pertuan Agong, langsung tidak diperkatakan oleh para penyokong mahupun jentera media sosial Cap Bunga, walaupun mereka begitu seronok membela Jeff Oii dan para penyokong DAP yang dikatakan sibertruper UMNO.

Malah, pembantu serba pandai Mahathir, A. Kadir Jasin hanya mampu menulis artikel 5 perenggan yang mengisahkan penghadapan Mahathir di Istana Anak Bukit bagi menyerahkan petisyen 'Selamatkan Malaysia. 

Sarawak Report mahupun Wall Street Journal atau pun New York Times juga tidak langsung bercakap. Jauh sekali stesen televisyen di Singapura, Indonesia atau Korea Selatan, juga tidak menyiarkan perkara yang dikatakan sangat penting itu.

Mahathir sendiri pun tidak bersemangat untuk menulis di blognya, walaupun sebelum ini, kalau dia berbuat apa-apa, selepas itu, pasti dia akan mengaktifkan blognya. Dia pasti akan menulis di blognya untuk menghalalkan perbuatannya dan mengharamkan penentangnya mahupun orang yang ditentangnya.

Yang menyalak, melalak dan meloncat adalah Khairuddin Abu Hassan yang cuba menafikan kenyataan RPK bahawa Mahathir telah 'diajar' oleh DYMM Yang Di-Pertuan Agong dan Mahathir hanya menyerahkan petisyen yang ditandatangani oleh 45 penama terdiri daripada para pemimpin pembangkang dan NGO pro pembangkang. Katanya, Mahathir menghadap DYMM Yang Di-Pertuan Agong. Kata Khairuddin, RPK tidak tahu apa-apa sebab dia sendiri tidak tahu apa-apa. 

Tetapi kenyataan terbaharu oleh A.Kadir Jasin yang mengatakan usaha-usaha sedang dibuat untuk menyerahkan Petisyen Selamatkan Malaysia kepada mana-mana Sultan Melayu (RUJUK SINI) telah membenarkan dakwaan yang dibuat oleh RPK

Menurut RPK, pertemuan tersebut tidak selancar seperti yang dikehendaki oleh Mahathir. Khairuddin menafikan dakwaan RPK dan mempersoalkan bagaimana RPK lebih tahu, walaupun sebagai salah seorang anggota keluarga diraja, RPK dipercayai mempunyai sumber-sumber dari dalam istana.

Namun Khairuddin mendakwa, kalau dia sendiri tidak tahu bagaimana RPK yang berada di UK boleh tahu, sedangkan dia yang bersama-sama Mahathir ke Istana Anak Bukit. 

Atau sebenarnya, Mahathir yang tidak mempercayai Khairuddin setelah peristiwa beberapa perkara sulit membabitkan konspirasi yang diaturnya, bocor atau dibocorkan oleh geng sendiri.

10 comments:

Anonymous said...

Oo..kau percaya rpk?
Jadi kau jugak percaya rosmah bunuh altantuya la ye....

Anonymous said...

nampak tenang jer tun...
awat korang gabra tun gi jumpa Agong???

Anonymous said...

Salam

Saya salah seorang yang dahulunya mengagumi dan menghirmati Tun. Namun tindakan dan tingkahlaku Tun kebelakangan ini membuatkan saya hilang rasa hormat dan pelik memikirkan apa agenda Tun.

Penubuhan parti baru tun bukannya tak bagus tapi sampai bila parti ini akan bertahan.

Seperti parti sebelumnya semuanya berakhir dengan kemusnahan.

Saya berani jamin hidup parti ini akan mekar sementara Tun masin ada dan akan terkubur jika Tun sudah tiada.

Kekuata parti tidak terletak kepada TSMY atau DMM tapi hanya pada Tun sahaja.

Kebanyakkan pengikut adalah yang masih menghormati tun.

Cuba lihat percanggahan pendapat antara Perkasa dan Khairuddin.

Banyak kenyataan bercanggah antara Tun dan TSMY.

Paling pelik apabila TSMY membuat beberapa pusingan 360 darjah apabila berkaitan DAP dan DSAI sungguh memalukan apabila dahulunya beliau begitu menyokong tindakan memenjarakan DSAI tapi kini berikrar membebaskan nya pula.

Dunia berputar begitu juga manusia tapi jangan sampai ALLAH memutarkan kehidupan manusia hanya kerana lidah mereka

Anonymous said...

walaupun aku tak suka cara rpk yg lalang, tapi pasal altantuya tu, rpk dh mengaku dia hanya dengar "hearsay" sahaja... so?

Anonymous said...

Kelakar nak selamatkan malaysia ke nak hancurkan orang melayu so bolehlah ambil kuasa

Anonymous said...

Tun tu dah malu. Biarlah dia bertenang sebentar nak redakan rasa malu teramat sangat.

Anonymous said...

Saya sama juga, dulu hormat tapi apabila niat sebenarnya tersirat maka saya hilang hormat. Sebenarnya pemerintahannya tak ikhlas dan agenda Parti Bunga adalah untuk menjadikan anaknya jadi PM dan dapatkan duitnya berjumlah RM100 semula.

Anonymous said...

So, RPK dipermaikan oleh Nuar. Nasib sempat insaf dan membetulkan keadaan sebenarnya. Ada yang masih lagi tuli percayai kes Altantuya.

Anonymous said...

Yes.. Orang yang bermaruah orang yang bila dilap fia minta maaf..mcm rpk dia masa tu terpengaruh dgn Anwar tapi bila dia sedar dia ditipu hidup hidup dia mengaku kesalahannya...lebih2 lagi cerita pembunuhan Altantunya tu dia dengar dari mulut Tengku Razaleigh...so..dia pun terpercaya...mcm hari ni jugak orang dengar cerita Pm Najib songlap duit 1 mdb tapi tiada bukti cuma cakap cakap...itupun ada orang mati hidup balik pun masih percaya...so..macm nak buek lai...nasib lah jang...sebb itu hari kita foa agar kita dijauhi dari fitnah...ok jang

Anonymous said...

Spatutnya advantage belah dia..agong org kedah...
Woooo kesiiiiiiiiiiyaaaannnnnn

top