Friday, September 23, 2016

JANGAN KEJI... JANGAN KUTUK... JANGAN MUNTAH... TELAN SAHAJA SEMUANYA SEBAB YANG BERCAKAP ADALAH TUN DR. MAHATHIR!!!



Dari tahun 1969, imejnya dibina sebagai seorang pejuang. Rata-rata orang Melayu-Bumiputera menerima hakikat tersebut bahawa dia adalah seorang pejuang bangsa, malah dialah yang telah memartabatkan bangsa Melayu-Bumiputera di persada antarabangsa. Tidak dengan itu, dialah yang mengeluarkan orang Melayu daripada kepompong sara hidup kepada hamba abdi kapitalis kaum kroninya.

Tanyalah sesiapa pun, yang pasti ramai termasuklah golongan muda yang lahir pada penghujung zaman pentadbirannya akan mengatakan, zaman pentadbiran dialah yang paling baik, paling hebat dan paling terbilang walaupun pada masa yang sama, pada zaman dia jugalah, rakyat paling banyak mengeluh kerana terpaksa mengeluarkan pelbagai bayaran yang tidak pernah wujud sebelum zamannya seperti tol lebuhraya, kenaikan cukai serta kadar inflasi yang tinggi dan harga perkhidmatan serta barangan yang tinggi berbanding nisbah gaji atau upah kerja yang diperolehi, ditambah pula dengan gaji yang sangat kecil terutama sekali dari kalangan penjawat awam, tanpa elaun pelbagai yang dinikmati sekarang ini, mahupun dengan penawaran atau alternatif pilihan.

Kelebihannya hanya satu... mempergunakan dan memanipulasi penggunaan undang-undang negara, termasuklah mengenepikan kuasa DYMM Raja-Raja Melayu, selain menutup ruang-ruang kebebasan bermaklumat!

Dia sudah ganyut!

Dia sudah renta!

Dan dia barangkali sudah banyak lupa dengan apa yang dilakukannya dahulu!

Pun begitu, jasa-jasanya kepada negara, jangan sesekali dinafikan.

Tidak sepatutnya dia dikeji pada usia-usia tuanya itu kerana tanpa sebarang kejian tambahan pun, dia sebenarnya yang sedang mengeji dan melaknat dirinya sendiri. Dia sendiri yang membuka ruang dan mendedahkan penjalangan serta penjarahan serta pemerkosaan ke atas rakyat yang dilakukan semasa dia berkuasa dahulu.

Jangan kata, dia tidak membantu Melayu-Bumiputera. Kalau ada yang mengatakan begitu, bermakna, ia adalah satu pembohongan dan fitnah besar. Buktinya ialah, anak-anak lelakinya, saudara-maranya, bahkan saudara-mara sebelah isterinya menjadi orang-orang ternama yang menimbun-nimbun kekayaan mereka bahkan salah seorang anaknya merupakan antara orang terkaya di Malaysia.


Alasan yang diberikan ialah anaknya berniaga. Hanya anaknya sahaja yang berniaga. Anak orang lain tidak boleh berniaga. Kalau berniaga, itu bermakna perniagaan tersebut adalah wang rakyat Malaysia. Manakala anaknya pula berniaga bermodalkan wang tabungannya dari zaman dia menjadi doktor di Alor Star dahulu.

Telan sahajalah apa-apa sahaja yang dikatakannya, atau diperakuinya kerana kalau tak telan, nanti marah pula juak-juak pemujanya. Kalau dia kata, segala kekayaan itu adalah hasil pusaka datuk nenek moyangnya yang dibawa dari Cochin, terima sahajalah.... percaya sahajalah...

Kalau tidak, takkanlah ramai orang sepertinya jadi peguam dan memegang jawatan-jawatan penting menerusi 'kehebatan' masing-masing, termasuklah mengampu!!!


6 comments:

Anonymous said...

Amboi! sedapnya dok kata, tapi nak buat macam mana memang betul pun!

Anonymous said...

Jangan keji...Jangan kutuk...Jangan muntah..telah sahaja semuanya sebab yang bercakap adalah Dato Seri Najib..

Anonymous said...

Tapikan you ..i lagi nak muntah kalau tengok pm you. Sekurang2nya zaman mahathir takdelah macam ni sangat. Pm you ni lagi hancusssss

megat panjialam said...

Memang betul pun. Sejak 1981 ahli UMNO yg muda ketika itu kini dah tua taraf hidup sama juga seperti 35th dahulu. Yg berbeza hanya kini usia semakin tua tanpa apa harta pun.

Anonymous said...

_Dlm 1 kawasan kejiranan, Ahmad mempunyai anak yg ramai._
_Berjiran dgn ah lim juga punya anak yg ramai._

_Anak2 Ahmad ada yg baik, ada yg sgt teruk._
_Anak2 ah lim pula ramai menjadi peniaga._

_Mereka sambut hari raya bersama, tahun baru cina bersama._
_Tiada masalah._

_1 hari Ahmad berfikir utk menyekat masalah social anak2nya._
_Ahmad membuat undang2._
_Anak2nya mesti pulang ke rumah sebelum jam 9mlm._

_Tiba2 ah lim marah2 dan melakukan bantahan._ _Sedangkan undang2 itu hanya utk anak2 Ahmad._ _Xde kene mengena dgn anak2 ah lim._
_Puaslah Ahmad terang kan pd si ah lim td._
_Ini utk anak2 saya._
_Bukan anak2 kamu._
_Namun, Ah lim terus membantah._

_Rupanya, tempat anak2 ahmad melepak adalah di rumah urut, disco, pusat perjudian milik anak2 ah lim._
_Kalau anak2 ahmad kene pulang awal, rosak lah bisnes anak2 ah lim._

_Maka, logical berfikir, terangkan dan jelaskanlah berjuta kali sekalipun kenapa dan sebab apa undang2 anak2 ahmad perlu pulang awal._
_Tetap x kan diterima._

*_ini lah perumpamaan yg berlaku tentang RUU 355 yg diterangkan oleh Tn guru Hj Hadi pada persatuan hokkien._*
*_walaupun undang2 ini tidak berkait dgn bangsanya, dia tetap membangkang atas dasar ekonominya akan terjejas..._*

*_bagi muslim yg turut membantah....sedarlah, ini bertujuan untuk memartabatkan agamamu._*

# sekadar renungan untuk semua. 😊

dina said...

rasanye sekarang ramai melayu yang berniaga sebab kerajaan sekarang memang support banyak jenis perniagaan melayu. contohnye business berkaitan dengan makanan halal yang semakin pesat.
masa zaman tun m dulu dia hanya focus pada orang melayu tertentu sahaja and naikkan giler2. anaktun m sendiri jadi bilionaire dalam sekelip mata.
lagi satu zaman tun dulu dia lebih focus kepada international issues terutama mengenai OIC and Palestin dan gigih nak naikkan dirinye di pentas dunia. masa negara banjir atau issues yang mengakibatkan rakyat biasa kurang dilihat Tun M.
sementara najib lebih low profile tpi masih bersikap gentlemen dengan semua negara dan pemimpin.
tahap kesabaran najib sangat rare dan menakjubkan terutama di era internet dan sosial media.
zaman tun m dulu mana ada blog fb insta wassap etc....aman utk dia lakukan apa saja dia nak.

top