Monday, September 12, 2016

KHAIRUDDIN ABU HASSAN DIGELAR 'SOTONG' OLEH TOTOK MAHATHIR LAIN GARA-GARA DIA TIDAK FAHAM POLITIK YANG DIMAINKAN IBRAHIM ALI!!!



Menyampah dan meluat barangkali sudah terlalu lama terpendam.

Hendak diluahkan, bimbang pula akan menjejaskan parti yang baru sahaja ditubuhkan.

Tetapi apabila Ibrahim Ali, Presiden PERKASA dikatakan oleh Khairuddin Abu Hassan sebagai tidak faham bahasa, akhirnya kemarahan dan rasa meluat itu tidak lagi mampu dibendung.

Khairuddin Abu Hassan, bekas Timbalan Ketua Bahagian yang telah dipecat kerana status bankrap, mempersoalkan Ibrahim Ali apabila Presiden PERKASA itu bertanya hala tuju Parti Cap Bunga selain perbuatan Mahathir yang bersalaman dengan Anwar Ibrahim.

Marah betul Khairuddin kepada Ibrahim Ali kerana mempersoalkan perkara tersebut. Katanya, penjelasan tentang hala tuju Parti Cap Bunga telah pun dibuat oleh Muhyiddin Yassin minggu lepas selepas pertemuannya dengan Anwar Ibrahim. Manakala tindakan Mahathir berjabat tangan dengan Anwar pula merupakan perkara yang dituntut oleh Islam.


Tempelakan Khairuddin terhadap Ibrahim Ali, jelas tidak menyenangkan penyokong-penyokong tegar Mahathir yang lain seperti adik perempuan Azmin Ali, Ummi Hafilda yang cukup terkenal dengan cerita-cerita sensasi membabitkan abang dan kakak iparnya yang dijual di pentas-pentas ceramah serta Syed Hassan, Setiausaha Agung PERKASA.

Menggelarkan Khairuddin sebagai SI SOTONG, Ummi menyifatkan Khairuddin lebih sudu dari kuah walaupun sebenarnya Khairuddin sendiri mempunyai terlalu banyak masalah yang akan memberi kesan kepada Parti Cap Bunga dan Mahathir dalam masa terdekat.


Khairuddin juga bukanlah seseorang yang mempunyai kebolehan kecuali CURI KREDIT daripada kerja orang lain untuk menaikkan namanya seperti yang didedahkan oleh Ummi menerusi asal-muasal tuduhan liwat pertama Anwar Ibrahim yang dikarang oleh Arwah Khalid Jeffri dalam bukunya, 50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi Perdana Menteri.

Selain itu, Khairuddin Abu Hassan juga menjadi kebencian pejabat Mahathir, pejabat Mukhriz dan pejabat Muhyiddin Yassin sebagaimana yang diungkapkan oleh Syed Hassan.


Seperkara yang menarik ialah, Khairuddin Abu Hassan dalam menegakkan hujahnya menentang Ibrahim Ali, menyatakan dengan jelas bahawa dia tidak pernah mengetahui atau melihat DAP cuba menghapuskan hak keistimewaan orang-orang Melayu dan Bumiputera. Sebaliknya, DAP tidak rasis kerana keanggotaan parti tersebut terbuka kepada setiap orang warga Malaysia tanpa mengira kaum, agama mahupun bahasa setiap individu.

Maka tidak hairanlah mengapa Khairuddin Abu Hassan dalam usahanya untuk mengekalkan gaya hidup mewahnya, melalak melolong meminta agar UMNO menebusnya daripada kebankrapan. Apabila UMNO dan Presiden UMNO enggan atau beranggapan itu adalah masalah peribadi yang harus diselesaikannya sendiri, Khairuddin terpaksa mencari dahan lain untuk berpaut. Dan selepas itu, siapa yang tidak tahu bagaimana Khairuddin bercakap besar kononnya dia tidak pernah dibankrapkan oleh bank demi melindungi dana bantuan oleh pihak-pihak tertentu kepadanya.

Namun walau apa pun gelaran dan kecaman yang diberikan kepada Khairuddin Abu Hassan, dia adalah orang pertama yang berada di samping Mahathir ketika Mahathir membakar jambatan dan hubungan dengan Najib Abdul Razak. Dia juga orang pertama yang bercakap tentang parti baru yang akan melibatkan pembabitan penting Mahathir sebelum Muhyiddin yang pada waktu masih mamai-mamai kerana isu perceraian Nika-Augustine yang mengaitkannya, membuka mulut dan mengiyakan andaian tentang parti baru.

Seburuk-buruk dan sesotong-sotong Khairuddin Abu Hassan, jasa besarnya kepada Mahathir tidak boleh dipertikaikan langsung oleh para penyokong yang melabelkan diri mereka sebagai totok Mahathir. Ini adalah kerana Parti Cap Bunga tidak akan muncul sebagai sebuah parti Mahathir tulen kalau bukan kerana Khairuddin Abu Hassan.


4 comments:

Anonymous said...

Walhasil dua2 ekor sama sahaja. Masing2 nak tunjuk akulah yang kuat sokong Madey. Madey sekarang jadi majikan Madey.

Anonymous said...

Is he gay?

Anonymous said...

Jgn lupa pesan kat TM bila jumpa Aljuburi minta dia bersumpah laknat. Ini kes langau mencari najis.

Ted Manoff said...

Baguih punya geng Proton tarok kaw kaw

top