Social Icons

Pages

BULETIN 247

Monday, September 26, 2016

LAAA... AIR TAK ADA DI SELANGOR KE? TERIMALAH HAKIKAT, INI SEMUA DEMI KEBAIKAN RAKYAT SELANGOR!!!



Kecoh dua tiga hari ini, air tidak ada di 434 kawasan Daerah Hulu Langat, Kuala Langat, Petaling dan Sepang di Selangor. Walaupun bekalan air mentah tidak berkurangan, tetapi dilaporkan loji terpaksa ditutup kerana pencemaran teruk bekalan air mentah. Secara tidak langsung apabila loji ditutup, air pun tidak mengalirkan di hujung kepala paip.

Syabas selaku anak syarikat Kerajaan Negeri yang menguruskan pembekalan air menjadi sasaran kemarahan. Kalau dahulu, Syabas dimaki hamun, para pemimpin PKR dan DAP turut serta memaki hamun, bahkan dianjurkan tunjuk perasaan, malah dikatakan urustadbir Syabas akan menjadi lebih baik ratus-ratus peratus berbanding pengurusan Syabas ketika itu, tetapi sekarang, mutu perkhidmatan dan urus tadbir yang konon-kononnya akan ditingkatkan itu, langsung tidak diperkatakan lagi.

Bukan kerana kejayaan membuktikan segala cakap-cakap besar sebelum itu tetapi kerana jauh lebih teruk daripada pengurusan yang dikutuk dahulu!!!


Syabas yang dikatakan syarikat konsesi yang dimiliki oleh kroni UMNO telah diambilalih oleh Kerajaan Negeri Selangor pada tahun 2014 dan beroperasi sebagai salah satu unit Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd di mana Azmin Ali, Menteri Besar Selangor adalah pengerusinya.

KERAJAAN PERSEKUTUAN menerusi tunai dan pengambilalihan hutang bernilai lebih RM10 bilion, telah membantu Kerajaan Negeri Selangor membeli SPLASH dan beberapa syarikat air lain di Selangor.

Sebelum penghujung 2014 di mana Syabas diambilalih oleh Kerajaan Negeri Selangor dengan bantuan lebih RM10 bilion dari KERAJAAN PERSEKUTUAN, Kerajaan Pakatan Selangor kerapkali menghamun Syabas dan mendakwanya sebagai syarikat kroni UMNO selain mendakwanya sebagai tidak berguna dan hanya bermain politik.


Mereka kerapkali menuduh UMNO cuba menggunakan Syabas menerusi gangguan bekalan air untuk mencipta tekanan agar Kerajaan Negeri Selangor yang diketuai oleh Azmin Ali meluluskan projek Air Langat 2.

Tidak lama selepas mengambilalih jawatan Menteri Besar, Azmin Ali sendiri telah menandatangani perjanjian Projek Air Langat 2 yang ditentang sebelum itu.

Pemeriksaan dengan Syabas mendedahkan loji rawatan terpaksa menghentikan operasi untuk merawat air mentah dari Sungai Semenyih kerana pencemaran. Semenyih Hi-Tech Industrial Park yang terletak 37 kilometer ke hulu loji rawatan, dikatakan sebagai penyebab masalah pencemaran tersebut.


Siasatan pula mendapati, pencemaran tersebut adalah disebabkan oleh kimia toksik yang menyebabkan air berbau. Pencemaran tersebut tidak dapat dilihat dengan mata kasar tetapi mempunyai bau yang sangat ketara.

Syarikat yang membina Semenyih Hi-Tech Industrial Park memulakan operasi pada tahun 2009 dan telah menerima kelulusan dari Majlis Daerah Kuala Langat, Selangor pada tahun 2011 iaitu ketika pentadbiran Kerajaan Pakatan Selangor.

Setakat ini, mereka telah melancarkan 7 fasa taman industri tersebut.

Inilah namanya kebijaksanaan. Meluluskan kawasan industri besar di sebelah sungai yang mana digunakan pula oleh loji rawatan untuk mendapatkan air mentah!!!

Takkan salah UMNO dan kroni lagi agaknya?


6 comments:

Anonymous said...

Takde air tak apa janji pemimpin kami tak rasuah macam lanun

Anonymous said...

TAHNIAH RAKYAT SELANGOR DARUL PLURALISMA MURTAD.... IMAN DAN AKIDAD TERGADAI MARUAH BANGSA DIPIJAK PIJAK... TAHNIAH SELANGOR DARUL PLURALISMA MURTAD. ..

Anonymous said...

hujung minggu keluarga aku kena catu air sebab air tak ada. SYABAS elok tukar nama kepada HAMPEH saja!

Anonymous said...

Aku rela ada pemimpin... Walau kau kata rasuah tapi tuduhan kau tiada bukti cuma memanjang kan fitnah...mcm Najib dari pemimpin mcm azmin.dah lah akhlak ke laut...tadbir satu negeri pun huru hara..air tak ada mcm kau...mungkin tak kisah...tapi aku...hussh air tu penting utk kehidupan aku...

Anonymous said...

Rasuah kikikiki... pintu gerbang kos brape.? Paya wetland yinggu masa nak pecah.. sykr 2 hingget telan 32 glc anak negeri selangor 32 billion dah buta ke... rasuah pempuan tunggu masa nak terburai... dah la darul pluralism murtad.. darul rasuah pun sama ...

ARE_UZ said...

Bodoh sungguh kamu

 
Blogger Templates