Social Icons

Pages

BULETIN 247

Thursday, September 8, 2016

MALAYSIA AKAN BANKRAP SEBAB HUTANG? 103.4% TAHUN 1985, MALAYSIA TAK BANKRAP PUN!!!



1. Kebelakangan ini, terdapat mesej-mesej mengelirukan yang tersebar menerusi Whatsapp tentang ekonomi negara kita yang mencetuskan kegelisahan di kalangan rakyat negara ini. 

2. Kebanyakan mesej tersebut tertumpu kepada Hutang Kerajaan semasa, yang mana nisbah Hutang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) adalah 53.4% pada 30 Jun 2016. Kadar nisbah ini menunjukkan berapa banyak hutang kerajaan berbanding saiz KDNK.

3. Kegelisahan berlaku dan tuduhan-tuduhan dibuat memandangkan nisbah tersebut menghampiri had 55% yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Barisan Nasional sebelum ini. Seandainya kadar tersebut melepasi had yang dibuat, Malaysia berada dalam masalah besar. 

Beberapa mesej yang tidak bertanggungjawab malahan telah menuduh Malaysia akan menjadi bankrap sekiranya kita melepasi had 55%.

4. KDNK merupakan ukuran nilai semua barangan serta perkhidmatan akhir yang dikeluarkan dalam tempoh tertentu. Dalam bahasa yang lebih mudah, KDNK boleh diterjemahkan sebagai saiz ekonomi kita. 

5. Hasil dari tahun-tahun di mana pertumbuhan ekonomi baik - terutama sekali semenjak tahun 2009 - KDNK tahunan Malaysia semasa dianggarkan pada kadar RM1.2 trilion pada 30 Jun 2016 iaitu 17 kali lebih besar berbanding saiz ekonomi negara ini pada tahun 1986 dan 3 kali ganda lebih besar berbanding saiz ekonomi negara ini pada tahun 2003. 

Secara logiknya, jikalau ekonomi negara kita meningkat, secara tidak langsung membolehkan negara meningkatkan kadar hutang dengan syarat-syarat tertentu berbanding pada masa lepas di mana pendapatan negara tidak tinggi.

6. Nisbah Hutang Berbanding KDNK semasa adalah 53.4%, walaupun tinggi berbanding tahun 40.1% pada tahun 2007, ia masih di bawah kadar bolehurus.

7. Tahap ini tidak terlalu tinggi jikalau dibandingkan dengan tahap masa lampau seperti dalam tempoh antara 1980 sehingga 1985 apabila nisbah Hutang Berbanding KDNK meningkat dari 44% menjadi 103.4% dan kekal di atas tahap 55% sehingga tahun 1994.

8. Oleh kerana, amat tidak munasabah sekiranya Malaysia melepasi tahap 55% Hutang Berbanding KDNK, Malaysia akan menjadi bankrap atau negara ini akan berhadapan dengan masalah besar seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak. 

Sekiranya kita tidak menjadi bankrap pada 103.4% dalam tahun 1985, bagaimana pula kita akan bankrap pada kadar 55%?

8. Tahap hutang negara ini perlu dilihat dalam kaitannya dengan pendapatan dan tidak hanya berdasarkan kepada jumlah mutlak.

Sebagai contoh: Seorang individu yang pendapatan tahunannya adalah RM120,000 akan berasa selesa untuk meminjam RM60,000 bagi membeli sebuah kereta berbanding individu lain yang pendapatannya cuma RM6,000 setahun tetapi mempunyai hutang sebanyak RM7,000.

Contoh ini secara kasarnya menunjukkan situasi saiz ekonomi dan tahap hutang negara ini pada tahun 2016 berbanding tahun 1985.

9. Pada tahapa semasa 53.4%, Malaysia disenaraikan pada tangga 71 tertinggi daripada 178 buah neara. 70 buah negara yang memiliki nisbah tertinggi berbanding Malaysia termasuklah negara-negara seperti Jerman, Jepun, Kanada, Amerika Syarikat, United Kingdom dan Singapura. 

Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, nisbah Hutang Berbanding KDNK adalah bolehurus dan ekonomi negara kita masih lagi menikmati kadar pertumbuhan 5% untuk tahun 2015 dan 4.1% untuk pertengahan tahun 2016.

10. Walaupun harga komoditi semasa yang rendah, kesan-kesan BREXIT dan keadaan ekonomi global yang tidak menentu, kerajaan Malaysia tidak bercadang untuk melepasi tahap 55% dan akan terus menguruskan kewangan dengan secara berhemah dan bertanggungjawab.

11. Rakyat Malaysia dan parti-parti politik tertentu seharusnya mengelak daripada menyebarkan maklumat yang salah atau terlibat dalam taktik menakut-nakutkan yang mengakibatkan hilang keyakinan para pelabur dan konsumer ke atas ekonomi negara ini. Perbuatan sebegitu adalah mensabotaj ekonomi negara sendiri. 

Rakyat Malaysia yang bertanggungjawab, tidak akan berkongsi atau menyebarkan maklumat-maklumat dan propaganda salah. 

12. Secara keseluruhannya, rancangan transformasi kerajaan kini terbukti berjaya dengan polisi-polisi yang baik yang sekarang menunjukkan keputusan yang kukuh. Semua rakyat Malaysia seharusnya memberikan tumpuan kepada kejayaan tersebut memandangkan negara ini berjaya dikemudi dalam keadaan keadaan ekonomi global yang tidak menentu kini.

13. Saya tidak ragu-ragu bahawa Perdana Menteri dan kerajaan ini akan terus memastikan Malaysia terus menikmati pertumbuhan ekonomi, mengutamakan kesejahteraan rakyat dan terus membangunkan Malaysia ke status negara berpendapatan tinggi.


Pengarah Komunikasi Strategik
Menteri di Jabatan Perdana Menteri


1 comment:

Anonymous said...

Mungkin yang bangkrap kerana kezaliman diri sendiri... tazkirah jumaat. Muhasabah.

Penghuni-penghuni gua (Al-Kahf):35 - Dan dia memasuki kebunnya sedang dia zalim terhadap dirinya sendiri; ia berkata: "Aku kira kebun ini tidak akan binasa selama-lamanya,

Penghuni-penghuni gua (Al-Kahf):36 - dan aku tidak mengira hari kiamat itu akan datang, dan jika sekiranya aku kembalikan kepada Tuhanku, pasti aku akan mendapat tempat kembali yang lebih baik dari pada kebun-kebun itu".

Penghuni-penghuni gua (Al-Kahf):37 - Kawannya (yang mukmin) berkata kepadanya -- sedang dia bercakap-cakap dengannya: "Apakah kamu kafir kepada (Tuhan) yang menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari setetes air mani, lalu Dia menjadikan kamu seorang laki-laki yang sempurna?
.....

Penghuni-penghuni gua (Al-Kahf):42 - Dan harta kekayaannya dibinasakan; lalu ia membulak-balikkan kedua tangannya (tanda menyesal) terhadap apa yang ia telah belanjakan untuk itu, sedang pohon anggur itu roboh bersama para-paranya dan dia berkata: "Aduhai kiranya dulu aku tidak mempersekutukan seorangpun dengan Tuhanku".

Penghuni-penghuni gua (Al-Kahf):43 - Dan tidak ada bagi dia segolonganpun yang akan menolongnya selain Allah; dan sekali-kali ia tidak dapat membela dirinya.

Tempat yang tertinggi (Al-'A`rāf):96 - Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertakwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) itu, maka Kami siksa mereka disebabkan perbuatannya.

An-Naml:53 - Dan Kami selamatkan orang-orang yang beriman, serta yang selalu bertaqwa.

 
Blogger Templates