Social Icons

Pages

BULETIN 247

Saturday, September 10, 2016

MAT SABU KATA, PARTINYA TELAH DIPINGGIRKAN OLEH PKR DAN DAP KERANA CAP BUNGA!!!


Kesian sungguh Mat Sabu...

Mengeluh-ngeluh dia kerana dia dan parti pimpinannya tidak mendapat perhatian sewajarnya terutama sekali daripada PKR. Bahkan, kehadiran PAN di dalam Pakatan Harapan, seumpama malukut tepian gantang. Ada tidak berguna, tiada pun tidak dirasa.

PAN ditubuhkan dengan bantuan kewangan dan taktikal DAP selepas barisan kepimpinan pilihan Lim Guan Eng kecundang dalam pemilihana agung PAS yang lepas. DAP menerusi Lim Guan Eng telah menunjukkan permusuhan keterlaluan terhadap Abdul Hadi Awang, Presiden PAS dan Harun Din, Mursyidul Am PAS.

Penubuhan PAN diharapkan dapat menggantikan PAS di dalam Pakatan Harapan. Pakatan Harapan pula ditubuhkan oleh Lim Guan Eng bagi menggantikan Pakatan Rakyat setelah DAP memutuskan hubungan dengan PAS.

Walau bagaimanapun, PKR di Selangor tidak  memutuskan hubungan dengan PAS dan Pakatan Rakyat juga masih wujud walaupun secara rasminya, Pakatan Rakyat telah dibubarkan manakala DAP dan PKR di luar dari Selangor telah memutuskan hubungan dengan PAS.

Kehilangan jawatan dan kuasa di Selangor, menyebabkan Azmin Ali yang mengetuai Kerajaan Negeri Selangor terus mempertahankan hubungan dengan PAS dan kewujudan Pakatan Rakyat dengan DAP sekali masih salah satu komponennya.

PAN sudah beberapa kali melahirkan perasaan tidak puas hati kerana PKR dan Azmin Ali bahkan DAP masih tidak menghalau dan memutuskan hubungan dengan PAS, selain merampas kedudukan serta bahagian PAS untuk diserahkan kepada PAN.

Kewujudan Cap Bunga mendapat lebih perhatian daripada PKR dan DAP berbanding PAN yang telah bertungkus lumus untuk mempertahankan ketuanan DAP. Malahan, terdapat ura-ura untuk menyerahkan kerusi-kerusi Parlimen dan DUN untuk ditandingi oleh Cap Bunga pada PRU akan datang yang sebelum ini ditandingi oleh DAP dan PKR.

PAN pula terus melopong.

Justeru apabila Mat Sabu, Presiden PAN menyatakan yang partinya seperti terpinggir, memang ada benarnya. Selain kerusi-kerusi yang ditandingi oleh PKR dan DAP, sebahagiannya akan diserahkan kepada Cap Bunga, kerusi-kerusi yang ditandingi oleh PAS pada PRU lepas juga, akan diserahkan kepada Cap Bunga. PAN dilihat tidak menarik perhatian kepimpinan tertinggi PKR dan DAP sungguhpun dalam Pilihanraya Kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar, PAN mencatatkan keputusan yang agak cemerlang walaupun baru sahaja ditubuhkan.

Pada masa yang sama, ketakutan dan kebimbangan DAP serta PKR terhadap PAS semakin membuatkan PAN terasing dan tidak digantung harap. Dari tahun 1999 lagi, sama ada DAP mahupun PKR, kekuatan mereka sebenarnya sangat kuat bersandar kepada PAS. Terserlah dalam setiap demonstrasi jalanan yang dianjurkan, penyertaan PAS telah menyebabkan ratusan ribu orang berarak di jalan-jalanraya di tengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur. Tanpa PAS seperti yang berlaku dalam BERSIH 4.0 serta Gerakan Tangkap MO1, jumlah pendemonstran sekadar boleh dibanggakan di dalam media-media sosial seperti FB dengan gembar-gembur yang sangat melucukan.

Kesian Mat Sabu... kesian PAN... makin meneballah benci Mat Sabu kepada Cap Bunga dan Mahathir sendiri!


4 comments:

Anonymous said...

Mat Sabu tak sedar diri lgi ke yg partinya hanya alat Dap. Apabila alat tak brguna bila2 masa blh dibuang. Itulah nasib parti yg jdi alat. Cakap besar tpi kosong...nampak benar bodohnya.

Anonymous said...

Betul tu Anon 10:52.
Mat Sabu cakap besar tapi habuk pun tarrakk. Memang bodoh pun Mat Sabu ni,dan semua yg ikut dia dua kali lebih bodoh. Tak sedar diri dijadikan kuda tunggangan DAP. Lagi sorang yg tersangat sombong dan bongkak kat dlm PAN tu ialah Khalid Samad, ini manusia yg tersangat nak tunjuk pandai...tapi bangang.

Anonymous said...

Pan perlu melantik maza sebagai presiden barunya utk mendapat lebih ramai sokongan

juragan69 said...

Hahaha demi khalifah bani melayu khafilah Najib, tiba2 tfk meratap hiba nasib mat syabu...inilah dinamakan blogger politik 'SEJATI'..lepas ni tfk akan sebarkan 1001 kebaikan dan kelebihan mat syabu asalkn parti situa 'nyanyuk' yg tk mampu nk mmberi sebarang kesan kpd najib(kata para pencacai najib) tidak dipandang...hahaha yg bestnya TFK tk sedar dgn mencaci tun tnpa berusaha mmbuktikn yg MELAYU akan mati andainya najib ditolak...untung mat syabu sbb dh ada blog yg simpati pd beliau. ..

 
Blogger Templates