Sunday, September 18, 2016

MUDAHNYA BELI MARUAH DAN AKIDAH MELAYU... CUKUP DENGAN MINTA MAAF!!!!



Di sinilah bijaknya Lim Guan Eng yang cukup faham struktur serta perangai orang Melayu, walau sehebat mana pun Melayu itu malah walau setinggi langit pun gelaran yang ada pada pangkal nama Melayu berkenaan.

Lim Guan Eng tahu, cukup dengan kata-kata muluk, cukup dengan kata-kata yang dikehendaki dan mahu didengar oleh orang Melayu, kemarahan akan segera reda. Malah untuk memadamkan terus kemarahan yang masih membara serta mencipta husnu zhon yang bukan-bukan, perkataan MAAF akan diungkapkan.

Selepas itu, segala-galanya kembali seperti asal. Orang Melayu akan segera melupakan kemarahan yang mereka rasakan. Bahkan mereka akan menjadi lebih lembut, lebih lunak dan lebih mesra walaupun kahak bertepek di atas kepala mereka.

Alasan yang acapkali diberikan ialah, Islam mengajar umat Islam untuk saling maaf dan memaafkan!

Jeff Oii menyertai pimpinan besar DAP lain telah berkali-kali membuktikan kebenaran ini. Mereka sengaja mencetuskan kemarahan dari kalangan orang Melayu tetapi kemudian membiarkan sebahagian orang Melayu-Islam sendiri yang akan bertindak sebagai penampan mereka, menyelesaikan masalah dengan nilai-nilai agama.

Melayu-Islam akan mudah cair kalau dinasihati berunsurkan agama.

Melayu-Islam sebahagian yang lain pula, akan mudah hilang tumpuan apabila diberitahu mereka sengaja dicucuk-cucuk dan dihasut-hasut agar marah kerana itu adalah modus operandi pihak kerajaan yang sedang kepanasan dan mahu mengalihkan tumpuan.

Kecenderungan untuk menuntut Jeff Oii memohon maaf setelah keceluparan dan kebiadapannya, sedang berleluasa sekarang ini. Tidak sahaja dari kalangan PAS, bahkan dari UMNO malah dari PERKASA juga. Seolah-olah permohonan maaf Jeff Oii itu akan menyelesaikan dan mengharmonikan segala-galanya.

Jeff Oii dari awal lagi telah bertegas, dia tidak salah. Kenyataannya telah diphotoshopkan oleh sibertruper UMNO. Walaupun selepas itu dia menarik balik kenyataannya dan memberitahu semuanya adalah perbuatannya sendiri, kenyataan menyusul Lim Guan Eng menerusi SETPOLnya, Zairil Khir Johari seperti satu jenakaria yang sekadar membuktikan betapa lemahnya orang Melayu sendiri.

Tak habis-habis dengan desakan meminta maaf. Adakah itu sahaja yang mampu dilakukan oleh para pemimpin Melayu tak kira dari parti apa pun? Apakah kerana keputusan proses mahkamah banyak memberikan kelebihan dan kemenangan kepada para pemimpin DAP, maka tuntutan permohonan maaf secara terbuka sahaja yang mampu dibuat oleh para pemimpin Melayu?

Dalam ketika UMNO dan Melayu-Bumiputera masih lagi ada kuasa di negara ini, begini keadaannya. Bayangkanlah kalau UMNO dan Melayu-Bumiputera sudah tidak ada kuasa lagi atau Melayu-Bumiputera berada di bawah kepimpinan DAP, apa pula yang akan berlaku?

Agak-agaknya kalau pemimpin atau Ahli Parlimen UMNO atau PAS yang mengeluarkan kenyataan serupa Jeff Oii kepada mana-mana pemimpin DAP yang meninggal dunia, apa tindakan yang akan dibuat oleh DAP?

Adakah sebahagian daripada mereka menyatakan, kenyataan tersebut telah diubahsuai oleh sibertruper yang mahu melaga-lagakan Melayu dan Cina? Adakah akan ada yang menggunakan elemen agama untuk menyejukkan keadaan?

Atau DAP akan segera mengambil tindakan undang-undang yang mana mereka tahu, keputusannya akan menyebelahi mereka?


4 comments:

Anonymous said...

Dgn lain perkataan memang melayu takde telor..PADAN MUKA PEMIMPIN MELAYU...BODOH.

Anonymous said...

Melayu lembik yang asyik suruh minta maaf tak mewakili majoriti melayu. Jangan jadi melayu bodoh dan penakut dah berpuluh kali dihinapun senang senang dimaafkan. Kebiadapan mereka bukan sekali sekala tetapi terlalu kerap dan berterusan. Tak perlu maafkan jika dah kerap sangat kurang ajar.

Anonymous said...

Pemumpin melayu mana ada teloq, tak caya cuba tanya anak nik aziz

Anonymous said...

Engkau pun sama tak de teloq, kalau kau ada teloq kau tak akan menghina orang yang telah mati bangsa kau sendiri

top