Thursday, September 1, 2016

MUHYIDDIN PATUT SAMAN DATUK TENGKU ATAS TUDUHAN MENFITNAHNYA MEMPUNYAI SKANDAL DENGAN BINI ORANG!!!



6 September telah ditetapkan sebagai tarikh pengurusan kes perceraian yang telah difailkan oleh peguam, Stanley Clement Augustine terhadap isterinya, Gina Gee Siew Yee. Dalam afidavit Stanley Clement Augustine, Muhyiddin Yassin telah dikaitkan sebagai orang yang mempunyai skandal dengan isterinya.

Tarikh 6 September bukannya fitnah.

Pengurusan kes perceraian itu juga bukan fitnah.

Afidavit Stanley Clement Augustine yang menyebut tentang Muhyiddin Yassin, juga bukannya fitnah.

Kesemua itu wujud dan kesemua itu sedang berada di pintu mahkamah, menanti giliran untuk memecahkan pelbagai rahsia yang selama ini sengaja disembunyikan, tersembunyi dan dilupakan.

'Muhyiddin Yassin' dalam kes ini adalah merujuk kepada Muhyiddin Yassin, bekas Timbalan Presiden UMNO yang sekarang ini merupakan Presiden protem Parti Pribumi Bersatu.

Dengan 6 September semakin menghampiri, Muhyiddin Yassin memilih untuk menyerang Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Tengku Sarifuddin yang disifatkannya sebagai pembodek dan pengampu Najib Abdul Razak.

Katanya, dakwaan Tengku Sariffuddin terhadapnya membuktikan betapa rendahnya mentaliti orang 'Yes Man' Najib. Muhyiddin juga mengatakan, tuduhan-tuduhan palsu tersebut merupakan simptom yang wujud di dalam UMNO masakini.

Sambil mendabik dada, Muhyiddin mengatakan bahawa dia telah membayar harga yang sangat tinggi apabila tidak membutakan mata terhadap rasuah semata-mata atas nama kesetiaan apabila dia disingkirkan daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO.


Awal minggu ini, Tengku Sariffuddin dalam reaksinya atas tuduhan rasuah yang dibuat oleh Muhyiddin berkata, Presiden protem Cap Bunga itu sebenarnya cuba mengalihkan perhatian daripada skandal seksnya sendiri.

Kes perceraian tersebut dan kaitannya dengan Muhyiddin mula disebut oleh RPK menerusi portalnya, Malaysia Today (RUJUK SINI). Bagaimanapun, afidavit yang mengaitkan Muhyiddin dibuat oleh Stanley Augustine Clement, bukannya oleh RPK malah dibawa ke mahkamah oleh suami Gina Gee Siew Yee.

Apakah maksud Muhyiddin yang Stanley Augustine Clement merupakan orang UMNO atau pengampu Najib yang mempergunakan isterinya untuk menjatuhkan Muhyiddin? Apakah kes tersebut suatu fitnah?

6 September nanti, kita akan mendapat tahu setelah perbicaraan perceraian tersebut dilangsungkan. Walaupun tidak ramai yang memperkatakannya sepertimana yang berlaku kepada kes liwat membabitkan Anwar Ibrahim, tetapi terlalu ramai yang menantikan keputusan mahkamah tanpa perlu membuat pengadilan dan penghakiman menerusi media sosial.

Muhyiddin perlu bersabar sehingga 6 September!!!


7 comments:

Anonymous said...

Nampaknya kes Muhyiddin mungkin dah hidu dari awal. Menarik. Lagipun ini bukan khabar angin kerana kes sdg dibicarakan. Apapun rakyat semakin bijak menilai. Contoh kes Anwar akhir2 nya rakyat dpt menerima keputusan mahkamah tanpa huru hara.

Anonymous said...

tak usah layan la
yiddin pussy crazy ni

Anonymous said...

Crazy for a pink pussy

Anonymous said...

abg din suka bau bawang putih tak sunat..biar bini org pun..tak suka dah bau tempe

Anonymous said...

kalau aku..aku saman suami pompuan tu sbb tuduh aku main dgn bini dia..ITU PUN KALAU AKU TAK BUAT LAH

Anonymous said...

Toksah dok hingaq la bab seks admin... yang curi duit berbilion tu lagi jahat...

Anonymous said...

Tengku ni bersih sangat ke. Cubalah check dia sikit. Macam2 akan keluar. Ini layan dia je. Kalau dah terbongkar hal dia ..senyaplah nanti

top