Wednesday, September 7, 2016

PEGUAM ISLAM CERITAKAN SAAT DIA MENENTANG PEGUAM-PEGUAM DALAM MAJLIS PEGUAM YANG ANTI ISLAM, ANTI MELAYU DAN ANTI RAJA-RAJA!!!



Ada yang cuba hendak mempertahankan kebuasan dan babarisme Siti Kasim tempoh hari dengan menyatakan kononnya dia bertindak sedemikian rupa ekoran daripada ejekan dan cemuhan yang diterimanya oleh para hadirin ketika dia berdiri untuk menanyakan soalan dalam forum tersebut. Justeru para hadirin yang mencemuh itulah yang salah, dan bukan Siti Kasim.

Oh dear. I thought this should be a clear cut thing -- tapi rupanya masih ada yang nak pertahankan benda yang dah jelas-jelas salah.

Sampaikan orang macam Wan Ahmad Fayhsalyang dah kehilangan kompas perjuangan dek terlalu gelojoh dan gopoh kononnya sebab nak lawan rasuah (sehingga menghalakan serangan bebalnya kepada pelbagai institusi agama dan para Mufti) pun cuba untuk 'downplay' keseriusan tindakan barbarik Siti Kasim tempoh hari.

Jadi aku nak cerita pengalaman aku sendiri.

Dua tahun lepas, aku dan 12 rakan-rakan yang lain, buat keputusan untuk tidak membiarkan Badan Peguam Malaysia melalui Majlis Peguam untuk terus-menerus menyerang perkara-perkara yang mempertahankan kedudukan Melayu dan Islam yang terpahat dalam Perlembagaan Persekutuan, tanpa sebarang perlawanan daripada pihak kami. Enough is enough. Justeru, kami memutuskan untuk hadir dalam Mesyuarat Agung Luar Biasa Badan Peguam, dan kami membuat keputusan untuk mencabar status quo yang bersifat liberal-totok dalam Badan Peguam pada ketika itu.

Waktu itu, kami hanya bertiga-belas, berhadapan pula dengan tujuh ratus lebih peguam-peguam yang totok liberal dan ada yang bahkan begitu benci dengan Islam dan Melayu berasaskan tindakan mereka, walaupun mereka tidak akan pernah mengakuinya.

Ketika aku bangun untuk ke microphone untuk membidas hujahan mereka, aku pun kena cemuh dan kena ejek dengan hebatnya oleh suara-suara sumbang para hadirin dalam dewan pada ketika itu. Bahkan perkara ini ada dilaporkan dalam The Malaysian Insider dengan tajuk '13 Voices of Dissent in the Malaysian Bar' (memandangkan TMI sekarang dah tutup, jadi boleh baca di sini laporan itu: https://concernedlawyers.org/2014/09/21/13-voices-of-dissent-in-the-malaysian-bar-aidil-khalid/ )

Tapi walaupun aku kena boo dan kena ejek dan direndah-rendahkan dengan teruknya dalam dewan pada waktu itu, dan suasana dalam dewan itu memang amat menakutkan untuk aku yang berseorangan berdiri di microphone menghadap 700 lebih peguam-peguam liberal-totok, aku tidaklah pula sampai ke tahap nak buka seluar dan tunjuk kemaluan kepada mereka semua. Sebab aku tahu, hakikat aku kena boo bukanlah alasan untuk bertindak di luar batas adab dan akhlak.

Sebaliknya, aku dengan tenang berhujah kepada mereka bahawa tindakan mereka yang akan mempunyai kesan menggugat ketertinggian Islam, kedudukan bahasa kebangsaan, keistimewaan Melayu dan Bumiputera dan kedaulatan Raja-Raja adalah bercanggah dengan kuasa-kuasa dan objektif Badan Peguam sendiri, yang mendapat kuasanya di bawah Seksyen 42 Akta Profesyen Perundangan 1976. Sekali lagi, boleh baca di sini untuk faham apa yang telah berlaku dalam dewan dua tahun lepas: https://concernedlawyers.org/2014/09/21/13-voices-of-dissent-in-the-malaysian-bar-aidil-khalid/

Sebab itu, aku sangat tak boleh terima bila ada geng-geng yang cuba nak pertahankan, atau kalupun bukan pertahankan, untuk 'downplay' keseriusan tindakan barbarik Siti Kasim tempoh hari.

*Kredit foto kepada Tuan A. Karim Omar

**Nota: edited WAF to Wan Ahmad Fayhsal. To be fair to him, as he complained that he would want to get justice from the Court, and it would be difficult if I don't name him directly.



6 comments:

Anonymous said...

Golongan liberal sering merasa dirinya hebat bahkan layak utk brhujah dgn tuhan...saat nyawa trpisah dgn jasad baru tau siapa dia dn siapa tuhan.

Anonymous said...

Berterima kasihlah pada PM si Lanun Pendatang dari Boogees yang Bahlol kerana memansuhkan ISA dan segala2nya

muhammad abu dujanah said...

Semoga Allah memelihara bangsa melayu dan islam..selagi mana org melayu serius mengamalkannya..

Azman Ali said...

PM kami berdarah Bugis..dan bagi komen pakai nama anon..kami bukan pendatang..tanah tumpahnya darah ku..berani cubalah lagi..enough is enough..

Anonymous said...

Kerana ISA dimansuhkanlah baru kita tahu siapa kawan sapa lawan...kalau tak kau panggil Najib lanun pun cukuplah.. Tunggu kejap lagi. ada polis dah sedia tggu kau tak depan rumah depan office kau...nak ke...mcm opss lalang..tu semua Mahadey nak jaga kroni tp Najib hapuskan ISA agar kau boleh fitnah Najib kan kan kan...itulah kata orang bahlol kau tu lg bangang...Allah beri akal suruh fikir mana yang betul mana yang fitnah...

Anonymous said...

kalau ISA tidak dimansuh, habih ler mantan pee-em & crookni masuk dalam dulu sblm minah ni, hahaha.... #kenyataanpedih

top