Social Icons

Pages

BULETIN 247

Saturday, September 10, 2016

SAARI SUNGIP PAN TUNTUT MAHATHIR BERTAUBAT SECARA TERBUKA!!!



Dendam lama atau sebenarnya satu lagi drama untuk mukaddimah bagi menghilangkan sakit hati silam, sekaligus memujuk hati sendiri?

Timbalan Presiden PAN, Saari Sungib mendesak Mahathir membuat permohonan maaf secara terbuka kerana perbuatan silamnya, sekaligus mewujudkan kredibiliti bagi dakwaannya bahawa Pengerusi Cap Bunga itu bertindak untuk kepentingan negara menerusi kerjasama dengan Pakatan Harapan. 

"Kalau dia mahu bekerjasama dengan kami, amat perlu bagi Mahathir untuk mengisytiharkan semua kesalahan yang telah dilakukannya sewaktu dia berkuasa," kata Saari Sungib. "Dia juga mesti megakui kesalahan-kesalahannya dan wajib meminta maaf kepada rakyat serta keluarga Anwar Ibrahim."

Saari Sungib, bersama-sama Naib Presiden PKR Tian Chua, bekas Ahli Majlis Tertingi PKR Badrulamin Baharom serta Hishamuddin Rais dan Badaruddin Ismail telah ditahan di bawah ISA pada tahun 2001 ketika Mahathir masih lagi Perdana Menteri Malaysia. 

Mahkamah Persekutuan baru-baru ini telah memutuskan penahanan mereka tidak sah dan Kerajaan pimpinan Najib Abdul Razak pula diarahkan membayar gantirugi kepada mereka sebanyak RM5 juta.

Parti Cap Bunga telah diluluskan pendaftarannya oleh ROS. Terdapat beberapa teori yang mengatakan, Parti Cap Bunga akan mengambilalih kedudukan PKR di mana ahli-ahli Melayunya akan diserap ke dalam Parti Cap Bunga manakala yang bukan Melayu akan dihalau ke dalam parti DAP.

Ini adalah langkah terawal untuk mengelakkan pertembungan serta perebutan kerusi-kerusi DUN dan Parlimen yang akan ditandingi pada PRU-14 nanti. Cap Bunga dilihat cuba menguasai PKR dan DAP bagi menggantikan kedudukan PAS yang tidak begitu berminat untuk bekerjasama dengan mereka.

Bagaimanapun, beberapa pihak di dalam PKR, tidak bersetuju dengan iltizam Cap Bunga untuk mengambilalih. Sebaliknya, Cap Bunga didesak supaya lebih akur dengan PKR yang 'lebih berpengalaman' untuk berhadapan dengan UMNO-BN. 

Dalam bahasa yang lebih mudah, Cap Bunga diminta untuk memberi laluan kepada PKR dengan Cap Bunga hanya perlu membantu untuk PKR menang.

Keterdesakan Mahathir untuk menggulingkan Najib, menyebabkan Mahathir merendahkan egonya dengan meminta kerjasama Anwar Ibrahim. Beberapa pihak terutama sekali penyokong Mahathir beranggapan gabungan Mahathir-Anwar akan membolehkan Cap Bunga lebih kekar walaupun pada masa yang sama, gelombang besar yang mereka harapkan di kalangan rakyat sepertimana yang berlaku pada Semangat 46 dan PKR ketika awal penubuhan, tidak berlaku kali ini.

Manakala DAP pula difahamkan, telah 'diarahkan' oleh Muhyiddin Yassin agar tidak berceramah atau dilihat berkempen bersama-sama dan untuk Cap Bunga bagi mengelakkan Cap Bunga dijauhi penyokong-penyokong Melayu-Bumiputera.


6 comments:

Anonymous said...

Susah la kalau mcm tu...suruh saari sungip pu bertaubat jgk..sebab dia masuk ISA pun mesti ada kesalahan...hihi..

Anonymous said...

Saari Sungep!!!

Sekali Tun NGAP kaupon NGEP!!!!

Anonymous said...

Didalam keadilah mahkamah "Not guilty tidak bermakna seseorang itu "innocent". Ini adalah kerana pihak pembela dapat menimbulkan keraguan yg munasabah sahaja .Lebih2 lagi jika anda mempunyai wang yg banyak untuk mengupah peguam yg handal!.

Anonymous said...

Menantu cina dapigs, besan cina dapigs, gundik cina dapigs....sekarang mah yee ting dah jadi hanjing dapigs.....memang patut pun pengkhianat dihalau dari UMNO.

Anonymous said...

Saari pun apa kurangnya...kena minta jgk sbb lompat parti.

Anonymous said...

Sungip ni siapa? Femes ke dia? Bagus sangat ke mamat ni? Atau dah lama tak dapat publisiti itu yang tetiba nak buat news?

Politician pun macam artis jugak, lama tak masuk surat khabar/tv/blog alamat berkuburlah karier. Itu pasal terpaksa cari idea cipta kontroversi macam bapok nama Azuan ke sapa tah..

 
Blogger Templates