Monday, September 12, 2016

SEMEMANGNYA BANYAK KETUA BAHAGIAN DAN PENGERUSI BAHAGIAN YANG LAYAK MENYERTAI CAP BUNGA!!!



Heboh dan kecoh selain paluan tong-tong kosong daripada para pengikut, pentaksub dan pengkagum totok Mahathir apabila Pengerusi Tetap merangkap bekas ADUN di Gelang Patah dan bekas Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kulai keluar dari UMNO dan menyertai Cap Bunga atas alasan klise.

Dan pada masa yang sama, Mukhriz Mahathir, si boboi yang terbukti menjadi Menteri Besar Kedah paling tak berguna, paling kuat bergaya dan berlakon tetapi SATU KERJA PUN TAK PANDAI BUAT segera membuat andaian terbaharu setelah tiada ADUN atau Ahli Parlimen UMNO yang meninggalkan parti dan menyertai Cap Bunga selepas Cap Bunga diluluskan oleh ROS.

Sebenarnya bukan sahaja Baharom Abdul Ghani dan Tosrin Jarvanti yang sangat layak untuk keluar UMNO kemudian menyertai Cap Bunga, bahkan ramai lagi.

Baharom Abdul Ghani dan Tosrin tidak menyumbang apa-apa kepada UMNO-BN pada PRU memandangkan kedua-dua kawasan mereka telah jatuh ke tangan DAP. Dengan kata lain, mereka memang tidak bekerja, tidak buat kerja dan tidak tahu bekerja.  Melabelkan mereka sebagai pemimpin UMNO dan kemudian menghebatkan mereka dengan ilusi yang bukan-bukan hanya cukup untuk menunjukkan pihak yang menerima kemasukan mereka sebagai sudah golongan tersentap yang terpaksa berbohong dan mempercayai pembohongan sendiri demi untuk rasa bangga.

Dengan gerakan sedang giat untuk menarik Timbalan-Timbalan Ketua UMNO Bahagian yang dijalankan di seluruh negara, mungkin ada baiknya kalau Cap Bunga menumpukan perhatian kepada Bahagian-Bahagian yang sepanjang PRU, tidak menyumbang apa-apa kerusi pun untuk BN apatah lagi untuk UMNO terutama Bahagian-Bahagian yang pemegang kerusi Parlimen atau ADUNnya adalah DAP dan PKR.

Ditambah pula dengan Bahagian-Bahagian yang berada di kawasan-kawasan yang dimenangi oleh BN tetapi pemimpin-pemimpinnya mempunyai cita-cita besar untuk menjadi tidak sahaja Ketua Bahagian tetapi juga calon PRU, Cap Bunga boleh meraih perhatian dan sokongan mereka dengan mudah dan pantas. Nak pantas lagi, berjanjilah bulan dan bintang ditambah pula dengan dana-dana daripada taukeh-taukeh yang dibela oleh Mahathir termasuklah Tan Sri Arumugam yang sudah tentu tidak akan bakhil untuk mengeluarkan modal untuk Mahathir seperti dulu-dulu. Vincent Tan dan Francis Yeoh dan Ananda Krishnan juga tidak akan menolak untuk membalas budi sambil menanam saham setelah kekayaan serta kemewahan mereka dikecapi dari zaman pentadbiran Mahathir.

Para penyokong dan totok-totok Cap Bunga mahupun terhadap Mahathir, sudah boleh kembang lubang punggung sekarang sebab 'pemimpin-pemimpin UMNO' yang berpotensi sudah siap untuk ditarik masuk ke dalam Cap Bunga.


3 comments:

Anonymous said...

Elok ssgt berambus... buat semakkk ajerrr...!! Muko dah lamo konyang skg dah lapar balik.... muko bodoh sombong dulu2 tuuu..

Anonymous said...

Jenis manusia lupa daratan. Dah kembong perut bika dah kempis mula la nak cari dunia baru elokla org mcm ni keluar. Lgipun org ini tiada sokongan lg. Inilah sebenarnya petualang. Bukan pejuang. Clean Umno from this dirt.

Anonymous said...

sementara ada kuasa ni, buat la sesuatu yg boleh dibanggakan sikit..jgn syok sendiri sgt..jgn lepas tersungkur nanti, macam2 alasan lagi timbul..jawab la kat mahkamah nanti..

top