Social Icons

Pages

BULETIN 247

Thursday, September 8, 2016

TI LIAN KER KATA TAKTIK MENAKUT-NAKUTKAN MELAYU DAH TAK LAKU, TAPI FITNAH KERTAS SOALAN UPSR DIVIRALKAN BUKAN MELAYU!!!



Puak tertentu di Malaysia tetap tidak senang dengan Perlembagaan Persekutuan yang memberikan kedudukan dan keistimewaan kepada Melayu-Bumiputera, Islam, Raja-Raja Melayu dan Bahasa Melayu. Mereka akan menggunakan apa sahaja cara termasuklah berselindung di sebalik nama PERPADUAN.

Gambaran yang diberikan ialah negara ini DIJAJAH OLEH MELAYU, Bumiputera dipinggirkan kerana mereka tidak beragama Islam, Islam digunakan oleh para pemimpin Melayu untuk mengsengsarakan golongan bukan Islam serta golongan liberal, bahasa-bahasa lain telah dianaktirikan untuk digantikan dengan Bahasa Kebangsaan kerana pada mereka, Bahasa Kebangsaan memundurkan negara ini dan Melayu khususnya adalah satu bangsa yang perlu diperlekehkan kerana tidak mendatangkan keuntungan kepada negara ini melainkan tamak kuasa, rasuah dan penjenayah besar.

Jadi, elemen-elemen inilah yang mereka gunakan untuk membuat fitnah.

Fitnah terbaharu adalah dengan menviralkan kononnya contoh kertas soalan UPSR yang bertujuan untuk menimbulkan kemarahan terhadap orang Melayu dan Kerajaan yang dilihat terlalu melebihkan orang Melayu.


Ramai yang percaya dengan apa yang mereka lihat di dalam Facebook dan media sosial membabitkan fitnah ini. Penafian segera yang dibuat oleh Timbalan Menteri Pelajaran, P.Kamalanathan dianggap sebagai cubaan untuk menutup dan membela pembohongan tersebut.


Anehnya, pada masa yang sama, jurucakap MCA, Ti Lian Ker berkata, politik menggunakan bangsa sudah tidak laku lagi di negara ini. Politik yang menakut-nakutkan orang Melayu, dianggap sebagai sudah lapok walaupun hakikatnya, Melayulah yang sebenarnya dijadikan dan menjadi mangsa dalam politik perkauman sempit yang melibatkan pihak-pihak tertentu yang langsung tidak berani diusik oleh Ti Lian Ker.


5 comments:

Anonymous said...

Konsep songsang Bumiputera tidak dapat diterima. Satu konsep yg di bawa utk diterima pakai buat 5 thn hanya utk membangunkan Melayu yg miskin digunakan UMNO utk rasuah selama 6 dekad. Bumiputera bukan Islam dipinggirkan. Bukan Melayu tak ada dlm peta Malaysia, tak nampak langsung kecuali Cina yg berusaha sendiri. Tunggu saja masa utk retak kerana ketamakan melayu yg luar biasa. Sultan Johor dah menghidu ini. Madirlah org yg bertanggungjawab keatas kegagalan Malaysia.

Anonymous said...

Semua ni perbuatan CELAKA.

Anonymous said...

Aku melayu malaysia... Aku sokong cina mca ni... Umno bagi aku da x beguna sesen pon... Pg mampos sama umno

Anonymous said...

Lawak antarabangsa komen ko ni..dasarnya DEB diwujudkan untuk org melayu dan bumiputra..hak yg termaktud dalam perlembagaan.. bumiputra bukan silam tak dipinggirkan jika tak Sabah/Sarawak masih pakai cawat.
Kaum lain korang bebas cari rezeki masing2 tanpa halangan atau sekarang.
TDM yang memperkenalkan dasar ni untuk kaum melayu dan bumiputra dan berjaya meningkatkan ekonomi melayu..
Kaum lain yang tak puas hati. Pick up your beg an leave..
Cina balik China
India balik India..
Tak org yang paksa kamu stay di Malaysia..
Nenek/goyang orang melayu dulu2 dan Kira baik hati sanggup bersetuju memberi taraf kewarganegaraan kepada kaum lain pada masa tu..taraf kewarganegaraan yang membolehkan kamu hidup senang senang sekarang..
Tu pun tak tahu bersyukur dan banyak bunyi..

Anonymous said...

Wah marah bebenor awak kat Umno yer..kalau tak suka Umno pg sokong Pas ke Pkr ke Dap kita...apa kita orang kisah...Umno tetap pujaan hatiku dulu kini dan selamanya

 
Blogger Templates