Social Icons

Pages

BULETIN 247

Wednesday, September 28, 2016

TIAN CHUA DIHUKUM PENJARA DAN DENDA.... TAK MENAKJUBKAN PUN!



Tengok di timeline, bukan main seronok lagi sebahagian orang apabila Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, didapati bersalah kerana menghasut dan telah dijatuhi hukuman penjara selama 3 bulan serta denda RM1,800.

Hukuman dan denda tersebut bagaimanapun, tidak menghilangkan kelayakan Tian Chua sebagai Ahli Parlimen. Dia masih kekal sebagai Ahli Parlimen walaupun dipenjarakan dan didenda. Ini adalah kerana, denda yang dikenakan kepadanya tidak lebih dari RM2,000 dan hukumannya pula kurang dari setahun. Hanya denda RM2001 dan penjara setahun sahaja yang boleh menghalang Tian Chua daripada terus menjadi Ahli Parlimen, sekurang-kurangnya untuk tempoh 5 tahun selepas dia selesai menjalani hukuman penjaranya.

Keputusan Mahkamah Tinggi siang tadi, belum lagi mutlak memandangkan Tian Chua berjaya mendapatkan perintah menangguhkan hukuman sementara menantikan rayuannya difailkan. Tian Chua yang pasti, akan mempunyai masa yang lebih panjang untuk berbuat sekehendak hatinya termasuklah menimbunkan lagi hasutan sepertimana yang sering dilakukannya terutama sekali menjadi demonstrasi BERSIH 5 yang bakal diadakan tidak lama lagi.

Walaupun ada kebarangkalian untuk Mahkamah Rayuan mengekalkan hukuman atau menambahkan lagi hukuman berdasarkan fakta dan keputusan Mahkamah Tinggi, tetapi tidak kurang juga kes di mana Mahkamah Rayuan berpihak kepada perayu dan kemudian melupuskan hukuman serta denda yang telah dikenakan oleh Mahkamah Tinggi. Dan selepas Mahkamah Rayuan, masih ada lagi Mahkamah Persekutuan.

Itu adalah proses perundangan di negara ini. Proses yang acapkali dikatakan dan dituduh oleh para pemimpin dan penyokong pembangkang bahawa dikuasai oleh UMNO-BN walaupun pada masa yang sama, lebih banyak kes berpihak kepada pembangkang ketika menentang Kerajaan atau entiti kerajaan sama ada menerusi kemenangan teknikal mahupun fakta.

Jadi, jangan gembira sangat dengan keputusan Mahkamah Tinggi ke atas Tian Chua. Malah Tian Chua sendiri pun tak kelihatan bimbang pun kerana dia tahu, proses mahkamah untuk melepaskannya masih panjang.


No comments:

 
Blogger Templates