Sunday, October 30, 2016

ANEH, MENGAPA MAHATHIR PERLU GUNAKAN KHAIRUDDIN UNTUK PAKSA MUHYIDDIN LETAK JAWATAN PRESIDEN PARTI CAP BUNGA!!!



Bagi sesiapa yang mengikuti perjalanan politik Mahathir, terutama sekali sepak terajang dan helah perdayanya, sudah pasti semua akan tahu, Mahathir tidak pernah berani untuk berhadapan satu sama satu dengan mana-mana orang yang dia benci atau anti.

Bermula dari sejarah dengan Almarhum Tunku Abdul Rahman, Mahathir menggunakan Sulaiman Palestin dan Jaafar Albar (kedua-duanya sudah Allahyarham), manakala pada zaman dia menjadi Perdana Menteri setelah menggunakan beberapa orang pemimpin UMNO lain untuk mendesak Allahyarham Tun Hussein Onn melepaskan jawatan, nama-nama seperti Anwar Ibrahim, Sanusi Junid, Megat Junid, malah Najib Abdul Razak juga telah digunakan untuk mengenepikan Tengku Razaleigh Hamzah, Ghafar Baba, Abdullah Badawi dan ramai pemimpin UMNO yang lain sekaligus menjadikan Mahathir sebagai 'kuasa tunggal' dalam UMNO.

Nampaknya, Mahathir masih lagi menggunakan kaedah yang sama apabila dia dilihat menggunakan Khairuddin Abu Hassan, yang cukup digelar oleh netizen sebagai Din Selfie bagi mengenepikan Muhyiddin Yassin dan memberikan laluan mudah kepada anak lelakinya, Mukhriz Mahathir untuk menjadi Presiden Parti Cap Bunga selepas Perhimpunan Agung pertama parti berkenaan.


Menjadikan isu dan skandal Muhyiddin Yassin yang telah masuk ke mahkamah dan hasilnya ialah perceraian sepasang suami isteri dengan afidavit si suami yang menceritakan tentang hubungan sulit isterinya dengan Muhyiddin Yassin.

Tiada sebarang tindakan undang-undang atau saman yang dibuat oleh Muhyiddin Yassin terhadap bekas DPP itu walaupun kes perceraian tersebut mendapat liputan media kecuali menyatakan, dia telah difitnah ketika berceramah dan berkempen memburuk-burukkan UMNO sebaik-baik sahaja dia dipecat dari parti itu.

Khairuddin Abu Hassan dalam temubualnya menerusi telefon yang disiarkan oleh AntaraPos menyatakan dia akan membuat satu pendedahan sekiranya dia diserang oleh Parti Cap Bunga berhubung tindakannya keluar parti.


Tindakan Khairuddin mengeluarkan 'amaran keras' itu selain beberapa tindakan keluar parti oleh individu-individu tertentu yang mensabitkan tindakan mereka kepada perilaku dan skandal Presiden parti, cuba dilihat mempunyai kaitan rapat dengan Tun Dr. Mahathir.

Apatah lagi, bukan satu rahsia lagi yang Khairuddin Abu Hassan merupakan pengikut Mahathir yang paling tegar.

Persoalannya, adakah ini merupakan satu tindakan Mahathir yang mencari jalan pintas untuk memudahkan anak lelakinya, Mukhriz Mahathir mencari jalan pintas menggapai kuasa selepas gagal dalam UMNO?

Andaian dan persoalan tindakan serta kenyataan Khairuddin Abu Hassan itu kini sedang menjadi topik perbincangan hangat di lokasi-lokasi politik jalanan dan dikaitkan dengan tindakan Mahathir yang seringkali bertindak dengan 'lempar batu sembunyi tangan.'


3 comments:

Anonymous said...

Buat apa tulis blog saja? Kalau pandai sangat dan berani pi la tanya atau sergah Tun M.. Hangpa di semua penakut dan tak ada ammo dah. Pandai mencaci dan memfitnah saja.

Anonymous said...

termakan cili pulak anon 10.25am..kikiki

Anonymous said...

Tun M lawan dengan janda yang dok kat rumah pon kalah kat PRK Kuala Kangsar. Dia kata kononnya calon BN akan hilang wang pertaruhan. Tak boleh percaya lah kat orang tua ni.

top