Monday, October 3, 2016

EZAM KELUAR UMNO!!! BELALAH LAGI ULAR BERBISA DALAM RUMAH SENDIRI!!!



Di tengah-tengah kerancakan berita tentang hancurnya PKR di Sabah selepas Lajim Ukim dan kawan-kawannya keluar dari parti tersebut dengan alasan enggan menerima arahan daripada orang luar Sabah untuk Sabah, UMNO pula terpukul dengan tindakan bekas orang kuat Anwar Ibrahim, Ezam Mohd Nor yang mengisytiharkan diri keluar dari UMNO.

Desas-desus tentang Ezam Mohd Nor yang cukup terkenal dengan cerita enam kotak bukti, hendak keluar dari UMNO sebenarnya sudah kedengaran lebih tiga bulan lalu apabila jawatannya sebagai Senator tamat tempoh.

Kemasukan Ezam Mohd Nor ke dalam UMNO selepas memberikan buah pukulan kepada bekas majikan dan ketuanya dalam isu liwat, sebenarnya tidak memberikan sebarang keuntungan kepada UMNO, sebaliknya lebih menguntungkan Ezam Mohd Nor sendiri.

Sentuhan ajaibnya semasa bersama-sama Anwar Ibrahim dan PKR sudah lama hilang. Walaupun sebahagian besar pengikutnya turut menyertai UMNO, tetapi mereka juga sama sepertinya, menjadikan UMNO sebagai medium untuk mengumpul kemewahan dan pemudahcara.

Dilantik sebagai Pengarah Komunikasi di Kementerian Kewangan dengan pangkat JUSA, Ezam Mohd Nor ditatang bagaikan anak emas, walaupun sebenarnya dia tidak memberikan sebarang jasa kepada UMNO pun, melainkan mengutuk dan mencerca Anwar Ibrahim dan keluarganya.

Sudah banyak pihak sama ada di dalam UMNO, mahupun yang menyokong UMNO tetapi bukan ahli UMNO yang memberi ingat tentang bahayanya orang seperti Ezam Mohd Nor diberikan kepercayaan yang luar biasa besarnya. Cerita tentang BUKTI ENAM KOTAK yang seringkali dijaja oleh Ezam Mohd Nor semasa dia masih bersama-sama PKR, sudah cukup untuk membuktikan, Ezam Mohd Nor tidak lebih daripada seorang oportunis yang bijak memanipulasikan keadaan demi kepentingan dirinya.

Ingatan demi ingatan tentang bahayanya golongan bersalin kulit seperti Ezam Mohd Nor, langsung tidak dipedulikan oleh pucuk pimpinan UMNO, sebaliknya mereka yang sebelum ini tidak sahaja mencerca dan mengutuk UMNO, bahkan mengencing dan membakar bendera dan bersumpah tidak akan sama sekali masuk UMNO, apabila menyertai UMNO, diberikan pelbagai jawatan-jawatan berpendapatan lumayan serta kuasa yang amat besar. Manakala golongan yang setia mempertahankan UMNO sama ada ketika majoriti melihat UMNO seperti sampah, mahupun pada ketika majoriti menyayangi UMNO, langsung tidak dipedulikan dan dihargai.

Taktik keluar UMNO, menentang UMNO dan kemudian menyertai UMNO semula dengan imbalan-imbalan luar biasa, sudah menjadi pemandangan biasa tetapi amat menyakitkan hati bagi golongan yang sentiasa setia dengan UMNO.

Ezam belum membuat sebarang keputusan untuk menyertai mana-mana parti politik walaupun ramai yang mengatakan, Ezam sedang berusaha untuk kembali semula ke dalam PKR melalui penyingkiran Azmin Ali sama ada daripada jawatan Menteri Besar Selangor mahupun sebagai Timbalan Presiden PKR.

Namun yang pasti, Ezam Mohd Nor pasti akan menjaja pelbagai cerita berdasarkan 'bukti-bukti' sepertimana yang dilakukannya dahulu. Mungkin sedikit canggih dan berteknologi tinggi, 'KOTAK-KOTAK' akan digantikan dengan 'PENDRIVE' atau 'EXTERNAL HARDISK' mahupun salinan PDF. Yang pasti, Ezam Mohd Nor akan menggunakan kembali taktik dan teknik seperti dia di dalam PKR dahulu.

Kepimpinan UMNO bolehlah meratap dan menghiba kerana tertipu dengan lakonan Ezam Mohd Nor. Tetapi pada masa yang sama, terima jugalah kecaman daripada marhein-marhein UMNO yang sudah lama memperingatkan tentang Ezam Mohd Nor dan kawan-kawannya yang masih lagi bersarang dalam UMNO sambil membuncitkan perut mereka dan menunggu masa untuk menunjukkan belang masing-masing.

Nak buat macam mana kalau suka sangat bela ular berbisa dalam rumah sendiri... sekarang, kenalah tanggung risiko dipatuk!!!


8 comments:

Anonymous said...

umno memang selalu kena tipu.... pemimpin2 dh kaya raya tujuh keturunan mkn tak habis.. memang tk kisah kena tipu....memang sama2 menipu...mana2 party pun sama jer..

Anonymous said...

Dia ni cari makan. Masuk UMNO kerana cari makan bukan perjuangan. Baguslah dia keluar. Senang orang lain nak buat kerja.

Anonymous said...

Itulah nasihat bijak pandai, hidup ini perlu berilmu.Kalau tiada ilmu, mudah kita dihanyutkan umpama daun kering dilongkang yang kotor.Kakau ada ilmu mudah bertukar kulit macam Ezam tu.Senang kata laku lah.Yang mengaku ahli setia itu adalah orang yang tiada ilmu, lembap dan tiada ciri2 pemimpin.Siapa yang hendakkan mereka yang slow dan bengap ian? Jadi jangan jeles, tapi tingkatkan ilmu dan ketrampilan diri dan bukan setiap masa jadi oak turut saja.

Anonymous said...

Orang kalau hidupnya mcm lalang..tak selamat...kat dunia lagi dah dihina nanti kat padang mahsyar.. Lagilah..so jadi manusia biar jujur walau pun tiada kuasa dan harta.insan begini lagi mulia di sisi Allah

Anonymous said...

Apa2 parti pun perlu hindarkan orang yg suka melompat katak macam ni. Ia merbahaya kerana sikap berpura2, berlakun dan munafik. UMNO perlu lebih berhati2.

Anonymous said...

Macamlah umno tu Islam sangat!Dalam umno yang bagusnya penyokongnya.Yang ada jawatan , ramai yg hampas, munafik, pandai berlakun , dll macam awak cakap tu lah.Cubalah buat research sikit.Jangan jadi pak turut tegar tanpa usaha untuk cari kebenaran.

Anonymous said...

macam kau tu alim sgt...ustaz kerrr ko

Anonymous said...

Dalam pas ramai yg munafiq pakai saja kopiah bersarban tapi baling sampah luar tingkap. Klau d luar dah pengotor mentalah lagi dlm hatinya. Hitam seperti tar...

top