Social Icons

Pages

BULETIN 247

Monday, October 17, 2016

KECOH SEBAB NAK ROBOHKAN KLCC... LEGASI SYARIKAT-SYARIKAT LINTAH DARAT YANG MELEKAT KAT GLC WARISAN MAHATHIR, KENAPA TAK SENTUH LANGSUNG?



Kecohlah cerita yang Salleh Said Keruak mahu merobohkan KLCC sebagai usaha merobohkan legasi Tun Dr. Mahathir.

Kata mereka, mengapa hanya KLCC, musnahkan juga Seri Perdana, Putrajaya, Cyberjaya, Lebuhraya dan segala infrastruktur yang telah dibina pada zaman Mahathir. 

Bagaimanapun, sama ada mereka benar-benar tolol berbahasa Inggeris atau sebenarnya mereka cuba memutarbelitkan kenyataan Salleh Said Keruak yang sebenarnya. 

Kata Salleh Said Keruak dalam Bahasa Inggeris: 

"We are NOT DESTROYING Mahathir's legacy as he alleged - which is why we are NOT DESTROYING KLCC." (RUJUK SINI, SINI, SINI dan SINI)

Namun timbul persoalan, mengapa puak-puak pentaksub yang kecil otaknya hanya melihat infrastruktur sebagai tinggalan atau warisan Mahathir sedangkan kesemuanya dibangunkan menggunakan wang rakyat? Mengapa tidak mempersoalkan tentang Kencana Petroleum, Perwaja, Maminco, Makuwasa, Opcom, Petron, Konsortium Perkapalan, Tongkah, Reliance Pacific dan sebagainya sebagai warisan atau legasi Tun Dr. Mahathir yang telah menjana kekayaan dan kemewahan luar biasa menggunakan wang rakyat dan berleluasa pada zamannya, yang jumlahnya lebih RM100 bilion melalui pencurian secara halal dan dalam negeri berbanding RM2.6 bilion wang derma yang dimasukkan ke akaun Najib dari sumber luar negara, bukannya wang rakyat Malaysia?

Bahagian perkataan 'NOT' mana yang langsung tidak difahami atau sukar difahami atau ditolak oleh puak-puak pentaksub yang sedang berputar belit ini?

Sesuatu yang pasti dan tidak boleh dinafikan ialah, KLCC sememangnya satu kebanggaan dan legasi penting kepada Mahathir dan kroninya. 

- 1988, Kerajaan mengeluarkan arahan pengambilan tanah dan pengosongan kepada Kelab Lumba Kuda bagi pembinaan KLCC pada harga tanah nominal. 

- 1989, Petronas membeli 50% kepentingan tanah tersebut daripada Ananda bernilai RM600 juta sekaligus membolehkan Anda membuat keuntungan berjumlah RM900 juta dalam tempoh 2 tahun sahaja. 

- Arkitek diimport dari Argentina manakala Menara 1 dibina oleh Korea, Menara 2 dibina oleh Jepun menggunakan buruh-buruh Indonesia. 

- Dibiayai sepenuhnya oleh duit minyak Petronas.

Mengapa fikiran dan tanggapan para pentaksub Mahathir begitu cetek? Yang dipertikaikan sekarang adalah syarikat-syarikat kroni yang menjadi lintah darat sehingga menyebabkan entiti kerajaan dan GLC yang ditubuhkan, sentiasa mencatatkan kerugian berbanding syarikat-syarikat lintah darat tersebut?

Apatah lagi, KLCC sebenarnya adalah legasi Ananda Krishnan yang menggunakan duit Petronas hasil campurtangan Mahathir, berbanding legasi yang membanggakan Mahathir. Apa yang mereka jadi sensitif sangat?

10 comments:

Unknown said...

Robohlah semua legasi Tun Mahadir, biar Malaysia
jadi PADANG JARAK, PADANG TERKUKUR.......KIHKIHKIH.
Nak merepek tu, kena pandang kiri kananlah, jangan
jadiSi Keuak dan Mat Mslan, otak letak kat lutut.
Dalam menghapuskan legasi Tun Mahdir, perkara
pertama di mansuhkan ialah UMNO BARU.
Najib patut malu, dia jadi Presiden UMNO BARU,
legasi Tun DSr.Mahadir.
Kalau berani, mansohkanlah UMNO,
tubuh party baru.

Anonymous said...

Masakan tak sensitif kalau sumber dedak selama 22 tahun berdepan ancaman. Semuanya tentang dedak, kalau dapat dedak legasi 22 tahun semuanya betul dan halalan.

Anonymous said...

NEP sepatutnya untuk golongan sasar tapi urusan penjualan tanah pada 1991 melibatkan Petronas menampakkan ianya seumpama alat untuk golongan tertentu diberikan "tongkat afirmatif". Tak hairanlah kalau NEP tidak capai sasarannya.

Anonymous said...

Cara halus tapi terang dan tak perlu bersuluh bagi hapus legasi ialah buat terowong bawah laut meskipun sudah ada dua jambatan retas PP. Itupun MalasKini buat-buat tak nampak!

Ted Manoff said...

Bapak ko Punya Umno bolehlah ngko mansoh

Anonymous said...

bro hisap apa? high nampak ...

Anonymous said...

ngapalah bodoh benor minah katek gemok gedempol ni.
sembang cerodek. bodoh rupanya. cuma baca tajuk jer. macam 1mdb tu jugak. orang 1mdb dia 1mdb. macam burong tekukor. tuan dia petik jari...dia angguk kukurrr kukurrr.....

Anonymous said...

memang betul apa...kalau tak ada dedak...bolih tahan ke 22 tahun.

Anonymous said...

Ted manoof memang betul. Bukan bapak kak minah punya. Sebenarnya bapak dia yg punya. Dia ni pandai beb. Semua cakap dia yg betul. Macam najiblah dia ni ..cuma dia pandai sikit je dari najib

Anonymous said...

derma tengkorak hg la..hg bodoh sorg sudah haha

 
Blogger Templates