Social Icons

Pages

BULETIN 247

Monday, October 3, 2016

KEMPEN 'SABAH FOR SABAHANS' BENAMKAN PKR DAN DAP SABAH TERLEBIH DAHULU!!!



Sudah lama sentimen 'Sabah For Sabahans' didendangkan dan dipromosikan. Walaupun pada mulanya, kempen tersebut kelihatan tidak begitu berkesan, terutama sekali apabila yang menggerakkan kempen tersebut adalah Doris Jones yang semua tahu, dia hanyalah seorang penduduk Sabah bukan pribumi, tetapi sentimen tersebut yang turut dimainkan oleh sebilangan pemimpin politik pribumi seperti Jeffrey Kitingan, akhirnya menjadi lebih meluas.

Ada sebab mengapa ramai rakyat Sabah yang tidak berpuas hati terutama sekali dengan ancaman keselamatan yang datangnya daripada selatan Filipina menerusi kes-kes culik oleh Abu Sayyaf dan kumpulan militan rentas sempadan.

Selain itu, kes Projek IC yang melibatkan Tun Dr. Mahathir, juga semakin banyak diperkatakan walaupun isu tersebut sepatutnya sudah lama ditutup. Semuanya bermula apabila Lim Kit Siang mengungkit tentang Projek IC yang dikatakannya telah mengubah Sabah buat selama-lamanya.

Kempen 'Sabah for Sabahans' akhirnya menjadi realiti apabila DAP dan PKR kehilangan pemimpin, ADUN serta Ahli Parlimen mereka apabila beberapa orang pemimpin penting DAP dan PKR Sabah mengumumkan keluar dari parti. Kesemua mereka dikhabarkan akan menyertai parti pelbagai kaum yang ditubuhkan oleh Shafie Apdal, bekas Naib Presiden UMNO.

ADUN DAP Likas dan Setiausaha DAP Sabah, Junz Wong, wakil rakyat Klias PKR dan Ketua PKR Sabah, Lajim Ukin, wakil rakyat Moyoq dan Ketua Penerangan PKR Sabah, Terence Siambun, Joan Goh yang merupakan Timbalan Ketua DAP Sabah, George Hiew yang merupakan Naib Pengerusi DAP Sabah dan Bendahari DAP Sabah, David William membuat keputusan tersebut, sekaligus meranapkan harapan DAP untuk menawan Sabah pada PRU akan datang.

DAP, PKR, malah UMNO sendiri seringkali dilabelkan sebagai PARTI SEMENANJUNG walaupun UMNO Sabah sepenuhnya dikuasai oleh orang Sabah. Malahan UMNO masuk ke Sabah pun membabitkan USNO apabila parti tertua Sabah itu, diserap sepenuhnya ke dalam UMNO.

Sentimen 'Sabah for Sabahans' yang dipopularkan oleh Doris Jones dan DAP Sabah, kini digunakan sepenuhnya oleh Shafie Apdal untuk meraih sokongan daripada para pengundi di Sabah pada PRU akan datang.

Walaupun terdapat jaminan bahawa kedudukan UMNO Sabah tidak akan goyah, tetapi sentimen 'Sabah for Sabahans' yang sebelum ini dipandang enteng, bakal menjadi ancaman sekiranya UMNO berterusan menanam anggapan bahawa mereka tidak terjejas!!!

Kalau Lim Guan Eng pun mula diserang gelabah, mengapa pula para pemimpin UMNO Sabah boleh berasa senang hati?


4 comments:

Unknown said...

Jangan terlalu gembira bertepok tangan bila dua orang
ADUN PKR & DAP keluar party dan join party Shafiee Afdal.
Lepas ni berjangkit pulak kepada ADUN umno!.
HARHARHARHAR..............PADAN MUKA!!!!!
DAP & PKR takda masalah sebab mereka tetap geng PAKATAN.
Tapi umno akan hilang SIMPANAN TETAP......HEHEHE.
Ubahlah sempadan di Semenanjung, tetap akan kalah
b ila 'SIMPANAN TETAP' dah hilang.
Tinggal serdak-serdak di Semenanjung.
Bersedialah Najib ......I am waiting for that day.

Anonymous said...

Umno perasaan bahawa dia org akan tawan Sabah dgn mudah di pru14 nanti ke? Umno mesti rasa cemas dan siap sedia untuk tinggalkan Sabah.Shafie Afdal sedang berusaha keras menyatupadukan.pembangkang diSabah.Dibawah satu panji2.Jadi sampai pru14 mudah untuk lawan satu sama satu dgn bn/umno.Tak payah mahu berebut2 letak calon.Bila satu lwn satu ,bn pasti goyah.Tengoklah nanti.Tapi orang Sabah mesti kuat pendirian.Jangan BELOT! Jangan mudah cair bila nampak duit dan wiski.Sabah bah!

Anonymous said...

Sabah For Sabahan tapi yang mainkan isu ini ialah parti DAPigs daripada semenanjung .. kakakaka bodoh

Anonymous said...

Ko memang bodoh!!!

Mereka letak jawatan untuk menyertai parti kelahiran negeri itu.

 
Blogger Templates