Wednesday, October 19, 2016

KENAPALAH NAJIB BINA JAMBATAN UNTUK RAKYAT... BUKANKAH LEBIH BAIK BINA KLCC2 DI SARAWAK UNTUK TEMPAT LEPAK-LEPAK ORANG KAYA DAN KAPITALIS UTAMA!!!



Beberapa pihak yang memperjuangkan Sarawak keluar dari Malaysia, mula mempersoalkan tentang keberadaan Sarawak dalam Malaysia. Malah ada yang cuba mengungkit kononnya, Malaysia mengaut keuntungan berganda daripada hasil petroleum Sarawak setelah Petronas mengambilalih dari Shell pada tahun 1980-an.

Kata mereka, Persekutuan Malaysia terhutang sepenuhnya kepada Sarawak kerana Malaysia mendapat pendapatan besar daripada telaga-telaga minyak di Sarawak walaupun pada masa yang sama, mereka tidak langsung menyebut tentang telaga-telaga minyak serta pelaburan-pelaburan Petronas yang dibuat di luar negara termasuklah di Kanada yang sudah tentu tidak berada dalam Sarawak.

Tidak dapat dinafikan, Sarawak dan Sabah memang tertinggal dalam banyak perkara terutama dalam isu pembangunan kerana banyak faktor terutama sekali keluasan dan geografi kedua-dua negeri tersebut. Pentadbiran-pentadbiran sebelum ini, perlu diakui, agak lambat memberikan tumpuan kepada Sarawak dan Sabah memandangkan wujudnya birokrasi autonomi dan sebagainya.

Bagaimanapun, pentadbiran Najib telah mereformasikan keadaan tersebut. Berbeza dengan 22 tahun pentadbiran Mahathir yang disifatkan malah seringkali dibangga-banggakan sebagai mengharumkan nama Malaysia di mata dunia, Najib ternyata lebih mengutamakan kemudahan untuk rakyat seperti pembinaan UTC, RTC, Klinik 1Malaysia dan sebagainya.

Terbaharu, pembinaan jambatan Batang Sadong yang dimulakan pada 2011 bagi kegunaan lebih 50,000 orang penduduk sekitar, telah pun siap dan dirasmikan.

Ada cakap-cakap yang barangkali tidak menggunakan otak, mengapa Najib tidak membina KLCC2 di Sarawak sebagai membalas kembali 'jasa' Sarawak kepada Semenanjung dan Malaysia. Kumpulan tersebut menjadikan kemegahan-kemegahan zaman Mahathir sebagai mercutanda yang boleh diagung-agungkan walaupun manfaat kepada rakyat kebanyakan yang merupakan majoriti, tidak sebesar mana.

Mungkin ada benarnya juga, mengapa Najib tidak membina menara tertinggi di dunia di Sarawak untuk tempat lepak-lepak golongan kaya dan ternama? Mungkin ada baiknya juga kalau Najib bina lapangan terbang antarabangsa yang sangat megah dan menjadi masyhur di seluruh dunia walaupun syarikat-syarikat penerbangan menarik diri dan berpindah ke lapangan terbang lain seperti Changi sepertimana yang berlaku kepada Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA. Atau barangkali elok juga, Najib bina litar lumba F1 di Sarawak supaya ia boleh ditonton dalam siaran sukan televisyen berbayar  mahupun percuma kerana sukan tersebut adalah bukan sahaja berteknologi tinggi tetapi hanya mampu dipandang oleh rakyat kebanyakan.

Najib sepatutnya mengulangi semula apa yang dilakukan oleh Mahathir. Rakyat hanya perlu diajar pandang, lihat, dan kemudian berbangga. Selepas itu, rakyat yang terpaksa menanggung dan membayar untuk tempoh konsesi yang infiniti tempohnya.

Untuk apalah Najib buat semua benda-benda cikai bagi kemudahan rakyat, sedangkan yang diperlukan sekarang adalah kemegahan-kemegahan luar biasa seperti KLCC yang rakyat kebanyakan, jangankan hendak menyewa, memiliki satu unit premisnya pun hampir mustahil.

Najib perlu buat benda-benda mega untuk golongan kaya dan ternama, untuk golongan kapitalis dan perompak penyamun yang berlagak sebagai taukeh tetapi menentukan hala tuju negara ini termasuklah dalam isu pembayaran cukai sepertimana yang sedang diperjuangkan oleh Mahathir masakini.

Buat jambatan untuk rakyat kebanyakan?

Tak megah dan tak popular!!!

1 comment:

Anonymous said...

Megah di hati rakyat biasa...yang berjuta berbanding megah di hati rakyat elit tapi ciput...so.mana yang penting...rakyat biasalah

top