Social Icons

Pages

BULETIN 247

Thursday, October 27, 2016

KENYATAAN TONY PUA BAHAWA KAKITANGAN AWAM ADALAH MEMBEBANKAN, PERLU DISOKONG OLEH KAKITANGAN AWAM SENDIRI!!!



“Membenarkan mereka mengambil gaji tanpa bekerja, lebih baik daripada mereka bekerja dan membebankan kerajaan,” kata Tony Pua dipetik Mkini pada forum berbahasa Mandarin bertajuk “Menganalisis Bajet 2017” di Dewan Perhimpunan Cina Selangor dan Kuala Lumpur, semalam.

“Kami menggelarnya ‘berat mati’ yang anda perlu tanggung,” katanya mengulas cadangan mengurangkan lambakan penjawat awam, apabila 36% daripada keseluruhan Bajet 2017 diperuntukkan untuk membayar gaji kakitangan kerajaan.

Walaupun sebahagian besar kenyataan Tony Pua ada benarnya, apatah lagi, ada kalangan penjawat awam yang amat kuat menyokong DAP dan polisi mereka, tetapi dalam isu penjawat awam dan keperluan dalam perlaksanaan pentadbiran dan pengurusan negara dan negeri, kenyataan Tony Pua itu sebenarnya merupakan satu provokasi jelas ke atas Melayu dan Bumiputera. 

Ini adalah kerana Melayu dan Bumiputera merupakan kelompok majoriti dalam perjawatan awam. Dengan kata lain, apa yang dimaksudkan oleh Tony Pua ialah, kakitangan awam merupakan satu bebanan yang tidak seharusnya ditanggung oleh negara. Sebaliknya jumlah mereka perlu dikurangkan secara drastik sekaligus dapat menyelamatkan 36% peruntukan negara daripada 'dibazirkan'. 


Bukan sedikit kakitangan awam yang memberikan sepenuh tumpuan kepada pembentangan bajet 2017 oleh Perdana Menteri minggu lalu semata-mata untuk mengetahui berapa banyak kenaikan gaji dan bonus yang akan mereka perolehi. 

Dan sebaik-baik sahaja pengumuman dibuat, meriah FB dan WhatsApp mengutuk pemberian wang RM500 kepada kakitangan awam dengan cerita bahawa Kerajaan Najib Abdul Razak berlaku zalim dan tidak tahu menghargai kakitangan awam. 

Namun anehnya, reaksi yang serupa atau sebaliknya terhadap kenyataan Tony Pua, tidak pula kelihatan walaupun ianya membabitkan kakitangan awam.

Mengecilkan sektor awam, menurut Tony Pua, akan memberi kesan kepada keseluruhan perkhidmatan awam.

"Contohnya, jikalau kita mengurangkan 5% kakitangan awam, baki 95% tidak akan bekerjasama dengan kita. Dan (potongan) ini tidak akan menjadi langkah realitistik. Sebaliknya ia akan membebankan," katanya dalam forum tersebut. 

Untuk menyelesaikan masalah tersebut, Tony Pua mencadangkan agar beberapa segmen perkhidmatan awam hanya dibayar gaji tetapi tidak perlu bekerja. 

"Di sesetengah negara, kakitangan awam hanya mengambil gaji, tetapi tinggal di rumah berbanding ke pejabat. Ini membolehkan mereka menjimatkan perbelanjaan untuk perjalanan dan masa yang digunakan di pejabat. Membenarkan mereka mengambil gaji tanpa bekerja adalah jauh lebih baik berbanding bekerja dan menyusahkan kerajaan." (RUJUK SINI)

Sebenarnya, pentadbiran Najib sedang mengurangkan jumlah kakitangan awam dalam bentuk yang lebih berperikemanusiaan tanpa melibatkan pembuangan kerja. Kerajaan sebaliknya membekukan pengambilan kakitangan baru, manakala kakitangan yang meletak jawatan secara sukarela atau pencen, tidak digantikan tetapi kenaikan pangkat dibuat dari kalangan kakitangan sedia ada.

Bagi kakitangan awam yang beria-ia sangat menyokong DAP, kenapa tak diperjuangkan usaha Tony Pua ini? Seronok tau, dapat gaji duduk di rumah sahaja walaupun dalam tempoh beberapa bulan kemudian, gaji anda akan diberhentikan kerana anda tidak produktif dan anda tidak lagi diperlukan.

Sokonglah!!!




4 comments:

Anonymous said...

Kena open minded bro...apa yg beliau bangkit memang ada betulnya....org melayu bila dpt kerja dgn kerajaan..berlagak mcm nak mampuh...lagak mcm bagus2..produktivi dan
displin ke laut..perkhidmatan penuh dgn
main wayang..tentang kerja..jauh ke
belakang..tak efficient langsung..so fikir2 apa yg dibangkitkan oleh Tony Pua..

..baru Tony pua..bangkitkan hal ini...semua

Anonymous said...

Kenape tony pua tak kurangkan kakitangan kerajaan negeri penang dan selangor dulu. Tunjukkan contoh kepada BN

Anonymous said...

setuju..mulakan puak2 mata sepek yg kerja kerajaan di selangor dan peneng

Anonymous said...

Penjawat awan keje mcm lahanat aku yg sering terkena sbb sering berurusan... Mmg x puas hati. Gaji nak naik, bonus nak, cuti nak banyak, minum berjam2.. Keje x siap seperti yg dijanjikan.. Bagi aku mereka mentedarah gaji buta.. Tu sebab duit asik x cukup.. X berkat!!!

 
Blogger Templates