Thursday, October 27, 2016

LAGI SKANDAL SHAFIE APDAL, KALI INI LIBATKAN TANAH PRIBUMI PULA DIDEDAHKAN OLEH BLOG CAPTAINM!!!


Sudahlah Shafie: Dia dan pegawai KKLW rompak bajet NKRA 2010-2-13 seterus RMK10 bukan main lagi. Adik beradik kaya raya secara tiba-tiba, anak buah kaya, proksi bertambah kaya. Lagi mahu sembang hal rompakan wang rakyat.

"OPS WATER 1 & 2 SUDAH DITANGKAP: MENGAPA PEGAWAI KKLW YANG BERSEKONGKOL DENGAN SHAFIE APDAL KAYA RAYA KETIKA SALUR DANA LUAR BANDAR  TIDAK DISIASAT?. BILA SPRM NAK BERTINDAK?

1. Belum pun sebulan Datuk Dzulkifli Ahmad dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM bermula 1 Ogos lalu, beliau memberi amaran kepada penjawat awam serah diri diri atau diburu. 15 Ogos tiga penjawat awam, dua daripadanya berpangkat Datuk Seri dan Datuk ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas dakwaan rasuah, salah guna kuasa dan penggubahan wang haram selain operasi serentak di Melaka dan Kelantan melibatkan DBKL dan pegawai JKR. RM13 juta dibekukan, meliputi wang simpanan dan amanah saham bernilai antara RM1 juta hingga RM6 juta setiap yang ditahan.

2. 30 Ogos lalu Pengerusi Bank Rakyat, Jeneral (Bersara) Tan Sri Abdul Aziz Zainal ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk disoal siasat berhubung kes rasuah dan salah guna kuasa berjumlah RM15 juta. Sebelum itu Pengarah Urusan bank Rakyat Datuk Mustafa Abd Razak ditahan dan dikenakan tahanan reman.

3. Tangkapan terbesar adalah pemburuan di Sabah terhadap Pengarah dan Timbalan Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) melibatkan rampasan lebih RM114 juta. Sidang media Datuk Azam Baki Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Operasi) pada 5 Oktober lalu menjelaskan penyelewengan melibatkan dana dari Kerajaan Persekutuan tidak kurang dari RM3.3B, tidak termasuk Kerajaan Negeri Sabah. Susulan dari itu OPS Water Fasa 2 pada 23 Oktober melibatkan Jurutera Bahagian dan Daerah telah menahan 19 orang pegawai dan merampas RM7.2 juta. 

4. Bagaimanapun SPRM seakan meredakan keadaan bagi mengelakkan isu rasuah JANS ini dipolitikkan maka 20 Oktober lalu dalam Sidang Media SPRM menyatakan Siasatan kes penyelewengan dana awam projek infrastruktur Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) bernilai RM3.3 bilion tidak melibatkan ahli politik di peringkat negeri itu atau kerajaan Pusat. SPRM memaklumkan, setakat ini, siasatan kes itu hanya menjurus kepada penglibatan pegawai-pegawai kerajaan yang menerima rasuah serta penyalahgunaan kuasa.

5. Bukan mahu mengganggu siasatan SPRM tetapi amat janggal satu dana persekutuan yang besar hampir RM3.3bilion yang diturunkan antaranya dari Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) bagi projek NKRA 2010-2013 Infrastruktur luar bandar khususnya projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) langsung tidak melibatkan ahli politik khususnya Dato’ Seri Shafie Apdal. Sedangkan terbukti Shafie Apdal menggunakan segala kuasanya untuk memberi kekayaan kepada proksi, kroni, keluarga, adik beradik, pemimpin pro kepadanya malah para pegawai KKLW.

6. Paling tidak SPRM memanggil dan menyiasat para pegawai yang pernah bersama Shafie Apdal dari Setiausaha Politik, Pegawai Tugas-tugas Khas, Setiausaha Sulit Kanan, Setiausaha Sulit, KSU, Setiausaha Bahagian, Timbalan SU Bahagian dan lain-lain yang terlibat. Tidak keterlaluan para pegawai yang bersekongkol dengan Shafie Apdal ini mereka kaya raya, memiliki kenderaan mewah, rumah mewah dan gaya hidup mewah. Mana usaha KP SPRM dan pegawainya yang memburu mereka? Mana mungkin mereka ini menyerah diri. Pergilah semak kekayaan mereka diluar dari kemampuan gred jawatan mereka. 



7. Sebelum ini Captain M telah menulis tentang kuasa Shafie Apdal untuk memberi projek kepada siapa dia hendak, orang kanannya SO1 dan SO2, malah SO3 mantan Timbalan Setiausaha Bahagian Infrastruktur yang banyak memberi ulasan kertas projek untuk kementerian dan MOF. Sepatutnya SPRM memanfaatkan kerjasama YB Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) pada 10 Oktober lalu berhubung kesediaannya memberikan dokumen berkaitan peruntukan Projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) di bawah KKLW dari tahun 2010 hingga 2015. Malah bukan sahaja BALB tetapi ketirisan projek NKRA yang lain seperti Projek Jalan Luar Bandar (JALB) berbililon ringgit dilaksanakan oleh JKR Negeri Sabah. Projek NKRA 16 Jalan Luar Bandar 2010 secara tender terhad tidak mungkin tidak berlaku ketirisan.


3 comments:

Otak geliga said...

Tangkap semua penjenayah RASUAH ni:

Tak kira la dalam pembangkang atau kerajaan

Dari yg bergelar Perdana Menteri sehinggalah balaci.

Perosak agama, bangsa dan negara.

Berapa ramai Menteri n politikus pembangkang hidup mewah tak padan dgn gaji???

Rakyat kat bwh ni nak tanya:

Sudah gaharu cendana pula

Anonymous said...

Biarlah....Allah tahu akan segalanya... INSYAALLAH pemimpin.yang tak amanah dan tidak ikhlas akan kita tahu juga cuma.lambat atau cepat pasti akan berlaku jua.ingatlah sekrang akhir zaman Allah bayar cash...ni semua untuk rakyat biasa tapi telah disalah gunakan..so..tunggu jerlah jagn ingat boleh lepas...

juragan69 said...

Hahaha....seperti biasa bhai...segala jenayah atau rasuah selagi dlm umno semuanya HALAL,keluar je tiba2 jadi HARAM...apa nk heran wali besar (PRESIDEN) ada syafaat kot..dn para blogger(cari makan)akan cover utk tunjuk semua nya HALAL selagi sokong funder..ttp semuanya jadi HARAM dan penjenayah bila ada tangan2 ghaib hulur...tahniah kpd para blogger yg sesat lg menyesatkn..

top