Saturday, October 15, 2016

MASA BERKUASA, RAKYAT KELANTAN DIZALIMI, UNTUK ANAKNYA PULA BURU KUASA, RAKYAT KELANTAN DIGULA-GULAKAN!!!



Tak tahulah sama ada ianya merupakan satu 'game' atau ianya benar-benar berlaku. Tetapi yang pastinya, Tun Dr. Mahathir benar-benar sudah 'U-Turn'.

Walaupun sebelum ini, kisah dia 'menyerahkan' RM600 juta kepada Kerajaan Negeri Kelantan ketika di bawah kepimpinan Almarhum Nik Abdul Aziz Nik Mat, namun kisah sebelum dia 'menyerahkan' RM600 juta untuk pembekalan air pada tahun 1999 itu, jauh lebih sadis. Dan apabila ditekan, Mahathir menyalahkan Anwar Ibrahim kononnya Anwar Ibrahim selaku Menteri Kewangan yang menyekat peruntukan tersebut.

Namun semua orang dapat menelah apa sebenarnya yang dimahukan oleh Dr. Mahathir pada waktu itu. Dr. Mahathir sebenarnya cuba mengekang pengaruh Anwar Ibrahim dan Reformasi dengan menggunakan bekalan air Kelantan sebagai modalnya.

Bagaimanapun, Kerajaan PAS Kelantan tidak termakan dengan taktik Mahathir. Sebaliknya, PAS terus menguasai kerusi DUN di Kelantan dan terus bekerjasama dengan PKR. Bukan itu sahaja, PAS turut menyediakan kekuatan logistik dan ahli-ahlinya untuk berdemonstrasi jalanan.

Dan selepas itu, Mahathir yang teruk ditekan agar melepaskan kuasa, bahkan hampir kehilangan kerajaan kecuali pada saat-saat akhir, menggadaikan sistem dan dasar pelajaran Malaysia kepada kehendak Dong Zhong dan Suqui, kembali menghentam PAS semahu-mahunya.

Dong Zhong dan Suqui dengan 17 tuntutan yang telah berjaya menyelamatkan Mahathir dan kerajaannya. Pada masa yang sama, sebahagian besar aspirasi Dasar Pelajaran Kebangsaan telah digadaikan dan sekolah-sekolah vernakular terutama aliran Cina diiktiraf oleh Pekeliling Kementerian Pelajaran walaupun bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Kini, Mahathir mengulangi semula perangai 1999nya. Dia mula mengatur janji demi janji bagi membolehkan parti barunya, Cap Bunga menang pada PRU akan datang. Dia menabur janji kononnya Royalti Minyak kepada Kelantan akan dikembalikan.

Sungguh pelik!

Siapa agaknya yang telah menghentikan pembayaran royalti minyak kepada Kelantan pada tahun 1990 sebaik-baik sahaja Kelantan jatuh ke tangan PAS dan Semangat 46 pada waktu itu? Siapa yang sekat royalti minyak kepada Terengganu sebaik-baik sahaja negeri itu jatuh ke tangan PAS pada tahun 1999?

Budak-budak yang lahir pada penghujung 1980-an dan 1990-an, tidak akan tahu tentang perkara-perkara yang disebutkan di atas kerana mereka telah ditutup daripada maklumat sebenar menerusi kekangan media massa dan elektronik yang amat ketat pada zaman Mahathir.

Cuma sekarang ini sahaja, menerusi keterbukaan terlampau yang diamalkan oleh Najib segala-galanya kembali terbuka.

Masih berusaha keras untuk dapatkan sokongan daripada PAS bagi menaikkan Cap Bunga dan Mukhriz?

Orang-orang UMNO dah kering dah ke? Atau sebenarnya, semakin ramai orang UMNO yang buka pekong lebih 20 tahun yang terpaksa diperap gara-gara undang-undang dan hormat kepada Presiden membuatkan haluan kini kepada PAS yang dianggap lebih bodoh, tolol dan mudah diguna-gunakan?

7 comments:

Anonymous said...

Samalah jugak macam PM yg kau sokong sangat tu. Sekurang2nya Mahathir berpolitik. PM kau tu menyamun. Sokong lagi beb biar melingkup abis semua parti kau tu

Anonymous said...

Janji kosong jer...
Masa berkuasa..bukan main mghina negeri kelantan di bwh pas...
Apa yg penting...waris, kroni dan proksi semakin kaya jika berkuasa...
Itulah mahathir aka mamak kerala...skandal kewangan, perjanjian berat sblh, salah guna kuasa dan rasuah hanya mendaulatkan kantung anak, waris, proksi dan kroni.Ptuuiiihhhh...

Anonymous said...

Yeke? Lain je kat kelantan bgatau..

Eyam Gizmo said...

bapak aku yg hardcore PAS, dah berbulu dgn Haji Hadi..siap sebut pasal 90 juta lagi...orang kampung tu!

Anonymous said...

Bila macai bersuara...bau pekung.. Komen pun tin kosong..kahkahkah

Anonymous said...

Penyamun Keling vs Penyamun Bugis, Aku sokong Bugis. Berapa kalai nak kena tipu dengan Keling Melayu bodoh.

Anonymous said...

Tun m dah samun duit rakyat semasa dia jadi tun m kau buat2 buta. Kau pon sokong parti bersatu kau sama saja kau sokong komunis lahanat lim sial tuh. Bodossss... dia sedang menyengeh heret kau jadi hati komunis terhadap bangsa dan agama kau sendiri tanpa kau sendiri. Bengong...

top