Monday, October 17, 2016

PROTON RUGI RATUSAN JUTA RINGGIT SETAHUN, SYARIKAT PEMBEKAL ANAK SAUDARA MAHATHIR PULA CATAT UNTUNG BERATUS JUTA DARI PROTON!!!



MALAYSIAKINI juga tidak mahu ketinggalan mengingatkan tentang kedurjanaan Mahathir dalam 'mencuri' dan 'merompak' hasil negara untuk dibahagi-bahagikan sesama ahli keluarganya. Walaupun Malaysiakini dikenali sebagai salah satu media pro-DAP, tetapi nampaknya dendam lama tetap tidak dapat dihilangkan. (RUJUK SINI)

Dalam salah satu artikelnya, Malaysiakini menyiarkan tentang ahli-ahli keluarga Mahathir yang telah memperolehi berbilion ringgit dari Proton sahaja.

Artikel berkenaan bagaimanapun, tidak merujuk kepada mana-mana daripada tiga orang anak lelaki Mahathir. Ketiga-tiga orang anak lelaki Mahathir berakhir dengan menjadi pemilik majoriti dalam syarikat-syarikat senaraian awam berlainan dengan kekayaan peribadi bernilai ratusan juta ringgit kalau tidak pun berbilion ringgit.

Syarikat senaraian awam seperti OPCOM (Mukhriz), merupakan pembekal kabel fiber optik kepada Telekom. Manakala Konsortium Perkapalan (Mirzan) merupakan pengangkutan utama bagi Perwajar, Tenaga Nasional dan Petronas manakala Kencana Group (Mokhzani) secara eksklusif berurusniaga dengan Petronas.

Hampir keseluruhan perniagaan mereka adalah dengan kerajaan atau dengan GLC.

Bagaimanapun, Mahathir menafikan terlibat dalam semua urusan ini dan hanya mendakwa, ketiga-tiga orang anaknya adalah ahli perniagaan yang berbakat dan berjaya tanpa sebarang bantuan daripadanya!!!

Anehnya, anak-anak bekas-bekas Perdana Menteri lain, tidak mempunyai bakat sebesar anak-anak Mahathir. Terpilih sungguh anak-anak Mahathir!

Salah sebuah syarikat yang dirujuk oleh Malaysiakini yang mempunyai kaitan dengan Proton adalah Yasmin Group yang bermula sebagai pembekal tunggal anti-karat kepada Proton semenjak bermulanya operasi Proton. Kedudukan tersebut kekal sehingga ke hari ini.

Sebagai komponen utama, produk anti-karat mereka digunakan pada setiap kereta dan model Proton selain dijual.

Ini yang terdapat di dalam laman sesawang Yasmin Group.

"Apabila Malaysia memulakan projek kereta nasionalnya pada tahun 1982, Dato' Paduka Rahmat Abu Bakar melihat potensi untuk menjadi sebahagian daripada inisiatif pelopor ini. Pembabitan firma ini dengan Proton Holding telah berlangsung selama lebih 20 tahun, menerusi Yasmin Jurumuda (sebelum ini dikenali sebagai Jurumuda Sdn. Bhd), syarikat utama anti karat Malaysia."

Yasmin Group dan syarikat-syarikat berkaitan dengannya menjadi konglomerat multi-million yang sangat berjaya dengan catatan perolehan tahunan berjumlah RM228 juta dan menyasarkan peringkat antarabangsa sebagai entiti perniagaan utama.

Pengasas dan pemilik Yasmin Group adalah Rahmat Abu Bakar yang berasal dari Kedah. Dia adalaha menantu Puan Rafiah Mohamad, kakak sulung Tun Dr. Mahathir.

Selain daripada Rahmat Abu Bakar, Timbalan Pengerusi Yasmin Jurumuda adalah Kias bin Rahmat.

Kias bin Rahmat adalah orang kedua dalam Proton ketika Proton di bawah Hicom dan ketika Proton bermula. Dia merupakan pengurus kilang dan dianggap sebagai salah seorang eksekutif pengasas Proton.

Kias kemudiannya diangkat menjadi orang nombor dua dalam Proton sebagai Pengarah Eksekutif tetapi meletakkan jawatan pada tahun 2006 ketika Abdullah Badawi menjadi Perdana Menteri. Dia kemudiannya menyertai Yasmin Group sebagai Penasihat Kumpulan dan juga sebagai Timbalan Pengerusi.

Masihkah boleh dinafikan, yang Yasmin Group mendapat manfaat besar daripada bapa saudara pengasasnya, Tun Dr Mahathir, malah jauh lebih besar daripada Proton yang saban tahun mencatatkan kerugian beratus juta setahun sedangkan syarikat yang menjadi pembekal tunggal anti-karatnya pula mencatatkan keuntungan ratusan juta ringgit? (RUJUK SINI)


13 comments:

Anonymous said...

Jibo untung BerBillion2 Dolar!!!

Anonymous said...

Tak payah Keluar Modal dan buka Syarikat boleh untung Bebillion2 Dolar!!

Najib Boleh!!!

Anonymous said...

Kalau betul pun Yasmin Group ada hasilkan produk...cer komen 2.6 billion yang tokey dedak ko tu dapat..in case ko masih buta tuli duit tu duit rompak rakyat!...produk yg dapat penulis macai macam ko!!..bahlol

Anonymous said...

Ok boss...aku jual lah proton aku ni..aku beli motor je lah ye..dah kalau semua benci tun mahathir..baik kita tebang je klcc tu bak kata saleh keruak..

Anonymous said...

Laa...patut la. Pangkat anak menakan tun. Senangnya meniaga kalau pak menakan org berpengaruh. Entah la, nk habaq payah, x habaq nanti org dok hingaq x tau pa...

Anonymous said...

Blogger Bahlol yang tak reti mengenai mentadbir syarikat melalak menfitnah demi Dedak dari Jibo yang menyakau Berbillion2 Dolar 1MDB!!!

Anonymous said...

Kau orang ingat klau diorang tu tak ada jgn kaitan dgn Tun mereka joleh dpt projek kat Protun tu...jgn mimpilah..walau ramai..yang berpotensi dan lebih cemerlang tp syarikat sedara mara bekas Pm terlajak tua tu jugak yang terpilih

Anonymous said...

budak2 skrg mmg bodoh nk mampus . lembab & lemah dlm memahami isu . budak2 bodoh , aku detailkn secara ringkas ok. jangan sokong keling mamak membabi buta mcm khinzir .

22 tahun memerintah = kroni , taikun , anak , sedara , adik beradik , ipar kaya raya jadi billionaire . rembat duit rakyat secara terang2 melalui bailout sykt2 gagal seperti perwaja , mamicom & renong bhd & dasar swasta yg sampai skrg menyusahkan rakyat.

9 tahun memerintah = dapat duit derma arab saudi disahkan menteri arab saudi + dibebaskan dari sebarang tuduhan & pembabitan salah guna kuasa & dana awam oleh SPRM & PAC .

bdk2 bodoh2 , kenal dulu apa maksud DERMA & MENCURI .

22 - pencuri sebenar
9 tahun - pembela marhaen

lagi 1 , kenal dulu apa maksud SPRM , PAC itu semua. jangan menyondol mcm babi . sbb babi tak berakal. kau masih berakal. akal letak di kepala. bukan di jubo.

sign off

msian rebellion

MOHD SAID BIN HALIMI said...

Jangan diungkit benda yang dah lepas perbaiki keadaan sekarang tanpa merosakkan yang telah sedia ada walaupun legasi siapa.perlu di ingat tanpa perancangan tun kita pun tak tahu malaysia ni dikenali seluruh dunia ataupun tidak.saya tidak menyebelahi mana mana tapi besar dan dewasa semasa pemerintahan mahathir.Dato najib bekerja lah dengan jujur ikhlas dan bertanggung jawab.buat yang terbaik untuk rakyat msia tanpa mengira kaum. jangan ungkit kisah yang lalu.perbaiki kesilapan yang lepas.insyallah boleh berjaya.

Anonymous said...

To the blog writer , before you state any written comments please get your facts right ...

Nak tulis fakta kena betul . Jangan sibuk makan dedak Najib sampai fakta pun tak betul nak tulis

Lain kali professional laa sikit . Nak ambil blogger pun tak reti nak bagi the right facts

Anonymous said...

Anon 3:37 pm

Kau ni rabun atau terlalu naif untuk faham perkataan {rujuk sini) yang terdapat di dalam artikel ini selain Malaysiakini yang ditebalkan dan berwarna lain. Cuba kau klik kat perkataan Malaysiakini tu dan baca sendiri, kemudian bandingkan sama ada artikel ni datangnya dari mana.

Ketaksuban kau untuk mengutuk apa-apa sahaja yang bertentangan dengan kepercayaan kau, membutakan mata kau.

Anonymous said...

yg pastinya .. red granite dapat manafaat besar dari bapa tirinya

Anonymous said...

saman je lah Tun klu dia bersalah..

top