Social Icons

Pages

BULETIN 247

Monday, October 31, 2016

RAFIZI TIDAK HAIRAN LANGSUNG DIDAPATI BERSALAH FITNAH NFCORPS KERANA MATLAMATNYA ADALAH MUSNAHKAN SAINGAN KE ATAS KARTEL-KARTEL DAGING!!!



Mahkamah telah memutuskan bahawa Rafizi Ramli adalah seorang penfitnah!

Dan ini terbukti menerusi keputusan hari ini apabila Rafizi Ramli diarahkan membayar gantirugi sebanyak RM200 ribu kepada NFCorps dan RM100 ribu sebagai kos mahkamah.

Rafizi didapati bersalah kerana membuat fitnah, NFCorps membeli lapan hartanah menggunakan wang pinjaman kerajaan. (RUJUK SINI).

Mahkamah bagaimanapun menolak permohonan NFCorps dan Pengerusinya, Mohamad Salleh Ismail untuk mendapatkan gantirugi kerosakan daripada Malaysiakini yang melaporkannya.

Isu NFCorps terus berlarutan sehingga ke hari ini. Cerita-cerita aneh, kononnya lembu-lembu dibeli dan disimpan di kondo mewah berhawa dingin, menjadi momokan puak-puak berkenaan yang telah mempromosikan dan mempublisitikan, bahkan melebih-lebihkan sehingga ke tahap pendewaan terhadap fitnah yang dibuat oleh Rafizi Ramli.

Rata-rata percaya bahawa NFCorps adalah sebuah syarikat yang telah menyonglap duit rakyat walaupun berkali-kali pengurusan syarikat berkenaan menegaskan bahawa wang berkenaan adalah pinjaman mudah daripada kerajaan.

Dan setiap pinjaman - sama ada mudah atau 'susah' - perlu dibayar kembali setiap sen berserta faedah dan perubahan nilai semasanya.

Memang benar, Rafizi telah dibuktikan bersalah menfitnah. Memang benar juga bahawa NFCorps telah dianiayai oleh Rafizi Ramli sehingga operasinya dihentikan dan keseluruhan syarikat tersebut telah disita, manakala aset-asetnya telah dibekukan selain pembayaran kembali terpaksa dibuat walaupun berada dalam keadaan beku.

Pembuktian fitnah Rafizi Ramli tidak mengubah apa-apa pun. Bahkan mengesahkan bahawa Rafizi Ramli sebenarnya sengaja menjadikan dirinya sebagai kambing hitam yang bertujuan untuk memastikan keuntungan pihak tertentu yang berada di belakangnya dalam isu fitnah NFCorps, terjaga dan terjamin.

Yang pasti, NFCorps dan bekalan daging yang lebih terjamin kualiti untuk rakyat Malaysia, khususnya umat Islam, telah pun runtuh sepenuhnya. Kartel-kartel daging yang menguasai pasaran di Malaysia, boleh bergelak tawa dan tidak ada masalah langsung untuk membiayai pembayaran RM300 ribu Rafizi Ramli kepada NFCorps dan mahkamah.


11 comments:

Anonymous said...

Kau tanggung lah wahai si ppndan iblis laknatullah.
Kau jwb lah nnt d hadapan Allah.
Demi menaikan kapir laknatullah kau hancurkan syarikat melayu.
Pondan iblis laknatullah punya puak2 pembangkang.

Anonymous said...

Bodoh banggang rafizi, klu ko betul, ko x pyh byr saman. Dh kalah, lgi ko bongkak! Muka x tau malu.

Anonymous said...

Politik tabur fitnah perlu ditolak oleh rakyat...buruk akibatnya.

Anonymous said...

harap projek seperti NFC ni dihidupkan kembali supaya dapat runtuhkan harga kartel celaka ni.satu roboh kita bina kembali sepuluh

Anonymous said...

Fizi ahli neraka... Nauzubillah hi min zalik.... Orang alim nampak tanda jannah di dahi, fizi nampak tanda ahli neraka di muka...

Anonymous said...

semoga fiji lembut ni sempat bertaubat di penghujung nyawa nya nanti...
kalau tidak, merangkak la dia di padang mahsyar nanti mencari org yg di fitnahnya itu....

Unknown said...

selamat dapat celaka semula yg kt atas-atas ni ye..ha.ha..

Anonymous said...

Melayu terlalu bergantung lembu kepunyaan orang2 kafir

Anonymous said...

Maka terpaksalah kita terus membeli daging2 import dgn harga yg lebih tinggi. Padan muka kita semua..

Anonymous said...

Nfcorp ditutup operasinya..bagaimana nasib staff tersebut..lapiji menutup periuk nasi mereka.

Anonymous said...

PUAS HATI DAPAT MELINGKUPKAN PERNIAGAAN MELAYU. PHD.

MAKANLAH DAGING KERBAU IMPORT TU. DAH MEMANG NAK BAGI MELAYU JADI KERBAU. NAK BUAT CAMNE....

 
Blogger Templates