Social Icons

Pages

BULETIN 247

Thursday, October 6, 2016

RM2.6 BILION BUKAN MAIN BISING SEOLAH-OLAH MALAYSIA SUDAH DIJARAH MAKHLUK ASING, TAPI ANDREW CLASTER DAN PEMBIAYAAN OSF KE ATAS BERSIH, SENYAP SESEPI-SEPINYA!!!



Selepas 'pendedahan besar' tentang derma RM2.6 bilion di dalam akaun peribadi Najib Abdul Razak, rata-rata ramai yang menganggap wang tersebut adalah wang songlap yang dicuri daripada wang 1MDB dan tidak diisytiharkan.

Semua pakat membalun Najib Abdul Razak dan yang paling kuat balun sudah tentulah Dr. Mahathir, seluruh kepimpinan DAP dan PKR. PAN yang makan di tangan dan disuap ke mulut oleh DAP pun turut tumpang tui...

Semuanya seolah-olah sangat peka dengan keselamatan negara ini. Pendek kata, mereka turut memberi alasan, tidak mahu campurtangan asing berlaku di Malaysia setelah pengakuan daripada pihak Arab Saudi tentang wang derma berkenaan.


Marah kerana derma asing kepada Perdana Menteri Malaysia walau bagaimanapunpun usul yang dibuat oleh Barisan Nasional agar derma politik perlu diisytiharkan, ditentang keras oleh parti-parti pembangkang dengan pelbagai alasan, termasuklah alasan kononnya akan dimanipulasi oleh Barisan Nasional bagi tujuan mengekalkan pemerintahan. Malah Tian Chua secara terbuka mengakui, undang-undang tersebut akan menyebabkan penyumbang kewangan dan dana kepada partinya (PKR) akan terjejas, sekaligus mengurangkan dana parti. (RUJUK SINI)

Rupa-rupanya derma asing dan campurtangan asing hanya terpakai untuk UMNO dan Barisan Nasional sahaja. Manakala untuk DAP, PKR mahupun NGO-NGO pro-DAP-PKR, maka mereka dibebaskan berbuat apa-apa sahaja.



Justeru tidak hairanlah mengapa mereka menentang perlaksanaan undang-undang derma politik ke atas mereka, tetapi membuat tekanan serta pemaksaan kepada UMNO, Barisan Nasional dan Perdana Menteri untuk mengisytiharkan sebarang derma politik dengan alasan 'bimbang sekiranya wang negara disalahgunakan untuk kepentingan UMNO-BN'.

Campurtangan Amerika Syarikat semakin jelas di dalam PKR dan DAP apabila Rafizi Ramli dengan bangganya mengakui mendapat bantuan 'sukarela' daripada bekas penasihat politik Barrack Obama untuk INVOKE yang diterajuinya. (RUJUK SINI)

Apakah kehadiran Andrew Claster sekadar menjadi sukarelawan semata-mata memandang sekiranya distatuskan sebagai pekerja, maka memerlukan permit kerja daripada Kerajaan Malaysia?


Apakah bantuan dan pembiayaan kewangan oleh NED, NDI dan OSF untuk BERSIH 2.0 yang diterajui oleh Maria Chin, tidak mengancam keselamatan rakyat negara ini kerana sudah terbukti, NED, NDI, OSF dan seribu satu macam nama pembiaya kewangan atas nama demokrasi merupakan pemusnahan besar-besaran beberapa buah negara termasuklah Mesir, Libya, Iraq dan sebagainya?

Hairan juga, kalau bab derma RM2.6 bilion yang mana bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasha pun tahu hal sebenar, bukan main lagi riuh dan bising, tetapi perbuatan terang-terangan melibatkan DAP dan PKR, semuanya TERUTAMA SEKALI DR. MAHATHIR buat-buat pejam mata?


Apa saham yang ada dalam PKR dan DAP sehingga mereka pula bebas menuding orang lain sebagai salah tetapi mereka pula tidak apa-apa?

Ingat nama-nama seperti APCO dan Paul Stadlen? Mengapa pula diskriminasi berlaku kepada mereka berbanding Claster, OSF, NED dan NDI?


1 comment:

Anonymous said...

kalau nak buat akta tu buat je la.
sibuk nak tanya pembangkang la ape la
sah sah diorang bangkang dan tak setuju
bongok gak yang kerajaan ni..
DAP roboh gerai orang melayu kat penang tak pernah tanya pun dalam parlimen.tau tau roboh je

jadi buat balik benda yang sama.buat je akta atau sistem yang dirancang tanpa persetujuan pembangkang pun.

 
Blogger Templates