Social Icons

Pages

BULETIN 247

Monday, October 17, 2016

SURAT TERBUKA RAFIZI USAHA TERDESAK UNTUK MENENTANG RUU355 DAN BUATKAN NAJIB RAZAK TERSEPIT!!!



Rafizi Ramli, Ahli Parlimen Pandan amat tahu bahawa undang-undang syariah negara ini hanya membabitkan umat Islam dan tidak langsung membabitkan bukan Islam.

Tetapi demi politik, Rafizi Ramli memutarbelitkan isu tersebut. Apatah lagi dia dapat melihat wujudnya 'kerjasama' antara UMNO dan PAS dalam isu RUU 355 apabila Ahli-Ahli Parlimen UMNO hampir kesemuanya bersetuju untuk menyokong rang undang-undang tersebut.

Kata Rafizi Ramli, undang-undang tersebut seandainya diluluskan akan menyebabkan permusuhan lebih mendalam antara umat Islam di negara ini dengan bukan Islam. RUU 355 dilabelkannya sebagai Usul Hudud.

Namun yang paling menarik ialah, apabila Rafizi Ramli menjadikan RUU 355 sebagai undang-undang jenayah yang merangkumi semua rakyat Malaysia tanpa mengira agama, bangsa mahupun latar belakang sosial serta bahasa. Dalam bahasa yang lebih mudah, Rafizi Ramli menentang sebarang undang-undang syariah dilaksanakan dan dibaiktaraf di negara ini.

Alasannya, kerajaan pimpinan Najib tidak berkeupayaan untuk menyekat aktiviti keganasan dan kesamsengan seperti Baju Merah yang katanya, memprovokasikan sentimen perkauman selain ancaman keganasan dan mengancam untuk menumpahkan darah.

Rafizi bagaimanapun, tidak membuat sebarang ulasan tentang keganasan yang ditunjukkan oleh peserta-peserta BERSIH yang bukan sahaja mengganas merosakkan harta awam, tetapi juga menyerang dan mencederakan selain cubaan membunuh anggota polis sepertimana gambar-gambar yang berjaya dirakamkan dan tersiar di media-media sosial.

Pada masa yang sama, Rafizi sebenarnya turut mengakui bahawa sesi Parlimen ini adalah sesi terakhir yang akan dihadirinya kerana pada 14 November, dia akan berhadapan dengan keputusan mahkamah membabitkan Akta Rahsia Rasmi.

Dan seperti biasa, dia cuba melakukan penipuan dengan berkata, proses tersebut akan dipercepatkan dan dia akan didapati bersalah!

Sebenarnya, bukan isu dia akan dibicarakan di bawah Akta Rahsia Rasmi tetapi Rafizi Ramli selain cuba menarik simpati, berusaha untuk menghasut parti-parti komponen BN seperti MCA, GERAKAN, MIC, SUPP dan sebagainya yang juga beranggapan RUU 355 adalah undang-undang syariah yang membabitkan keseluruhan rakyat Malaysia.

Rafizi tidak boleh dipersalahkan. Dengan jumlah kerusi Parlimen yang dimiliki oleh UMNO dan PAS, setidak-tidaknya, Akta RUU 355 (Pindaan) akan diluluskan dengan majoriti mudah. Kelulusan tersebut sudah tentu akan menyebabkan kredibiliti DAP dan PKR secara keseluruhannya, akan merudum teruk.

Kepercayaan perlu ditanamkan bahawa undang-undang syariah di negara ini adalah hukum hudud. Hukum hudud bererti semua rakyat akan dilibatkan. Undang-undang syariah perlu digambarkan berada dan wujud di dalam undang-undang jenayah yang diamalkan di negara ini.

Dan setiap yang ada kaitan dengan Islam terutama sekali undang-undang syariah, perlu digambarkan sebagai gasar, kejam, tidak bertamadun dan hanya potong tangan, pancung, sula dan rejam, sebagaimana yang sering digambarkan oleh Mahathir sewaktu dia menjadi Presiden UMNO dahulu.

Surat terbuka yang dikarang panjang lebar oleh Rafizi Ramli, sudah cukup untuk menerangkan siapa dia yang sebenar. Dan mengapa dia menyatakan bahawa tugas pembangkang adalah menghasut, bukannya menolong rakyat.

Tetapi yang amat jelas ialah, bagaimana terdesaknya Rafizi Ramli untuk menolong DAP dalam mencapai matlamat menghuru-harakan dan memecah-belahkan umat Islam di negara ini dengan maklumat-maklumat salah terutama sekali yang berkaitan dengan RUU 355.

Sedangkan sebagai orang Islam, Rafizi Ramli seharusnya menyokong RUU 355 tanpa sebarang soal jawab atau pun persoalan, kerana ia adalah untuk kebaikan umat Islam di negara ini.

Apakah kerana sudah terkena LENDIR DAP, maka Rafizi Ramli terlalu takut dengan Hudud sedangkan undang-undang takzir syariah pun dikatakannya sebagai HUDUD?

Jenayah Had apakah yang telah dilakukan oleh Rafizi Ramli sehingga dia jadi terlalu fobia?






6 comments:

Anonymous said...

Wahai admin, knpe tak paparkan srt terbuka tersebut. Kan mudah untuk rakyat marhaen menilai pembohongan ke atau fakta. Tak de pulak ke admin boleh buat srt terbuka utk counter apa yg d katakan pembohongan dan fitnah sebagaimana yg admin katakan tu. Klu Rafizi fitnah sila admin bg fakta nya pula. Org mcm rafizi ni klu dah tau fitnah kita bg tau rakyat yg fakta nya.

The Saviour said...

Anon 9:31 pm

Surat terbuka itu boleh dibaca dengan KLIK PADA PERKATAAN SURAT TERBUKA yang telah ditebalkan dan berwarna coklat itu.

Anonymous said...

Hahaha...kesian anon 9.31....

Anonymous said...

Takut ada jenayah termembontot

Anonymous said...

Rafizi ni suka buat kacau la...jgn layan ini org.

Anonymous said...

Aiiyaa ITU ruu manyak belat punya hukuman. INI macan wa punya keledai Judi, pelacur tarak laku maa. Idup mesti mau enjoy2 ma...haiyaaa

 
Blogger Templates