Social Icons

Pages

BULETIN 247

Wednesday, October 19, 2016

TENGKORAK KAULAH, MARIA CHIN... PROVOKASI GANAS BIADAP TERHADAP ROSMAH MANSOR APASAL KAU TAK REPORT POLIS?



PENULIS: RIZAL MANSOR

Adalah jelas bahawa Maria Chin langsung tidak kesal mengenai sikap biadap peserta BERSIH yang menjalankan upacaran pengebumian, walaupun olok-olok tetapi lengkap dengan batu nesan, perarakan dan wang neraka mengikut kepercayaan sebuah agama.

Mereka ini juga bertindak memijak dan menyapu gambar beberapa pemimpin, tetapi Maria tetap mempertahankan mereka dengan mengatakan ianya adalah hak mereka untuk menyuarakan amarah dan rasa tidak puas hati.

Saya tertanya-tanya samada Maria Chin adalah seorang rakyat Malaysia kerana nampaknya beliau tidak tahu kaitan penyapu dalam sesebuah budaya.

Beliau juga nampaknya tidak mengerti bahawa rakyat Malaysia merupakan masyarakat yang mengamalkan sikap hormat-menghormati dan toleransi.


Di luar kebiasaan, beliau juga tidak mengetahui atau sedar bahawa tindakan penyokong BERSIH telah menyebabkan kemarahan dan rasa jijik sebilangan besar rakyat Malaysia yang menolak sebarang tindakan menggunakan tradisi perkauman untuk menghina mana-mana pemimpin.

Kenyataan Maria hari ini yang mengatakan bahawa perlakuan melampau tersebut tidak menjadi kesalahan atas alasan kebebasan menyuarakan kemarahan - dilihat seperti mempertahankan tindakan mereka yang telah melukakan hati dan mencetuskan kemarahan ramai pihak.

Dengan ini, beliau secara tidak langsung menghalalkan perbuatan melampau tersebut pada masa hadapan asalkan ianya berlandaskan hak kebebasan menyuarakan ketidakpuasan hati.

Adakah ini bermakna bahawa kenyataan Ahli Parlimen DAP, Jeff Ooi baru-baru ini ketika pemergian seorangan ahli agama juga boleh diterima atas alasan yang sama?

Apa akan terjadi jika seseorang marah kepada kaum atau agama yang lain? Adakah ianya juga dibenarkan atas alasan yang sama?

Kejahilan melampau yang ditunjukkan oleh Maria kerana kebebasan menyuarakan sesuatu tetap mempunyai had. Lebih-lebih lagi dalam negara seperti Malaysia yang mempunyai pelbagai etnik dan agama.


Pendapat Maria merupakan sesuatu yang sangat berbahaya untuk Malaysia.

Kegagalan Maria untuk memahami prinsip asas kehormonian rakyat Malaysia inilah yang menyebabkan sesetengah pihak bangkit menentang BERSIH.

Sikap seperti beliau ini lah yang menjadi punca sikap biadap semakin menular di kalangan masyarakat.

Saya mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk menghargai keharmonian negara dan bersatu menolak BERSIH. Sokongan kepada BERSIH merupakan satu tanda bahawa anda bersetuju dengan kebiadapan yang dihalalkan oleh Maria pada hari ini.

RIZAL MANSOR

3 comments:

Anonymous said...

Kegunaan gandar untuk dapat keistimewaan dari sudut kebebasan bersuara tanpa batas atau jadikan gandar sebagai perisai untuk dapatkan imuniti dari sebarang cekupan adalah sesungguhnya bertentangan dengan perjuangan ke arah merealisasikan kesaksamaan gandar itu sendiri. Apapun status gandar anda, berdepanlah dengan risiko secara perkasa.

Anonymous said...

Kelihatan yang begitu teruja dan interested dengan himpunan bersih ini adalah dari kalangan kaum cina....bukan sembunyi sembinyi lagi tetapi sudah terang terangan.
Fikir fikir dan renung renungkanlah.

Anonymous said...

MERIKA TAK AKAN BERHENTI SEHINGGA KERAJAAN BERTUKAR TANGAN KEPADA PIHAK MERIKA

 
Blogger Templates