Social Icons

Pages

BULETIN 247

Tuesday, November 22, 2016

APABILA AHLI PARLIMEN BERASAKAN MEREKA LEBIH KEBAL DARI UNDANG-UNDANG!!!



Ahli Parlimen dipilih oleh rakyat menerusi pilihanraya. Fungsi utama mereka adalah membawa suara dan keperluan serta kehendak rakyat di kawasan yang mereka wakili. Daripada kepercayaan yang diberikan oleh rakyat, mereka mempunyai keistimewaan untuk menggubal undang-undang di Parlimen menerusi proses usul dan bahas serta undi.

Itu adalah fundamental keberadaan Ahli Parlimen.

Tetapi apa yang berlaku di Malaysia, amat kelakar!

Ahli-Ahli Parlimen berasakan mereka lebih teratas daripada semua orang di negara ini. Mereka berasakan, mereka bebas berbuat apa-apa. Malah mereka juga berasa mereka bebas merancang segala-galanya dan tiada apa-apa yang boleh menahan serta mencegah mereka, termasuklah undang-undang.

Semalam, beberapa orang Ahli Parlimen mempamerkan sikap dan sisi jelek mereka yang tidak selayaknya pada Ahli Parlimen. Dalam peristiwa semalam, dua orang Ahli Parlimen lelaki berbalas-balas makian semata-mata kerana seorang Ahli Parlimen wanita.

Hari ini pula, segerombolan Ahli Parlimen berarak dari Parlimen ke Bukit Aman untuk menuntut pembebasan Maria Chin daripada tahanan SOSMA hanya kerana Maria Chin adalah geng mereka!

Tahun lepas, gerombolan yang sama, berarak dari Parlimen ke Bukit Aman untuk menuntut pembebasan Rafizi Ramli yang juga geng mereka.

Bagaimanapun, perarakan yang sama tidak dibuat apabila Ahli Parlimen dari pihak yang bertentangan ditahan dan dilokapkan oleh polis.

Sebagai penggubal undang-undang, sewajarnya Ahli-Ahli Parlimen tersebut bersikap lebih matang dan bukannya bertindak sebagai pelakon pentas opera. Apatah lagi, Maria Chin ditahan di bawah undang-undang pencegahan keselamatan.

Keselamatan yang diperjudikannya pula adalah keselamatan negara.

Justeru sewajarnya, siasatan yang mahu dijalankan oleh pihak polis ke atas Maria Chin bagi tuduhan dan dakwaan menggunakan dana dan pihak asing untuk menggulingkan kerajaan yang dipilih menerusi proses demokrasi, sewajarnya tidak diganggugugat oleh mana-mana Ahli Parlimen mahupun pihak politik.

Sememangnya dari zaman sebelum merdeka lagi, terdapat ramai orang politik yang menggunakan pihak asing untuk memenuhi keinginan dan cita-cita besar mereka. Kemuncaknya ialah pada tahun-tahun di mana komunisme dan sosialisme selain perang pengaruh antara Amerika Syarikat dan Russia, menyaksikan ramai orang atau macai politik, yang dikenakan tindakan di bawah undang-undang.

Begitu juga apabila ada khabar-khabar angin berkenaan seorang menteri kabinet diminta berpisah dengan isterinya yang dikesan sebagai ageni perisik pihak asing.

Apabila Ahli-Ahli Parlimen kononnya bersolidariti untuk membebaskan seseorang yang disyaki terlibat dengan pihak asing untuk menjahanamkan negara ini, sewajarnya mereka juga harus dikenakan tindakan yang sama...

Kurung mereka di bawah undang-undang pencegahan dan keselamatan. Dan memandangkan mereka adalah penggubal undang-undang, mereka harus dikenakan hukuman yang lebih ketat kerana potensi mereka sebagai talam dua muka serta agen perisik kepada pihak asing, jauh lebih besar dan bahaya!


3 comments:

Unknown said...

Semakin jekek dengan perangai TSMY.... merengek all the way

Anonymous said...

Teringat kata2 TSMY dan Shafie Afdal ketika dalam Perhimpunan Agung UMNO 2 tahun yang lalu..yg telah berjanji taat setia..umpama bersumpah...sekarang TSMY dan Shafie Afdal telah dimakan oleh sumpahannya sendiri..memang begitulah orang2 politik..bila hilang jawatan dan kedudukan...terus hilang akal fikiran..

Kokurikulum BPTV said...

He is dumb and the most stupid MP Malaysia ever had

 
Blogger Templates