Saturday, November 19, 2016

BERSIH 5.0: YEAAA... MAHATHIR SUDAH MARI DARI SUDAN!!!



Mungkin setelah diberitahu, kehadiran BERSIH 5.0 tidak seramai mana yang diharapkan, Mahathir akhirnya 'memendekkan' percutiannya di luar negara dan bergegas pulang. Rancangan untuk ke Sweden telah dibatalkan setelah rahsia berkenaan dibocorkan oleh media sosial.

Namun menurut sumber, George Soros yang sedang berhadapan dengan masalah besar selepas kemenangan Donald Trump selepas calon pembiayaannya, Hillary Clinton kalah mengejut dalam Pilihanraya Presiden Amerika Syarikat minggu lepas, ditambah pula dengan pendedahan demi pendedahan tentang OSF dan gerakan George Soros menimbulkan huru-hara di benua Eropah dengan gerakan menentang 'Nasionalis', membuatkan penyangak matawang tersebut membatalkan pertemuannya dengan Mahathir di Sweden.

Mahathir mengisi 'kekosongan' tersebut dengan cuba menampilkan dirinya sebagai daya tarikan baru BERSIH 5.0.

Dia pulang ke Malaysia dengan jet peribadi dan mengacah-ngacah serta mencabar undang-undang dan penguatkuasa undang-undang Malaysia. Harapannya agar dia ditahan dan kemudian dilokapkan.

Jikalau itu yang berlaku, Mahathir akan berjaya menarik simpati yang sangat besar daripada rakyat Malaysia, khususnya mereka yang masih tidak menunjukkan sikap berpihak kepadanya dan masih lagi 'di atas pagar'.

Demonstrasi BERSIH 5.0 akan menjadi lebih 'meriah' dan disertai lebih ramai kerana sentimen dan simpati terhadap Mahathir yang ditahan oleh pihak berkuasa.

Mahathir dijangkakan akan menyertai demonstrasi BERSIH 5.0 pada sebelah petang dan berharap demonstrasi tersebut akan berlarutan sehingga esok selain berpanjangan selama seminggu sekurang-kurangnya, sepertimana yang berlaku di negara-negara lain, termasuklah Thailand.


5 comments:

Anonymous said...

Mana boleh...nanti gua lugi..takboleh niaga..esok mesti bukak kedai..ini hari pun gua sudah lugi..sbb mahu ikut.. bershit.lagi mahu.ikut macm Thailand...tsk boleh loo..itu Mahadey senang ckp lah..dia..banyak luit

Anonymous said...

Tak.payah lah tangkap org tua ni...kalu apa2 jadi kat dlm lokap tak pasal2 polis pulak disalahkan nanti

Anonymous said...

cekup segera tua nyayuk tak sedar diri..sudahlah tu di peralat dapigs kafir laknat dan ejen2 yahudi2..

Ted Manoff said...

Wa pon lugi Maa. .tak leh niaga..manyiak suwei lah ini India Tua sutah Mali maa

Anonymous said...

Betul ted manoff ..india tua mali dan najib pondan lali pegi peru ..kau hebatlah ted manoff. Kau patut jadi pm.

top