Friday, November 18, 2016

CAKAPLAH APA PUN, BERSIH ADALAH KEJAYAAN DAP MENGUASAI MELAYU!!!



Daripada tinjauan yang dibuat, kebanyakan Kuning atau Merah yang sedang menyusup masuk ke tengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur atau berkumpul di beberapa point penting sebelum perarakan esok, hampir kesemuanya berwajah dan berkulit Melayu. Cakapnya pun Melayu.

Amat menarik sebenarnya!

Kuning memperjuangkan kebebasan Ambiga dan Maria Chin Abdullah yang turut disokong oleh Mahathir selain didokong pula oleh kebanyakan ahli PKR dan PAN. Segelintir kecil adalah ahli-ahli PAS yang sebenarnya HARUMMANIS, atau berkulit hijau tetapi isinya berwarna oren.

Merah pula memberikan alasan kewujudan mereka sebagai mempertahankan Perlembagaan yang cuba dirobohkan oleh Kuning yang dibiayai oleh Soros. Merah dituduh dibiayai oleh UMNO.

Justeru, Merah perlu ditentang habis-habisan kata Kuning kerana di belakang mereka adalah UMNO. UMNO pula adalah perosak negara. Soros yang tangannya ada dalam setiap negara bergolak, termasuklah di Eropah pula, cuba disenyapkan, bahkan dihilangkan.

DAP adalah pemain utama dalam isu BERSIH dan Kuning selain kebencian kepada Merah dan UMNO.

BERSIH sendiri dikuasai pemikiran dan dasarnya oleh DAP.

Walaupun DAP menerusi BERSIH menuntut agar pimpinan negara bersih, tetapi itu hanya untuk UMNO dan Melayu-Bumiputera sahaja. DAP yang terpalit dengan pelbagai skandal, terutama melibatkan Lim Guan Eng sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang, Chen Man Hin yang menjadi bilionaire menerusi urusniaga dengan FGV yang cuba dihancurkan oleh DAP, Tony Pua yang menjual syarikat ITnya dengan harga puluhan juta ringgit dengan kerajaan, penguasaan penuh Betty Chew dan anak perempuan Lim Kit Siang di Pulau Pinang dan sebagainya, tidak peduli itu semua.

Hakikatnya, DAP telah berjaya.

Berjaya kerana dapat mengalihkan kejahatan mereka kepada pihak lawan. Apatah lagi di kalangan UMNO dan Barisan Nasional sendiri amat 'kecut' untuk berhadapan dengan para peguam yang dilatih khas oleh DAP.

13 Mei 1969, DAP secara langsung terlibat dalam peristiwa berdarah itu. Oktober 1987, selepas Projek Tanjong Lim Kit Siang gagal, DAP cuba menjadikan isu 'Amukan Prebet Adam' untuk menjatuhkan UMNO termasuklah menerusi 'kerjasama Lee Kim Sai dari MCA', sehingga kemudiannya mencetuskan pula perhimpunan Pemuda UMNO di Stadium TPCA Kampung Bharu. DAP sedar, untuk berhadapan dan mengalahkan UMNO, mereka tidak boleh ke hadapan.

Apa yang dilakukan selepas itu adalah membuat pelbagai tuntutan, termasuklah tuntutan ke atas sekolah-sekolah vernakular menerusi NGO-NGO seperti Dong Zhong dan Suqui yang akhirnya diterima oleh Presiden UMNO pada waktu itu sehinggakan sekolah-sekolah vernakular yang tidak diperakui oleh Perlembagaan Malaysia, diterima sebagai sebahagian daripada komponen pendidikan negara menerusi Pekeliling Kementerian Pelajaran. Kemudian, pada tahun 1999, apabila perpecahan akibat Reformasi berlaku, DAP memasukkan jarum dengan menyebelahi Anwar Ibrahim dan PKR setelah gagal dalam kerjasamanya dengan Semangat 46 pada tahun 1990.

Perubahan rancangan secara besar-besaran dibuat oleh DAP menerusi pembiayaan dana luar negara yang dipecahkan oleh salah seorang ahli DAP bernilai lebih RM1.2 bilion tetapi enggan diperjelaskan oleh DAP kecuali membuat penafian kosong.

Dan selepas tahun 2003, DAP kelihatan sangat kukuh terutama sekali pada tahun 2008 apabila semua komponennya mulai bergerak.

Kini fasa yang ditunggu-tunggu oleh DAP iaitu membalas dendam, telah pun bermula.

19 November bakal menyaksikan perhimpunan Melayu terbesar di Kuala Lumpur yang dipecahkan kepada dua kumpulan iaitu KUNING dan MERAH.


11 comments:

Cik Minah said...

Demonstrasi Aman

Ya, tiada siapa yang bersetuju dengan demonstrasi ganas. Rakyat diharapkan keluar ke jalan dengan aman sebagai tanda bantahan atas kezaliman rejim-rejim mereka. Ia salah satu dari menzahirkan bantahan terhadap kemungkaran.

Dalam hadis seorang lelaki datang mengadu kepada kepada Rasulullah s.a.w, katanya:
“Sesungguhnya jiranku menyakitiku”.

Sabda Nabi s.a.w: “Keluarkan baranganmu dan letakkannya di jalan”.

Maka lelaki itu mengambil barangannya dan letak di jalan.

Setiap orang yang melintas bertanya: “Apa yang berlaku kepadamu?”.

Lelaki itu menjawab: “Jiranku menyakitiku”.

Maka orang yang lalu lintas berkata: “Ya Allah laknatilah dia, Ya Allah hinalah dia”.

Dengan sebab itu, jiran lelaki itu berkata: “Kembalilah ke rumahmu, aku tidak akan sakitimu lagi”. (Riwayat al-Bazzar dan al-Hakim dalam al-Mustadrak. Ahmad Syakir menilainya sebagai sahih).

Demikian, Nabi mengajar bahawa kadang-kala cara menyelesaikan kezaliman dengan mendapat sokongan ramai di jalanan. Bantahan orang ramai boleh menakutkan orang yang zalim. Jika sekadar kezaliman jiran lelaki itu, sukar diubah, apatahlagi kezaliman rejim yang jauh lebih besar dan sukar disingkirkan. Pasti sokongan yang lebih besar dan bantahan di jalan yang lebih hebat diperlukan.

Apa yang penting, penunjuk perasaan tidak boleh menumpahkan darah sesama umat Islam dan rakyat, juga tidak merosakkan harta awam dan mereka yang tidak bersalah.


– Dr Asri Zainul Abidin

Anonymous said...

Membuang masa adalah bertentangan dengan budaya dan agama. makanya usah buang masa berjalan-jalan di jalan raya walhal ia tidak mampu mengubah apa-apa kecuali jadikan kota yang bersiah jadi kotor, jalan yang lancar jadi jem dan air sungai Kelang dati keruh jadi kemerah-merahan.

Anonymous said...

Zalim, licik, korup adalah perkara yang berbeza. Ada kaedah penguatkuasaan dan pendakwaan bagi kes2 korup makanya kenapa perlu berdemonstrasi bagi kes2 korup?

Kalu berdemonstrasi kerana diZalim? Bukankah zalim berkaitan seksaan fizikal dan kehilangan nyawa ratusan/ribuan mangsa. Adakah? Siapa? Suku sakat Dap?

Ted Manoff said...

Dr ni chakap pandai. Pot pet pot pet. Idea dia sahaja yg Chantek. Seorang oportunis yang cari populaiti

SUHARLI MASROP said...

🤔

Anonymous said...

Tu la dr...tak nampak apa jadi tiap kali dan slalunya bila berdemo mesti ada kerosakan barang awam dan lain. Dan d negara kita nihhh babi2 yg mengaku bersih kunon buat d dataran merdeka. Dr ada faham dlm kepala hotak dr bahawa d jln tar byk perniaga2 melayu dan muslims yg lain2. Bila buat demo yg kotor ini akan menjejaskan perniagaan mereka. Ada faham tak dr. Mgkin elok buat d kg dr jadi biar jadi famous kg dr tuh. Masok world news..&*#@;

Anonymous said...

Bapok minah ni liberalist harbi tu sbb komen2 dia kunon bersih la...haha...dah melantak dedak hati babi dari tun m dan limkomunis dah pulak htr komen dari wahabi dr asri pulak...pegi la kau kat belakang chowkit tu tolong org geladangan..

Cik Minah said...

Cakaplah APA PUN, si KLEPT sudah gubra.
Semua nyanyian blogger KLEPT membayangkan hati yang gentar.
Lebih-lebih lagi bila kamu mengelidah dan menangkap
pemimpin-pemimpin BERSIH.
Apa, kamu ingat tanpa mereka, orang tak turun....???
Orang jadi semakin hangat.
Tak caya, tengoklah ESOK.
Suka tak suka, psti ESOK akan muncul.

Anonymous said...

Bangang. Itu je..

Anonymous said...

Turun jual jubor ke cik minah oii.. Laku lg ke jubor ko tu..?

Anonymous said...

Bapok minah nk tunjuk alim.. Puuiih... Kimak ko la minah

top