Social Icons

Pages

BULETIN 247

Thursday, November 24, 2016

DAP MAKIN KALUT MENGHASUT SELEPAS BERSIH 5.0 GAGAL HALANG PEMBENTANGAN RUU355!!!



Lim Guan Eng dan DAP sedang seronok menyucuk selain menghasut parti-parti komponen BN, terutama MCA, MIC, GERAKAN dan parti-parti Bumiputera Sabah-Sarawak agar keluar dari BN kerana menentang RUU355.

Hari ini, dijangkakan pembentangan RUU355 akan dibuat oleh Presiden PAS, Abdul Hadi Awang.

Dua hari lepas, Timbalan Perdana Menteri, Zahid Hamidi telah mengumpulkan kesemua Ahli-Ahli Parlimen beragama Islam dari UMNO, PAS dan PAN untuk memberikan penjelasan serta penerangan tentang RUU355.

Hasilnya, lumayan walaupun ada soksek-soksek 'wakil DAP' dari PAN yang berpura-pura bangang dan tidak faham.

Politik kekal dengan gaya politik.

RUU355 sebenarnya memang EKSKLUSIF untuk umat Islam di Malaysia sahaja. Ia adalah pakej penaikan taraf sistem undang-undang syariah di negara ini.

DAP enggan menerima konsep bahawa ada undang-undang syariah dan sivil yang perlu dijalani oleh umat Islam di Malaysia. Mereka tidak menerima dan mengiktiraf undang-undang syariah kerana undang-undang tersebut meminggirkan firma-firma guaman mereka.

Namun yang terpenting, DAP mahu menunjukkan bahawa mereka adalah 'SAVIOUR' kepada masyarakat bukan Islam di negara ini, sekalipun yang ingin diselamatkan pula, langsung tidak terjejas dengan undang-undang yang akan dipinda atau ditambahbaik.

Apa yang disibukkan oleh DAP dalam URUSAN UMAT ISLAM di negara ini?

Dalam keadaan biasa, wakil-wakil DAP kelam-kabut cuba menunjukkan yang mereka pro-Islam termasuklah tidak segan silu hadir ke masjid pada musim bulan Puasa, berselendang bahkan bersongkok, malah cuba menggandingkan nama mereka dengan tokoh-tokoh Islam, tetapi apabila cubaan menaiktarafkan dan pembaikian undang-undang syariah di kalangan umat Islam, mereka menentang dengan keras, bahkan menghasut dan cuba menimbulkan kekacauan kononnya mereka memperjuangkan hak rakyat.


Umat Islam tertakluk kepada undang-undang syariah sama ada hudud, qisas dan sekurang-kurangnya takzir. Itu adalah amalan yang dilakukan oleh khalifah-khalifah Islam dari zaman Khulafa Ur-Rasyidin lagi. Walaupun di dalam al Quran terdapat hudud dan qisas tetapi syubhah memberikan 'keistimewaan' kepada Kerajaan untuk menggunakan takzir.

Hudud dan Qisas tidak boleh dilaksanakan secara sewenang-wenangnya memandangkan ia tertakluk kepada peraturan dan undang-undang yang sangat ketat. Bagaimanapun, sebarang masalah jenayah memerlukan hukuman selanjutnya bagi mengawal maslahat umat. Justeru, ketiadaan hudud dan qisas tidak bermakna, bebaslah si pelaku yang bijak memanipulasikan undang-undang dengan bantuan peguam. Sebaliknya mereka perlu berhadapan dengan undang-undang takzir dan sivil.

Itu yang berlaku di Malaysia.

Bukan Islam ada undang-undang sivil yang mana sudah tentu mereka tidak mahu tertakluk di bawah undang-undang takzir atau syariah. Mereka sudah tentu tidak mahu berasakan yang mereka telah DITAKLUK OLEH ISLAM - sepertimana yang cuba dipersepsikan oleh DAP sepanjang parti tersebut wujud.

Justeru, apa yang harus mereka takutkan sekiranya RUU355 hanya melibatkan umat Islam?

Bab cuba mendapatkan publisiti murahan dengan menggambarkan mereka pro-umat Islam, mereka boleh melakukannya dengan mudah. Tetapi dalam bab RUU355, mereka menentangnya, malah menghasut agar kekacuan menerusi BERSIH 5.0 dibuat semata-mata supaya rakyat bangkit melawan RUU355?


1 comment:

Anonymous said...

Nampak sangat tak nak Islam dimartabatkan.

 
Blogger Templates