Friday, November 11, 2016

DAP-PKR TERUS PUJUK PAS SUPAYA KORBANKAN KERUSI YANG DITANDINGI UNTUK PAN DAN CAP BUNGA!!!



Dari minggu lepas lagi, kita acap mendengar bagaimana DAP berusaha menjinakkan PAS kembali. Malah cuba mengembalikan Pakatan Rakyat yang telah dikuburkan oleh Lim Guan Eng sendiri.

DAP memujuk PAS agar terlibat dengan BERSIH 5.0. Dengan kata lain, PAS dikehendaki menyediakan seramai-ramai ahlinya sebagai pendemonstrasi setelah pelbagai arahan diberikan kepada masyarakat Cina menerusi pelbagai entiti mereka sendiri agar tidak menyertai demonstrasi BERSIH 5.0 pada 19 November nanti bagi mengelakkan sebarang masalah dengan orang Melayu. DAP hanya mahu melibatkan orang Melayu dalam demonstrasi tersebut.

Bagaimanapun, pucuk pimpinan tertinggi PAS telah mengeluarkan arahan dan mengulangi arahan agar semua ahli-ahli PAS tidak terlibat dalam demonstrasi berkenaan.

Dua hari sudah, DAP-PKR mengeluarkan surat jemputan kepada PAS untuk hadir dalam mesyuarat pucuk pimpinan Pakatan Harapan bagi tujuan mengambil kesimpulan berhubung perancangan satu-lawan-satu dengan BN pada PRU-14 akan datang. Setiausaha Agung PAS menempelak surat jemputan yang dihantar menerusi e-mel dan menyifatkan tempoh singkat yang diberikan kepada PAS, merupakan satu penghinaan kepada PAS. Manakala Ketua Penerangan PAS pula membidas Pakatan Harapan dengan menyatakan, PAS tidak terlibat dalam Pakatan Harapan. Sekaligus untuk apa PAS dijemput dalam mesyuarat berkenaan. 

Antara yang menjadi topik hangat dan sering dirujuk oleh para pemimpin PKR serta DAP ialah satu-lawan-satu. Pakatan Harapan terdiri daripada PKR-DAP-PAN-Cap Bunga. PKR dan DAP telah pun mempunyai kuota dan kerusi-kerusi Parlimen serta DUN mereka sendiri walaupun pada masa yang sama, PKR banyak menumpang di kerusi-kerusi tradisi yang ditandingi oleh PAS. 

Manakala PAN pula telah 'mencuri' kerusi-kerusi yang dimenangi atas tiket PAS dan berlagak seolah-olah itu adalah kemenangan PAN. Dan seperti yang diketahui umum, PAN dibiayai dan disokong kuat oleh DAP termasuklah penubuhannya sendiri.

Yang tinggal tidak ada kerusi adalah Cap Bunga. Walaupun sekarang ini, Cap Bunga menguasai kerusi Parlimen Pagoh, sama seperti PAN, penguasaannya adalah atas tiket BN. Dan berbanding PAN, Cap Bunga mempunyai kerusi paling minoriti tetapi bercakap seolah-olah langit boleh runtuh.


DAP dilihat bertungkus lumus mahu menyelamatkan PAN dan Cap Bunga dengan mencari tempat untuk kedua-dua parti tersebut. Sudah tentu DAP tidak akan mengorbankan kerusi-kerusi yang mereka tandingi sekalipun di kerusi-kerusi tersebut calon-calon DAP kalah. PKR juga sudah tentu tidak akan bertolak ansur apatah lagi sifat PKR sendiri adalah pencuri dan suka 'klaim kredit.'

Jadi, yang kelihatan sekarang adalah PAS. PAS paling banyak bertanding di kawasan-kawasan bermajoritikan Melayu. PAN dan Cap Bunga juga dilihat menjadikan Melayu sebagai sasaran mereka. Justeru, DAP mahu PAS berkorban menyerahkan kerusi-kerusi Parlimen dan DUN yang ditandingi kepada PAN dan Cap Bunga.

Maka disebabkan itulah, baik Cap Bunga mahupun PAN, cuba menonjolkan mereka sebagai sebuah parti yang kuat - lebih kuat dari PAS - dan pada masa yang sama, LEBIH DISAYANGI DAN DIYAKINI oleh DAP untuk menang. 


PAS terus diasak bertalu-talu dan setakat ini, kehendak Muhyiddin Yassin yang diproksikan oleh Mahathir serta Mat Sabu, masih berjaya dihalang oleh keputusan pucuk pimpinan PAS. Mampukah PAS terus bertahan dengan keputusan kali ini?

Yang pastinya, DAP dan PKR akan terus menekan PAS agar tunduk kepada mereka dengan pelbagai cara, termasuklah menghina Presiden PAS ke tahap paling lekeh demi memastikan tempat untuk PAN dan Cap Bunga bertanding nanti, tidak mengganggu gugat kedudukan PKR dan DAP.

PAS tetap diletakkan harapan untuk berkorban dengan mengecilkan dan melemahkan diri sendiri, bagi memastikan PAN dan Cap Bunga ada tempat untuk bertanding dalam 'MISTERI SATU-LAWAN-SATU' ciptaan DAP dan Mahathir.


3 comments:

Anonymous said...

PAS parti plg BODOH jika ikut lagi telunjuk LGE.

Jgn bodoh duly, kini Dan selamanya.....minta diberi hidayah kpd pemimpin2 PAS.

Anonymous said...

Pas jgn jadi alas kaki parti lain.

Ted Manoff said...

Ini baru shok. Melayu Pas takda. China ramai akan turun. Baju merah tunggu je lauk sudah mari.

top