Sunday, November 27, 2016

DENGAN MELAYU, PENTAKSUB MAHATHIR BUKAN MAIN BERANI LAGI, SEKALI DAP MAKI MAHATHIR, DIAM TAK BERKUTIK LANGSUNG!!!



Mahathir memang menjadi individu yang dibenci sekarang ini setelah satu persatu belangnya terdedah.

Namun, jangan dinafikan jasa-jasa besar Mahathir selaku Perdana Menteri sepanjang 22 tahun dia berkuasa di negara ini.

Walaupun Mahathir menyusahkan beberapa generasi selepas pentadbirannya dengan penanggungan besar ke atas konsesi-konsesi serta projek-projek mewahnya, selain mengubah sistem terbuka menjadi monopoli sepenuh oleh proksi dan kroninya bagi memudahkan kawalan, namun dalam kepahitan itu, masih ada juga jasa-jasanya yang perlu diiktiraf sehingga membolehkan Malaysia menjadi antara destinasi pelaburan utama dunia.

Itu tidak boleh dinafikan sama sekali!



Tetapi mendengar dan menonton bagaimana Mahathir digelar BAPA AYAM dan ULAR oleh perwakilan DAP, sememangnya amat menyakitkan hati walaupun pada masa yang sama, Mahathir sendiri menyakitkan hati dengan gelagat-gelagat buang tebiatnya kebelakangan ini.

Cuma anehnya, golongan pentaksub Mahathir yang akan kelam-kabut masuk ke sana ke sini, membela dan memaki hamun sesiapa sahaja yang memperkecilkan Mahathir, senyap-sunyi dan ketakutan dengan DAP.

Apakah memang benar, mulut mereka telah dijahit oleh Lim Guan Eng atau disumbat dedak kualiti BABI yang akan dipelihara secara besar-besaran dan moden di Pulau Pinang sehingga mereka tidak mampu membela AYAHANDA mereka yang sangat mereka kagumi?

Mana suara-suara Ketua Srikandinya yang saban masa mengutuk mengeji dan memaki hamun Najib Abdul Razak?

Mana suara-suara Naib-Naib Presidennya yang juga merupakan bekas orang UMNO atau pemakan dedak UMNO sehingga kaya-raya yang cukup kuat menghamun UMNO sekarang ini dalam pembelaan ke atas Mahathir yang mereka sanjungi?

Mana perginya para pentaksub yang dahulunya amat dengki sekiranya ada pihak luar yang membantu UMNO dan mereka pula dianggap sebagai tidak wujud dalam membantu UMNO dan Barisan Nasional?

Apa sudah jadi dengan mereka semua?

Takut? Kecut? Gentar dengan Lim Guan Eng dan DAP?

Atau mereka semua sengap sebab Lim Guan Eng kata, tidak wajar Mahathir dilabelkan sebagai BAPAK AYAM dan ULAR dalam konvensyen yang sama?

Cukup dah macam tu saja?

Senangnya....


7 comments:

Anonymous said...

hahahah amik kau
hanya jauhari yang
kenal manikam hehe
bengali singh jua kenal
perangai burok mamak kuti

Anonymous said...

Mahathir dibenci kerana projek2 kerajaan yg dijual kpd kroni2 dan sekarang ini menghantui rakyat yg tidak dapat menanggung kos kemudahan2 tersebut. Maklumlah kalau kos sebuah projek dinaikkan sehingga 300-400% utk membeli penyokong2 bukanlah satu idea yg bernas. Di manakah penyokong2 beliau yg meraih keuntungan berbillion ringgit secara rundingan terus tapi tidak kelihatan sekarang. Sebahagian besar rakyat tidak menerima apa2 dari rejim berasuah Mahathir malah menjadi lebih miskin. Merekalah yg sedang membelasah Mahathir sampai dipanggil 'bapa ayam' .Buat Mahathir kata2 kesat ini akan berkumandang ditelinganya hingga keakhir hayat. Tapi pujian juga harus ditabur keatas Mahathir yg berani dlm usia ini melawan Najib yg sedang mengondolkan negara. Sumpah Tunku ke atas Razak dan Mahathir kian terserlah tapi nasib rakyat berada dihujung tanduk kerana menyokong pemimpin2 yg tidak iklas yg hanya tumpu kpd kemajuan segelintar rakyat lalu menghancurkan negara.

Anonymous said...

Mereka itu lah sebenarnya pemakan dedak babi.
Jenis manusia dayus haramjadah.
Hero kampung.
Babi2 yg termakan dedak.
Dayus

Anonymous said...

Cerita pasal Shamsher Singh Thind DAP MENGGELAR Mahathir sebagai Bapa Ayam

Saya rasa sampai kini masih belum kedengaran mana-mana pemimpin Parti Bunga yang kehadapan untuk membela Mahathir.

Kena adalah dikalangan Parti Bunga seperti Mukhriz, anak Mahathir yang mana sepatutnya kena buat macam anak Tajudin yang mengamok kat Parlimen. Walaupun kena tangkap tapi dia dah tunjukkan sikap Anak Jantan. Tabik.....

Apatah lagi DAP sekor ni, lagilah nak kena tunjuk Anak Jantan.

Lepas tu si Mukhriz boleh kata tak pe la DAP tak jemput Parti Bunga. Jelas, Mukhriz seorang pengecut@takde telur

Anonymous said...

Sedih melihat bila dah tua dihina dan dibenci. Wang ringgit bukan segalanya tapi ketenangan hidup di umur yg senja adalah penting. Bila masih memuja dunia.....

Anonymous said...

Kesian Tun dihujung hayatnya dihina sehina hinanya...Jgn harap prnjuak2 akan membantu kecuali anak3 wajib menjaga maruah beliau..

Anonymous said...

Kesian Tun dihujung hayatnya dihina sehina hinanya...Jgn harap prnjuak2 akan membantu kecuali anak3 wajib menjaga maruah beliau..

top